Sabtu, Jun 07, 2008

Extra RM2!

“What did he tell you?,” saya bertanya kepada gadis dipercayai berasal dari Afrika sewaktu dia melangkah meninggalkan teksi ditahan.

He’s not going to SS3,” komennya bermuka masam.

“According to the law he must take you where ever you want to go to,” ujar saya.

“Thank you. But he's not doing that,” ujarnya.

Kemudian saya lihat lelaki Cina menghampiri teksi lain dan bercakap dengan pemandunya. Kurang 15 saat kemudian dia menutup kuat pintu teksi dan duduk semula di kerusi tempat menunggu teksi di hadapan Stesyen LRT Taman Bahagia. Saya menghampirinya.

“Driver tadi cakap apa?”

“Dia cakap tak pergi SS3 sebab dekat sangat,” balasnya.

Teksi menjadi keperluan pengguna khususnya mereka tidak memiliki kenderaan sendiri atau enggan memandu jarak jauh.

Sharil Akmar Zazili, 34 tahun saya temui di lokasi sama pada jam 6.50 petang. Dia kelihatan murung sewaktu saya menyapa.

“Nak pergi mana?,” tanya saya.

“Seksyen 11 Kota Damansara bang,” jawabnya dengan beg sandang di bahu.

“Apa fasal tak naik teksi tadi?”

“Satu tu tak pergi sebab jalan jem katanya. Satu lagi mintak extra RM2 sebab dia nak ikut highway. Bukan masalahpun nak bayar extra RM2 tu. Tapi memang macam tu ke sepatutnya?,” soal ayah kepada seorang anak lelaki itu.

“Dari mana ni?”

“Saya dari Batu Pahat, Johor. Kerja sana tapi famili di Kota Damansara. 2 kali sebulan saya balik sini. Teksi ni memang pelik. Pernah sekali saya tahan teksi dari Puduraya, nak ke Federal Hotel. Masa tu pukul 9.30 malam. Pemandu tu nak charge saya RM20. Bila saya jalan kaki, tak sampai pun 5 minit rupanya. Cemas tak terkena,” jelas Sharil.

Saya kemudian menghubungi talian Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, LPKP seperti tertera di bahagian belakang teksi, 1800 88 9600

“Terima kasih kerana memanggil talian aduan LPKP. Tekan satu untuk Bahasa Malaysia, tekan 2 untuk bahasa Inggeris,” lalu saya tekan satu.

“Waktu operasi kami daripada pukul 8 pagi hingga 5 petang. Sila tekan 1 untuk merakamkan aduan anda atau penggil semula pada waktu operasi kami,” sambung mesin bersuara wanita itu lagi.

Jam tangan menunjukkan pukul 6.50 petang. Saya hampiri teksi didakwa Sharil meminta ‘extra RM2’ itu.

“Encik, kalau nak pergi Kota Damansara, nak extra RM2 ke?,” soal saya kepada pemandu.

“Alamak!,” balasnya sambil menutup muka dengan tangan.

“Tak apa, relaks la. Saya cuma nak bertanya, bukan LPKP pun, JPJ pun tidak. Sebab saya dimaklumkan, kalau nak guna servis teksi pengguna tak perlu tanya hargapun sebab ada meter. Lepas tu kalau teksi stop kat sini, kena bawalah penumpang tu. Bukan ada tempat pergi, ada tempat tidak,” sambung saya.

"Ini masuk TV ke?," responnya.


"Tak payah masuk TV baru nak berlaku jujur," kata saya.

Pemandu itu terus diam dan memalingkan muka ke arah tingkap bahagian pemandu. Saya kemudian menutup pintu teksi. Bukan terlalu ingin mengganggu.

Jika anda berhadapan masalah berhubung sikap pemandu teksi, hubungilah LPKP. Saya percaya mereka akan mengambil tindakan tetapi pastikan anda mencatat nombor pendaftaran teksi terbabit.

“Jom balik, saya hantar. Saya pun tinggal kat Kota Damanara,” saya mempelawa Sharil.

