Rabu, Jun 11, 2008

Main-Main?



3 Jun lalu, hujan lebat, kilat sambar-menyambar.

“La, lif rosak la ni,” detak hati semasa saya cuba menggunakan lif di Apatmen Salvia, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

7 hari saya melihat kesengsaraan penduduk apatmen sama. Simpati melihat ibu mengandung, warga tua dan perempuan selepas menjalani pembedahan terpaksa mendaki tangga ke tingkat 6. Bayangkan keperitaan mereka tanggung.

Apatmen Salvia dimajukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS dan diselenggara IND Services.

“Saya dah komplen dengan Bahagian Urus Harta PKNS semalam tapi tak ada respon,” kata Rumaizillizam Hassan, 30 tahun semasa kami bertemu pada senja 10 Jun.

Dia dan isteri tinggal di apatmen sama sejak 2 tahun lalu.

“Tu lah, saya semalam call pegawai perhubungan awam, PR PKNS, Encik Wazir. Mulanya dia kata sebab kos nak baiki tinggi. Kemudian dia hantar sms kata bukan masalah kos, ada masalah lain pula,” respon saya.

“Isteri saya mengandung 6 bulan. Biarpun duduk tingkat 2, tapi seksa juga,” keluhnya.

“Semalam ada 3 wakil PKNS dan IND Services jumpa saya. Dia kata minggu depan lif akan dibaiki. Bila tanya minggu depan tu bila? Tak boleh jawab, terkulat-kulat. Saya tanya dengan pekerja IND tu, ada ke saya miss jelaskan bayaran penyelenggaraan? Dia kata tak ada. Lepas tu saya tanya, jadi mengapa lif nak naik ke rumah saya dah seminggu masih rosak? Mana pergi duit 3 tahun dibayar penduduk?”

Mereka terpinga-pinga, tiada jawaban. Kononnya datang bertemu untuk menjelaskan kepada saya sebab mengapa mengambil tempoh lama untuk memperbaiki lif. Tetapi jelasnya mereka sendiri tidak punyai jawaban.

“Awak semua ni, kalau penduduk tak jelaskan bayaran penyelenggaraan 3 bulan, cepat terus potong bekalan air. Sedangkan itu dilarang megikut Akta Bekalan Air. Tapi bila lif rosak, tak pulak cepat nak repair,” sambung saya sebelum menyuruh mereka pulang kerana membuang masa saya.

Setiap unit apatmen membayar RM93.50 setiap bulan. Dalam tempoh setahun saya membayar RM1,122. Tiga tahun RM3,366. Itu satu unit, jika didarab dengan 400 unit rumah keseluruhannya, jumlah terkumpul dianggarkan lebih RM1,346, 400.

Ada desas-desus mengatakan PKNS berhutang dengan syarikat penyelenggara lif, Otis sekitar lebih 100 ribu ringgit, kos membaiki kerosakan lif sebelum ini.

Jika benar dakwaan itu, pada hemat saya, apalah 100 ribu berbanding lebih sejuta ringgit dikumpul syarikat penyelenggara?

Kemana perginya wang berjumlah besar itu?

Sewaktu pulang petang tadi, saya terlihat kertas notis ditampal di pintu lif. Saya rakamkan memo itu.

Jam 10.45 malam saya menghubungi antara ahli jawatankuasa persatuan penduduk, Nazlan Abdul, 42 tahun.

“Bang, datang tak pekerja Otis tu? Nampak ada notis ditampal”


“Datang tapi buat kerja tempat lain, bukan repair lif rosak tu,” katanya.

Saya kemudian mengantar sms kepada PR PKNS.

‘Notis kata kerja pembaikan mula hari ni, siap Sabtu 14 Jun. Tapi pekerja syarikat Otis tak datang repair pun hari ni. Mesti lif tu self-repaired’

Ini balasan Wazir kepada sms sinis itu.

‘Aduh. Aku ditipu. Minta maaf banyak-banyak. Saya akan siasat esok. Sori’

Encik Wazir, bukan awak sahaja tertipu, malah seluruh penduduk apatmen Salvia terkeliru.

Sebelum pulang ini kata Rumaizillizam.

“15 Jun ni, ada majlis pertemuan antara penduduk dan pegawai kanan PKNS serta wakil rakyat Kota Damansara. Saya akan bangkitkan masalah lif ni. Esok kalau PKNS tak respon juga, saya akan buat repot polis. Apa-apa jadi kepada isteri saya sarat mengandung, dia orang harus bertanggungjawab ”

Saya menambah.

“Buat satu lagi repot kepada BPR, biar dia orang siasat perkara berhubung soal kewangan syarikat penyelenggara, baru gempak. Kalau tidak banyak lagi tempat akan menghadapi masalah sama”

Selama ini saya patuh kepada peraturan, setiap bulan saya menjelaskan bayaran penyelenggaraan. Biarpun tidak banyak kerja penyelenggaraan dibuat. Ruang di depan rumah saya jarang bersapu.

Kini saya terfikir.

“Kalau diajak penduduk jangan jelaskan bayaran penyelenggaraan pun ok juga. Sia-sia memenuhi tuntutan maintainance company sedangkan tuntutan kita dipandang sebelah mata’

Apa pendapat anda?

6 ulasan:

  1. lapurkan pada pihak berkuasa supaya mereka akan dihadapkan ke mahkamah . Jangan tunggu dan lihat lagi . Bagus pendedahan ni.

    BalasPadam
  2. Syed, susah bila bercakap dengan orang membutakan mata dan punyai telinga tuli ni

    BalasPadam
  3. Satu idea yang cukup hebat bila melibatkan BPR. Biar semua orang buka mata dan panas buntut.

    BalasPadam
  4. Kena siarkan di TV3, barulah nak nak berbuat sesuatu kerana malu . Biasanya begitulah.Kadang-kadang bila dah terlambat, baru tergesa-gesa bertindak.

    BalasPadam
  5. mungkin dah kire ok dah tu.. ada yg bagi respond kat mazidul.. sbb diorg tau mazidul tu wartawan.. kalau mcm kiterorg ni.. takde sapa peduli kot. Biarpun benda ni nampak kecil tp budaya kerja mcm ni la dah melanda malaysia... 'pengurusan dalaman'. duit collect banyak tp servies? saya nampak syarikat lif takde masalah nk baiki kot sbb kalau diorg baiki.. diorg dapat duit or untung dan mmg tu objektif diorg.. ni yg mustahil... kenapa tak baiki2?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.