Isnin, Jun 09, 2008

Siapa Juara?

“Ini ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan”

Kata Pengurus Jabatan Majalah TV3, Aziz Ismail memperkenalkan beliau kepada saya.

“Coach, you supporter pasukan mana?”

Soal saya kepada jurulatih berusia 50 tahun dan pernah mewakili pasukan kebangsaan selama 15 tahun itu.

“Italy. Team work bagus, spirit is high,” respon beliau sebelum ditemubual dalam MHI.

“Do you think that Italy can win?,” soal Aziz.

“Uh! That’s hard to tell,” kata Sathianathan.

“Kita di Malaysia, bola ok ke?,” tanya Aziz lagi.

“Nowadays, budak-budak kita ada good players tapi mak bapak tak bagi main, takut belajar terganggu. Ada juga boleh main but then keyakinan kurang,” komen beliau ringkas.

Bercerita mengenai bola sepak, teringat kepada anak sulung saya, Muhamad Afif Faiq, 10 tahun.

“Nanti pukul 2 ayah tolong kejut Afif, nak tengok Jerman lawan Poland,” katanya sebelum masuk tidur pada jam 11 malam, 8 Jun lalu.

Perlawanan bermula pada jam 2.45 pagi. Saya sibuk menulis, dia menonton TV dengan mata terbuka luas. Sewaktu pemain Jerman menjaringkan gol pertama dia melompat kegembiraan.

“Gol! Gol!,” jeritnya.

“Apa seronok sangat tengok bola tu?,” tanya saya.

“Best bila tengok gol,” responnya biarpun tahu dia terpaksa bangun pada jam 6 pagi untuk ke sekolah.

“Silap-silap kalah Jerman tu, upset,” saya mengusiknya.

“Kalau Jerman kalah, Afif makan sayur”

Saya tersenyum. Sukar mendengar dia mengeluarkan kenyataan itu sebab sejak kecil dia jarang makan sayur. Tidak sesuai dengan citarasa, alasannya.

“Ayah tengok, Jerman mesti menang 2-0,” dia yakin.

Sama seperti kenyataan Abu Bakar Atan dalam komen beliau sebelum permainan ditayangkan secara langsung di TV3. Ketika itu Afif masih tidur di biliknya.

Teringat saya kata-kata gurunya sewaktu menghadiri Hari Sukan di sekoah Afif.

“Afif ni walaupun badan dia besar, semangat dia tinggi. Suruh lari 200 meter dia lari tapi last sekali sampai. Tapi dia tak stop, dia terus lari sampai habis. Sesetengah budak half way dah quit”

Saya percaya Afif tidak akan menjadi pemain bola sepak sebagai cita-cita. Bagaimanapun saya berasa bangga kerana semangat tinggi dimilikinya. Saya tidak pernah menjangka dia menaruh minat dalam bola sepak. Dia tahu jadual perlawanan Euro 2008 dan pasukan bertanding.

“Ayah tak excited pun tengok Jerman jaringkan gol"

Dia ternyata kecewa melihat reaksi saya sewaktu pasukan negara pernah diperintah Adolf Hitler itu menjaringkan gol ke dua.

“Ayah memang tak minat bola. Tengok bola macam tengok orang makan nasi. Biasa, tak ada apa menarik,” menjawab soalannya pagi itu.

Jerman 2, Poland 0, keputusan pagi itu.

Di panel penerbitan program MHI saya bertemu pengarah studio, Shamsul Bahrain Ahmad, 39 tahun.

“Kau belilah jersi bola untuk dia, mesti dia suka punya,” kata seorang lagi peminat fanatik bola sepak itu.

“Nama dia Afif, kalau diterbalikkan jadi Fifa. Dia lahir masa musim kejohanan Piala Dunia. Muhamad dan Faiq tu mama dia tambah,” saya berkongsi sejarah kelahiran Afif.

“Italy ok ke Sul?,” tanya saya memang ‘buta’ bola.

“Ok what. Last year Italy masuk final lawan Perancis. Menang jaringan penalti. Masa tu Zidane tanduk orang. Macam drama game tu,” ulas Shamsul.

Saya mengangguk pura-pura ingat.

Terlintas di fikiran.

“Pasukan manalah bakal menjuarai Euro 2008?”

4 ulasan:

  1. hmm..ada juga lelaki yang tak minat bola. Saya mmg tak minat langsung walaupun pernah mencuba menonton beramai ramai di kedai mamak. Cuba mendapat feel tapi ternyata, buta bola tetap buta bola.

    Mungkin kerana BOLA itu BULAT.

    BalasPadam
  2. Mazidul,

    Belanda menang 3-0 dgn Italy. Pasti Sathi, coach Malaysia tu hampa.

    Saya rasa corak yg sesuai untuk pemain Malaysia, short pass like South American. Sebab physique pemain
    kita kecil.

    P.s. ingat ke teman lagi. Hurricane tahun 87. tersempak di Penang, 3 tahun lalu.

    BalasPadam
  3. Sdr Mazidul.

    Sekadar mengimbau kenangan lalu. Masih segar dalam ingatan saya pada tahun 1980. Waktu itu, saya berada di tingkatan lima dan berada di asrama di Sekolah Menengah Teknik, Jalan Lapangan Terbang, Gong Badak, Kuala Terengganu, bagaimana saya dan rakan-rakan, di dewan asrama melihat kehebatan Hasan Sani yang menggelecek beberapa pemain Korea Selatan dan seterusnya melorongkan bola kepada gandingan mantapnya, James Wong, yang kemudiannya turut mengelirukan beberapa pemain Korea Selatan sebelum menendang bola ke arah gol Korea Selatan. GOL!!!!!! itulah teriakan kuat yang sepontan dari saya dan rakan-rakan menyambut kejayaan tersebut dengan penuh kebanggaan.

    Kejayaan tersebut telah melayakkan negara ke Sukan Olimpik Moscow. Walau pun negara telah menarik diri dari menyertai sukan olimpik tersebut, lantaran suasana politik dunia pada waktu itu, tetapi itu tidak menjejaskan semangat pasukan untuk berjuang untuk merebut tempat ke pusingan akhir di Sukan Olimpik.

    Apa yang lebih penting dalam diri pemain-pemain ketika itu ialah memertabatkan maruan negara di arena sukan bola sepak. Dalam diri mereka maruah tidak boleh dijadikan galang gantinya. Akhirnya, walaupun keputusan negara tidak menyertai sukan Olimpik tersebut, peminat-peminat puas kerana perjuangan dan komitmen jitu yang telah ditunjukkan pemain-pemain meletakkan maruah negara sentiasa di hadapan.

    Saya tidak pasti, entah bila saat-saat begini menjelma kembali. Moga Sdr B. Sathianathan mampu menceriakannya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.