12 ulasan:

  1. itupun kalau LKPK mendengar semula aduan yg dirakamkan kalau kita hubungi mereka di luar waktu operasi :)

    BalasPadam
  2. Salam.
    Blog yang menarik dan santai.
    Saya selalu baca. Harap dapat tukar color background. Color kuning sakit mata la kalau baca lama-lama. Sekian.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..
    saya dan rakan2 pernah mngalami kejadian pmandu yang xnak mngambil penumpang dan mengenakan cas yang tidak berpatutan.
    kes yang xnak ambil penumpang tu, blaku kat one utama..saya dan rakan2 hendak ke stesen LRT Taman Bahagia..tapi pemandu tu xnak bawa..entah apa alasannya pun saya xtau..
    dan semasa di LRT Bangsar, saya dan rakan2 nak ke Restoran Rebung..ada beberapa buah teksi yang xnak bawa kami..akhirnya ada sebuah teksi yang bawa kami, dan dikenakan cas RM5..rupa-rupanya, Restoran itu dan stesen LRT tersebut hanya mengambil masa kira-kira 5 minit dengan berjalan kaki..
    dalam kes nie, kami boleh dipanggil sbg penumpang teraniaya.. :)
    dan tambahan, untuk pengetahuan, semua pemandu yang xnak bawa kami ke destinasi itu dan yang mngenakan cas yang tidak sepatutnya adalah orang melayu...apa nak jadi la.. :(

    BalasPadam
  4. sikap pemandu2 taxi ni mmg sukar nak d perbetulkan..cuma diri mereka sndiri yg bole mengubahnya..mereka tahu semua undang2 tu tapi mmg sengaja d langgar untuk cepat dapat duit lebih...

    BalasPadam
  5. Zr, ada beberapa kes dimaklumkan kepada saya, LPKP ambil tindakan.

    Madeaziz, sorry yer. Buat masa ini biarlah background begitu :)

    Tun Teja, ada orang buat kerja lurus untuk dapat ganjaran, adakalanya tidak. Kan?

    Pinggu, saya teramat setuju.

    Terima kasih semua

    BalasPadam
  6. baru cerah sikit mata nak baca...bkground color ni ok.

    BalasPadam
  7. erm sangat2 menarik isu ni...
    semasa sy student dulu pelbagai kerenah sy hadapi nak naik teksi ni..tp mujurla sy ni mmg jenis berdikari..so x der la cepat termakan kate2 dorg ni..kat maner2 pun same..tp pengalamn saya banyak di puduraya, kl..sakit hati sgt..
    ade pemandu teksi ni..suh bayar 2x harga sebenar..sy tanya knp pulakkan..die kate "x der sapa yg keluar dari sana..so rugila saya hantar awak, tp balik nanti kosong (x der penumpang). wah2nyer..x jadik naikla saya..

    lg satu cerite..mase sy bekerja customer services di Delifrance..orang kg sy yg kene (Johor)..dari puduraya ke Midvally,RM50.Zalimnya..sy bgtau kat customer tu selok belok teksi di sini..

    kepada sesiapa yg bekerja di khalayak..jgn kedekut memberikan info2 camni kpd org lain..klw kite biarkan org lain terkena..makin menjadik la mereka ni..

    BalasPadam
  8. Hi abg Mazidul!

    Saya ada kemusykilan... Teksi di kawasan KL dgn Selangor sajakah yang wajib mempunyai meter? Saya pernah menetap di Pahang, belajar di P.Pinang dan kini menetap di Johor, di tiga2 negeri ini, saya belum lagi pernah terjumpa teksi yang menggunakan meter...

