Isnin, Jun 30, 2008

Buku Dah Siap!

30 Jun, 11.45 pagi.

“Buku dah siap,” kata rakan, Mohd Nasir Deraman.

Nasir, Pengurus Promosi Hijjaz Record Sdn Bhd.

“Ya? Datanglah minum kat kopitiam ni. Aku banyak bawa duit nak belanja!,” saya mengusik.

“Tunggu jap, aku datang,” katanya.

Semasa bertemu, senyuman Nasir lebar. Sama dengan senyuman saya.

“Bila buku ni ada di pasaran?,” soal saya.

“Dah mula ada di kedai buku, kecil dan besar hari ni. Dijangka available di seluruh negara mulai minggu depan, say 4 Julai,” balasnya.

“Makan lah,” pelawa saya.

Nasir makan char kueh tiow dan minum teh ais.

“Ini ada 5 buku, free untuk engkau. Percetakan pertama ni 3000 unit,” sambil menghulurkan beg plastik berwarna putih.

Buku pertama saya berjodol ‘Virus Kehidupan', perkongsian saat suka duka dalam perjalanan hidup .. diterbitkan MUSTREAD.

Perkongsian pengalaman sepanjang membuat liputan pelbagai kes. Pengalaman peribadi tidak pernah saya dedahkan selama ini. Buku antaranya merungkai kisah pahit getir berada di lokasi kejadian kes bunuh, menyentuh perilaku Mat Rempit dan membongkar kisah pahit manis kehidupan pegawai perhubungan pelanggan, GRO di lokasi berbeza di seluruh negara.

Harga? RM19.90 Semenjung Malaysia, RM21.90 di Sabah dan Sarawak.

Kepada pembaca sudi membeli, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

10 ulasan:

  1. salam...

    syabas datuk tan sri mazidul akmal... buat buku bagi memajukan minda rakyat kita kini. yang muda sibuk dengan hiburan dan fitnah sms...yang tua sibuk dengan politik... buku tu tulis apa? masalah sosial ke?


    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  2. congratulations on the release. from a 'small man' with a big heart. Hazri.

    p/s: dun forget a signed copy for me ya, if that's not too much to ask. hehe..

    BalasPadam
  3. Kenapa bila saya berkata - kata atau menulis hanya sebilangan sahaja yang memahami saya? Ini sudah agak bagus juga sebab saya boleh meramalkan secara perancangan yang bijak kerana in the end Allah swt yang menentukan. Bagi saya untuk kekal kukuh sama ada dalam ekonomi atau sosial kita mesti terus berkomunikasi dua hala dan open minded tentang ini. Kita mesti tahu hala tuju kita sementara masih fresh. Kerana apabila kita sudah lanjut maka masa akan menunggu untuk kita menghembuskan sentuhan terakhir untuk kita pass kepada grand grand grand children nanti. Kelak semua akan berubah atau purely improved. Seorang dewasa berkata kepada saya dan saya hanya mendiamkan diri sambil membalas komunikasi dua hala sebagai memberi respon sepositif yang mungkin kepada dia. Dia berkata dengan sesiapa pun kita sokong akan tetap sama juga jadi why bother? Kerana saya mengajukan soalan yang mudah untuk dia kerana itulah komunikasi dua hala yang kita inginkan untuk memberi respon sepositif yang mam

    BalasPadam
  4. Mungkin dalam minggu ini saya akan cuba cari buku tersebut di Centre Point Kota Kinabalu di Popular Books tingkat 6.

    Saya tertarik dengan tajuk buku ini dan saya berminat untuk mengetahui kandungan di dalamnya.

    Terima kasih Saudara Mazidul.

    BalasPadam
  5. a'kum abg mazidul.
    Apa khabar,camne ngan 360 skrg.Ni saya nya blog address.http://fizz-business.blogspot.com.Blog abg mazidul ni ok gak.Cam happy blog ajer.Ni sy nak minta tlg ngan abg mazidul leh kan .Saya nak minta tolong abg mazidul promotkan blog saya untuk saya cari pendapatan.Maklumlah nama ajer business blog tapi repair komputer tu cuma kalau ada orang panggil.Saya ni OKU cacat pendengaran dari Kuantan Pahang.Hidup saya cukup susah walaupun tahu dalam bidang IT semenjak tahun 1998 lagi.
    Baru-baru ini saya amat tertarik dengan kisah saka dan pukau dalam 360 malah saya ada pengalaman yang lebih dalam kejadian tersebut dan pernah mengalami sendiri bagaimana orang membuang saka peliharaan didepan mata semasa berumur 15 thn

    BalasPadam
  6. MESTI BELI BILA JUMPA NI...TAHNIAH BRO !!!

    BalasPadam
  7. molek jugok akma... deme wat blog lagu ni... biasa-biasa je.. tapi mengasyikkan... dok payah nok cerita hok berat-berat, pasal politik dan seumpamanya... pasal ringan-ringan pasal sosial, bersepah yang ramai dan selalu kita lupa dan terlepas pandang...

    syabas dan bravo..!

    BalasPadam
  8. Tahniah atas penerbitan buku pertama saudara mazidul ....

    BalasPadam
  9. Tahniah atas kelahiran buku Tuan. Satu agenda memandaikan bangsa dengan karya tempatan!

    Saya akan mencari buku Tuan di sekitar Melaka kelak!

    ZAMRI MOHAMAD
    www.zamrimohamad.com

    BalasPadam
  10. finally..u produced & published your wisdom...

    Congratulation.

    Best regards

    Augustine
    Kuching, Sarawak

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.