Sabtu, Jun 28, 2008

Gaji 20 Ribu

Sedang saya makan nasi lemak pada jam 3.30 pagi di Jalan 223 Petaling Jaya, Selangor, melangkah 2 gadis berseragam kot berwarna biru tua duduk di meja sebelah.

“Hello! You itu 360 punya pengacara ka?,” tegur gadis cina rendah berambut pendek paras bahu.

Saya tersenyum. Remaja Melayu temannya hanya sekadar memandang.

“Baru habis kerja?,” soal saya.

Mereka mengangguk serentak.

“Nama siapa?,” soal saya lagi.

“Ini Ina, saya you panggil pendek saja,” celah gadis Cina kemudian tertawa.

Saya kemudian dimaklumkan, Ina berusia 21 tahun manakala Pendek 5 tahun lebih tua, berasal dari Kota Tinggi, Johor. Kedua mereka bekerja sebagai receptionist di pusat hiburan sama.

“Ina dah lama kerja?,” saya ingin tahu.

“Baru 3 bulan”

Menurut Ina, sebelum ini dia menuntut di institusi pengajian tinggi di Kulim, Kedah dalam bidang lanskap. Dia lebih gemar bekerja di pusat hiburan kerana bayaran diterima lebih lumayan.

“Mak tau ke you kerja recep?,” tanya saya.

“Tak tahu pun,” balasnya kemudian menghirup teh ais.

“Tempat you kerja ada gro?,” soal saya.

“Ada, tapi tak berapa ramai lah,” Pendek menjawab.

“Sebab apa dia orang kerja gro?,” sekadar menduga pemikiran Ina.

“Ada tu memang sebab terdesak. Kalau nak kerja kilang, income rendah boleh dapat 8 ratus, seribu sebulan. Itupun kerja ikut shif. Kerja jadi gro, sambil bergembira sambil dapat duit. Siapa tak nak?”

Pendek berkerja di pusat hiburan sejak berusia 18 tahun sewaktu mula berhijrah ke Kuala Lumpur.

“Dulu I biasa kerja satu karaoke di Ampang, Kuala Lumpur. Lagi ramai gro,” sampuk Pendek selamba.

“Gaji gro banyak?”

“20 ribu, sap sap sui! Gro sana, semua bawa itu kereta Mercedez. Pakai satu handbag harga 10 ribu pun ada ooo.. . Itu gro buat ‘semua’ kerja la, you name it. Tapi kalau biasa punya gro, 4 ribu boleh dapat,” jawabnya.

“Itu macam saya pun mahu jadi gro,” saya mengusiknya.

“Kalau you jadi perempuan pun aa .. Siapa mahu? Gemuk ma ..! Lagi botak!”

Kami tertawa.

“Tapi aaa .. Gro you tengok, selalu bila jumpa customer dia orang mesti adu hal la. Cakap wang tak cukup la, itu lumah talak bayar, itu kereta talak bayar. Mau dapat simpati. Kalau customer tahu dia orang punya gaji 20 ribu, nanti mesti tak mau kasi tips punya,” jelasnya lagi.

I pernah tengok gro buat oral seks dengan customer, jijik! Ramai tak kisah, asalkan dapat duit,” celah Ina.

“Gro memang ada banyak problem ke?”

“Semua orang ada problem. Tapi gro selalu dia punya boyfriend mat rempit! Tak ada kerja. Banyak jahat punya olang. Itu pun problem juga. Kalau dia olang kerja pun, talak mampu bagi wang sama dia punya girlfriend sebab itu girlfriend sponsor dia,” terang Pendek.

Saya lontarkan satu lagi soalan.

“Itu boyfriend boleh tahan dia punya girlfriend customer cium, pegang, raba oh?”

“Itu semua boyfriend tahu. Tutup sebelah mata punya. Asalkan girlfriend balik bawak wang ok,” pantas dia membalas.

Kata Pendek bagi masyarakat Cina, ‘Money is glory’. Maksudnya jika ada wang, maka terpancarlah keagungan dan kemewahan hidup manusia. Kekurangan tersorok begitu sahaja.

“Gro ramai orang mana negeri?,” tanya saya lagi.

“Semua pun ada. Sabah ada, Johor ada. Tapi Kelantan paling ramai loh!,” balasnya.

“Sebab apa Kelantan?”

You tengok, sana Kelantan semua tutup, no entertainment. Bila sampai KL, mata balu buka. Saya dulu masa teenager macam itu ma, bapa manyak jaga, control. Mana-mana pun tak boleh jalan. Bila mali KL, tiap-tiap malam pigi disko,” balasnya.

“Pendek, mau tanya sama you,” pinta saya.

“Apa? Saya semua pun boleh jawab”

“Sebab apa tak ramai perempuan India jadi gro?”

“India tak serupa Melayu, Cina. Dia olang banyak jealous kalau tengok perempuan India kerja gro,” terangnya kepada saya.

Saya memandang Ina, wajahnya lembut dan beradab sewaktu berbicara sehingga saya berasa serba salah ingin mengajukan soalan berikutnya.

“Daripada kerja kat sini, elok kerja rumah urut, banyak duit?”

“Ish! Tak nak lah. Kalau kerja rumah urut, bila kahwin nanti suami tinggal kaki jer,” pantas responnya.

“Tak faham. Tinggal kaki saja?,” soal saya biarpun boleh menjangka maksud sebenarnya.

“Ya lah, pelanggan dah pegang semua anggota badan. Apa tinggal lagi? Hanya kaki saja la kut,” sambung.

Pendek mendengar sebelum mencelah dengan soalan bagai teka-teki.

You tahu sebab apa gro bila jumpa customer selalu gosok dia punya paha ah?”

“Bagi itu customer comfortable?,” jangka saya.

“Bukan! Dia mahu rasa dalam poket you ada banyak cash atau tak!,” balas Pendek.

Kami tertawa bersama sekali lagi.

5 ulasan:

  1. nice one~ ada bnyk duit ka dlm kocek tuh nk dirasa2

    BalasPadam
  2. salam...

    permintaan banyak daripada penawaran (rumah urut) sebab itulah susah nak hapus...

    kini rumah urut jadi rumah pelacuran. bisnes punya pasal. nak makan dan hidup senang punya pasal. nak happi dan enjoy, dan buang karan punya pasal...


    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  3. alangkah murahnya harga diri seorang manusia. Menyedihkan!!!

    BalasPadam
  4. saya penah gak kenal dgn beberapa bapa ayam kat chow kit...memang betul apa pendek cakap...majoriti gro @ pelacur ada lah datang dari Kelantan.termasuk la bapak2 ayam yg saya kenal..org kelantan jugak

    BalasPadam
  5. sedihnya saya baca artikel ni.. padahal bukan ada ape pun.. saya cuba terbayang2 mcm mana la kalau yg langgan gro tu adalah bf/suami saya pada masa akan datang.. Saya yakin saya tak pergi sejauh tu, cuma bimbang tu ada, skrg ni kan mcm2 boleh berlaku.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.