    BalasPadam
  9. Salam Abg Mazidul.
    Saya pernah bekerja di syarikat teksi (teksi yang berwarna hijau). Sepanjang saya bekerja di sana selama setahun setengah, unit yang paling sibuk ialah unit operasi terutamanya yang mengendalikan saman. Pelbagai saman diterima dari LPKP, JPJ, Majlis Perbandaran dan Trafik PDRM. Kepada sesiapa yang ingin mengadu berkenaan servis teksi/sikap pemandu, pastikan semua maklumat lengkap cth.: nombor plat teksi, warna body teksi(merah putih, hijau, kuning, biru dll.), waktu&tarikh kejadian, rupa/raut wajah pemandu(berjanggut, misai, berkaca mata, bertopi dll.). Kesemua info sangat penting demi memudahkan tugas pegawai2 penguatkuasa. Sebab saya sendiri mengalami kerenah pemandu2 teksi yang pelbagai ragam. Setiap kali syarikat menerima surat aduan/saman, syarikat WAJIB memanggil pemandu yang memandu teksi tersebut, dan pemandu WAJIB datang berjumpa pegawai2 penguatkuasa untuk menyelesaikan kes berkenaan. Sesetengah pemandu yang degil(terutama golongan 18-40 thn) hanya mengabaikan surat tersebut. Manakala pemandu yang peka (40 thn ke atas/veteran)dengan setiap aduan/saman, akan segera berjumpa pegawai2 penguatkuasa tanpa banyak soal atas sebab menjaga periuk nasi. Kebanyakan teksi yang berwarna adalah teksi yang menggunakan permit syarikat, manakala teksi yang berwarna merah putih selalunya permit persendirian.
    Sebagai pengguna/penumpang, anda mempunyai hak untuk membuat aduan jika didapati pemandu ada melakukan kesalahan seperti bercakap kasar, memandu secara merbahaya, tidak menggunakan meter dll yang dirasakan mengancam keselamatan anda sebagai pengguna/penumpang.
    Setiap aduan yang dibuat sentiasa mendapat perhatian dari pihak berkuasa. Ini berdasarkan pengalaman saya di mana, setiap hari, pelbagai surat saman/aduan dari pihak berkuasa sampai di pejabat, min. 10 pucuk, max. 30 pucuk.
    Itu sahaja cerita yang dapat dikongsi bersama pembaca blog abg mazidul:)

    BalasPadam
  10. saya pun pernah kena di kota damansara. Ni dari tahun 2006-2007. beberapa kali naik taxi dr stesen komuter sg buloh ke PUSRAWI kota damansara, kena charge rm19-25!! Ingatkan itu mmg caj standard. cuma ada skali dua bernasib baik kena rm5-8 (jauh lebih murah).baru sedar sblmnye tertipu!

    Kenapa mahal? alasan yg sama diberikan oleh pemandu taxi:jalan jam, kena u-turn sbb jln tak siap lagi, kna caj pergi balik sbb nk blk nanti takde penumpang. Boleh terima ke?? tambang yg sangat mahal sama mcm tambang bas dr KL ke Taiping.baik balik kampung camni.tul tak?

    *buruk betul perangai masyarakat yang 'hanya takut/jujur dgn org berkuasa/lensa tv'...

    BalasPadam
  11. 11-June 2008

    On the way to the Klinik Mediviron, Taman Cahaya Indah from Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang via Jalan Seri Merdeka, around 4p.m, a driver of Indonesian origin driving a red and white taxi with plate no.3651 made a sexual comment to my pregnant wife when she complained about him causing physical discomfort to her when he went over the speedbump without slowing down. He compared the shaking of the taxi when going over the speedbumps to shaking of the bed. He said,"goyang di katil lain ya dengan goyang kereta"


    On the way home from Klinik Mediviron, Taman Cahaya Indah to Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang via Jalan Seri Merdeka, around 4:53p.m, a driver of Indonesian origin driving a red and white taxi with the plate no.5083 touched my pregnant wife's stomach once after he realised she was pregnant and once again after she told him she was 7 months pregnant.

    WORRIED HUSBAND

    BalasPadam
  12. Salam....

    teringat pengalaman sendiri... masa tuh baru sampai kl dari kuching, sarawak. setakat pudu ngan kl sentral reti laa... masa tuh kena pegi balai polis dang wangi (report hilang kad pengenalan).. lepas tu keluar dah tak tau mana nak pegi... jalan punya jalan dah nampak stadium merdeka... adoii, ada sebuah teksi berhenti - saya pun tanya je la berapa tambang pegi balik pudu (kat Kuching masa tu belum guna meter... dah terbiasa bertanya dulu..)
    abg driver tu suruh masuk saja sambil tengok kiri kanan... (masa tu dlm hati, nie kompom kena 'pau') Rupanya dia nasihatkan - jgn sesekali bertanya cenggitu - takut nanti kena tipu. Selamat~~!! Dia hantar sampai pudu - and bayar ikut meter... sejak dari tu kalau naik teksi memang kena buat muka macam dah biasa sangat lah naik teksi... hahahah

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.