Pasukan Polis Di Raja Malaysia bakal melaksanakan operasi pengusiran pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Pesanan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar ditemubual Ally Iskandar Mardzi dalam siaran MHI 25 Jun lalu.
“Kalau warga Indonesia berhijrah ke negara ini melakukan kesalahan jenayah, dakwa mereka di mahkamah, jika terbukti bersalah, hukum mereka”
Beliau pernah memegang jawatan Ketua Polis Indonesia sebelum ini.
Kita biasa mendengar jenayah samun, rompak, culik dan pergaduhan membabitkan warga negara serumpun kita.
Pernah satu petang kira-kira lebih 4 tahun lalu saya dihubungi pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
“Bang, ada jumpa mayat dekat jerat Cina. Kes gaduh”
Sewaktu tiba di lokasi kejadian saya lihat lelaki terbaring di tanah dalam keadaan meniarap, sudah tidak bernyawa. Di sebelahnya polis menemui 2 senjata tajam, celoret seringkali digunakan warga Indonesia.
“Rasanya dia ni bertempur malam tadi,” ujar pegawai polis terbabit.
“Bertempur?,” soal saya.
“Cuba abang tengok, siap bertanjak. Pinggang berikat kain, berpakaian serba hitam,” sambung beliau lagi.
Saya perhatikan mayat secara lebih teliti. Tangan kanan hampir putus di bahagian siku dan kesan tusukan senjata tajam jelas kelihatan di perut. Kerutan pada wajah menunjukkan dia sudah berusia, barangkali dalam lingkungan 50 an.
Polis menyasat kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Bertambah lagi lah indek jenayah nampaknya,” saya mengusik pegawai terbabit.
Dia hanya tersenyum.
27 Jun, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata 20% daripada kes jenayah membabitkan warga asing biarpun saya percaya bukan semua kes membabitkan warga Indonesia.
Teringat saya satu lagi kes pembunuhan berlaku di Semporna, Sabah lama dulu.
“Mangsa ni orang tempatan. Dia dipercayai memeras ugut suspek Bugis. Suspek tak tahan kena ‘pau’, akhirnya membuat keputusan membunuh mangsa,” jelas pegawai penyiasat bertugas.
“Kena tikam?,” tanya saya.
“Yup! Kena tikam guna 2 pisau Bugis. Tusuk dari belakang kena tengah tulang belakang. Hampir tembus, satu mata pisau bengkok. Mangsa lepas kena tikam boleh lari lagi sampai kat depan pintu fun fair, lepas tu collapsed”

“Lepas tu apa jadi?”
“Polis cari macam nak gila. Akhirnya jumpa suspek dalam bot dipercayai bersiap sedia nak melarikan diri balik ke negara asal,” sambung beliau.
Warga asing bukan sahaja berhijrah mencari rezeki malah membawa masuk ‘pakej’ budaya mereka masuk ke negara kita cintai.
“Madura dan Flores kalau di Indonesia asyik bergaduh. Datang ke Malaysia pun sama, masih mahu berbunuh-bunuhan”
Antara kenyataan warga Indonesia saya temubual sewaktu menyertai operasi menahan warga asing 10 tahun lalu.
Di anggarkan lebih 1.5 juta warga asing tanpa izin bermaustatutin di negara kita sekarang ini.
Bagaimanapun, jika diungkapkan perkataan ‘warga asing’ kita kerap terbayang warga Indonesia. Kenyataannya kita tersilap. Malaysia sudah lama menjadi syurga antaranya warga asing dari Cina, India, Filipina, Mynmar. Sebahagian mereka datang secara sah dengan dokumen lengkap, sebahagian lagi melanggar pelbagai peraturan Jabatan Imigresen.
Lihat sahaja apa berlaku dalam industri hiburan di negara kita. Banyak pemilik pub mengambil pekerja warga Indonesia dan Filipina. Mereka diwajibkan memakai uniform semasa melayan pelanggan.
“Lepas kerja, apa dia orang buat siapa tahu?”
Soalan dikemukan rakan baik saya. Saya tidak mempunyai jawabannya.
“Belum lagi di rumah urut. Penuh perempuan Cina dari China. Perempuan Indonesia pun apa kurangnya. Tempat terlindung, macam-macam kegiatan boleh berlaku,” sambungnya lagi.
Pernah semasa mengikuti pihak berkuasa menyerbu pusat hiburan saya terlihat senarai harga perkhidmatan seks ditawarkan.
“Indonesia RM188, Filipina RM288, China RM288, Vietnam RM388”
Itulah harga diri mereka.
“Umur Datuk berapa ya?,” soal saya kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Syed Albar sejurus selesai sesi temubual dalam MHI 26 Jun lalu.
“64. Kira umur bonus la tu. Rasulullah mangkat usia 63,” ujar beliau.
“Datuk bercakap tenang, saya suka”
“Arwah ayah saya dulu, bukan sahaja tenang bila bercakap. Perkataan keluar satu-satu tersusun rapi,” imbas beliau.
Secara peribadi saya menyokong tindakan beliau tidak meluluskan sebarang permohonan membawa masuk wanita warga asing bekerja di pusat hiburan di negara ini. Sekurang-kurangnya mengelak dan mengurangkan kegiatan tidak bermoral seperti pelacuran terus berlaku.
Baik lah, itu cerita saya.
Apa pandangan anda berhubung misi mengusir warga asing tanpa izin di Sabah?

Baguslah, harusnya sejak dulu lagi dikawal dan diusir mana2 yang datang tidak menerusi undang2. Kaluu dah dibiarkan sejak sekian lama, duduk cari rezki dinegara ini, beranak pinak, misi ini tentu akan menghadapi misi sukar. Pasti akan jumpa emak PATI, anak pulak lahir di negara ini.
