21 Jun, 2.49 pagi, Pulau Pinang
Perlawanan bola sepak piala UERO 2008 di antara Croatia dan Turki baru sahaja bermula ditayangkan secara langsung melalui TV3.
Saya menonton bersendirian di bilik Hotel City Bay View Resort. Biarpun bukan peminat bola sepak maupun penganalisis permainan, saya melihat kedua pasukan menonjolkan prestasi cukup menarik.
Saya hantarkan SMS kepada Ally Iskandar Mardzi pada jam 2.57 pagi.
“Croatia/Turkey, which team you believe will win?”
Tidak sampai 2 minit SMS itu dibalas.
“Turkey”
Saya hantarkan satu lagi SMS kepadanya kerana saya yakin Ally juga menonton perlawanan sama di Sri Pentas selepas mengacarakan rancangan secara langsung ‘Sorakan Emosi’, tajaan Celcom bersama Tabah dan Shamsul.
“:) bukti saya tengok bola”
“Hehe. Syabas,” balas Ally.
Saya harap jangkaannya tepat sama seperti telahan Abu Bakar Atan dalam komen beliau sebelum perlawanan bermula.
Bagaimanapun itu semua jangkaan. Dalam menjangka, kita barangkali boleh membuat kesilapan.
Umpamanya, saya tidak pernah menjangka, dalam tempoh sebulan blog ini mendapat sambutan memberansangkan. Lebih 17000 hits direkodkan setakat ini.
Pada awal Mei lalu saya sibuk bertanya dengan rakan se pejabat soalan sama.
“Macamana nak buat blog?”
Soalan itu dijawab wartawan Melodi, Nash Ahmad berkebetulan duduk di hadapan saya.
“Ada banyak cara. Guna blogspot pun ok,” katanya.
Nash sebelum itu turut memberikan panduan kepada saya berhubung cara menulis buku sehingga dicetak. Biarpun kelihatan agak serius pada wajah, Nash bagi saya insan tidak pernah lokek ilmu.
Buku saya?
‘Virus Kehidupan”, dijangka akan berada di pasaran pada hujung bulan ini berharga RM19.90 senaskah.
Saya harap jangkaan itu tepat sama seperti jangkaan Ally.
Selamat Malam (3.20 pagi, 21 Jun)

Saya jangka buku baru abang "Virus Kehidupan" pun boleh terjual sebanyak 17000 dlm masa seminggu. Amacam jangkaan saya, boleh percaya tak.
BalasPadamKuno
Melayu Boleh
turkey??anyway, think at last german gonna win(my fav.)...really love 2 see u in tv..i admire u confidence n works as well..
BalasPadamKuno, buku tu ditulis sebelum blog ni dibuka. Kalau ada di kedai, saya akan umumkan.
BalasPadamLeezaanza, I luv to write as much as I luv to speak. What else can I do, anyway. Once you reach the age of 40, ur confident level definitely will be at par compared to the age .. I guess so
Sdr Mazidul, saya boleh tak jadi agen jual buku sdr nanti. Boleh tambah pendapatan, cover kos kenaikan harga minyak. He.. He..
BalasPadamEuro? Ramalan saya Turkey akan buat kejutan euro kali ni. Juara 2008.
I would be more than glad sekiranya sdr sudi menjual buku saya. Betul?
BalasPadamBetul sdr. mazidul, nanti bila dah diterbit, inform saya.
BalasPadamTuan Mazidul,
BalasPadamDengan jumlah hits yang tinggi dan komen, moga-moga Tuan buat salinan. Laman blog Che Det oleh Tun Mahathir ditutup oleh Blogspot kerana hits dan komen yang tinggi sehingga disyaki Spam Blog.
Ia boleh dibuat dengan mewujudkan blog kedua menggunakan wordpress dan menggunakan hosting berbayar. Ia bertindak sebagai pendua.
ZAMRI MOHAMAD
www.motivasimindamu.blogspot.com