BalasPadamAkan berhadapan juga dengan kump hak asasi manusia.
Disamping misi pengusiran PATI besar-besaran, kita juga harus ada perancangan jangka panjang, supaya kekosongan yang ditinggalkan dapat diisi dengan sempurna.
Saya jangkakan untuk melahirkan pekerja tempatan yang komited kita harus bermula se awal sekolah rendah. Tidak semua yang Allah swt anugerahkan cemerlang dari akademik. Kalau adapun ianya di sekitar 20% sahaja setiap sekolah.
Buat masa ini sistem pendidikan terlalu menekankan untuk melahirkan pelajar yang banyak A. Itulah yang menjadi ukuran untuk kenaikan pangkat, serta menaikkan gred sekolah.
Yang sedihnya, dalam keghairahan mengejar A, kumpulan yang lemah akademiknya seolah-olah terpinggir dalam dunia pendidikan, walaupun mereka hadir ke sekolah. Adakalanya, kehadiran mereka seolah-olah merosakkan usaha meningkatkan prestasi sekolah.
Seluruh tenaga ditumpukan kepada yang 20% tersebut. Guru2 kaunseling tidak menyediakan halatuju kerjaya untuk pelajar2 lemah. Yang ada ialah pilihan universiti mana dan kursus apa, yang tentunya khusus untuk yang baik akademiknya.
Maklumat halatuju untuk mereka yang lemah prestasi akademiknya tidak disediakan dengan sempurna. Umpamanya peluang2 di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) spt IKBN, ILP, IKM, ABM dan Giat Mara serta bidang2 kemahiran yang ada tidak disediakan.
Harapan, usaha itu akan diteruskan di semenanjung kemudiannya yang tidak kurang kritikalnya.
Cumanya, sering kali kita bertindak mengikut isu dan desakan. Jika itulah, kesudahannya kita akan terus-terusan menjadi masyarakat yang reaktif, akhirnya... ianya menjadi tugas rutin yang semangatnya tidak konsisten.
Moga ia tidak menjadi inisiatif yang hangat-hangat...... sahaja.
Encik Mazidul
BalasPadamMengikut sejarahnya, Arwah Moyang saya adalah pendatang dari Jawa yang berhijrah ke Semenanjung. Mereka pun dulu tiada passport atau apa apa ID, cuma bila British menguasai Tanah Melayu, barulah mereka di kehendaki memiliki ID Card atau apa namanya pada zaman tersebut.
Zaman berbeza, maka undang undang berbeza. PATI juga adalah makhlk Allah dan mereka juga perlu hidup dan mencari rezeki di samping menunaikan kewajipan. Mungkin ada yang menjadi penjenayah, tapi tidak semua. Ada juga di antara PATI yang memiliki Ijazah dalam beberapa bidang tertentu.
Takdir menentukan mereka cuma bekerja buruh, kuli atau apa juga kerja di Malaysia. Asalkan keluarga di kampong tidak kebuluran.
Mungkin mereka menjadi mangsa penipuan oleh agensi pekerja atau memang tiada uang untuk datang secara sah.
Terpulanglah kepada pihak berkusa untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.
Tapi harus di ingat, ramai juga PATI yang bukan dari Indonesia, malah dari pada China, Vietnam dan negara lain. Mereka ini kebanyakkannya berselindung di sebalik 'Ultraman mata sepet' yang sentiasa berwaspada dan penuh dengan perlbagai helah demi mengabui mata pihak berkuasa dan pihak awam.
Jangan ingat PATI hanya dari Indonesia sahaja dan jangan lupa juga bahawa kita juga berasal dari JAWA, Minang, Bangkahulu, Banjar dan lain lain.
Sekian
Abang Dul,
BalasPadamSaya agak bersimpati dengan PADI. Mereka berusaha mengikut saluran yang betul untuk datang ke negara kita. Niatnya suci, untuk mencari rezeki buat keluarga di kampung. 'Culture' mereka pasti berbeza, tapi saya yakin.. bergaduh, membunuh, merompak.. pastikan bukan antara itenary mereka ke mari. Yang menjadi raguan saya adalah mereka yang datang tanpa di izin.
Dek kerana yang datang tanpa izin dan melakukan pelbagai kesalahan - Maka yang datang dengan izin juga mendapat tempias bahananya. Bukanlah saya menyokong wanita bekerja di kelab hiburan. Tapi pada saya, tindakan Menteri untuk tidak meluluskan permohonan hanyalah akan menyekat PADI (yang pada saya tidak bersalah), tapi PATI masih berleluasa. Kalau kita nak halau PATI, saya sangat bersetuju. sebab mereka bukan sahaja tak di undang, malah 'mencuri' rezeki teman mereka yang datang dengan izin.
Tapi ada soalan yang lebih penting dari menghalau - Apakah langkah kerajaan untuk membendung kemasukan PATI? Adakah sistem keselamatn negara kita begitu rapuh sampai boleh bolos sewenang-wenangnya? Kalau kita sibuk menghalau, tapi pagar robek kita tak baiki, maka mereka pasti akan masuk kembali. Sampai bila nak halau?
-Azmil Aziz-
to : kerajaan malaysia
BalasPadamdo it for the country,
not for the money n fame.
by : malaysian~
Salam Abang Mazidul,
BalasPadamElok sangat jangan dibenarkan lagi masuk. mereka ni bukan ikhlas nk cari keja dan rezeki tetapi nak cari suami...
habis hancur rumahtangga orang mereka kerjakan. mereka ni bukan datang kosong, ada saja ilmu nya.. sampai orang lelaki dah tak tau nk mengira asik teringat kat mereka..
halau kan saja yang datang melacur tu.. jangan mereka nak tunjuk perangai hebat di tempat orang.
wasalam