“Hello! Assalamualaikum. Mazidul ni,” kata saya.
“Ya Mazidul. Ada apa?,” jawab rakan menerima panggilan.
“Tak ada apa. Saja call nak tanya khabar,” jawab saya.
“Ish! Tak kan lah. Nak buat loan ke?,” soalnya.
“Ok. Terima kasih”
Saya tamatkan panggilan itu.
Rakan itu kini menyandang jawatan besar di institusi kewangan di negara ini. Usianya sebaya saya, 41 tahun. Barangkali dia fikir saya menghubunginya untuk membuat pinjaman kewangan. Alangkah silapnya rakan itu.
Ada pula rakan kekadang berasa hairan apabila saya bertanya khabar.
“Baik. Ada apa-apa ke ni? Kau rekod ke perbualan kita ni?,” tanyanya dalam nada serius.
“Tak. Sebab apa nak rekod pulak?,” saya hairan.
“Ya lah, engkau kan wartawan. Manalah tahu entah nak buat story ke,” balasnya.
“Ok. Terima kasih,” saya tamatkan satu lagi panggilan.
Ada juga rakan terlalu sibuk dengan kerjaya.
“Sorry, aku tengah meeting ni,” katanya.
“Terima kasih”
Satu lagi panggilan saya putuskan. Terfikir, tidak salah sekiranya kenyataan itu diubah sedikit.
“Sorry, aku tengah meeting. Habis saja aku call engkau balik”
Lebih indah bunyinya.
Lain pula dengan rakan takutkan bini.
“Bini aku ada sebelah ni, tak boleh cakap,” terus dia putuskan panggilan.
Hairan, banyak sangatkah saya menyimpan rahsia rakan itu? Sehingga panggilan saya dianggap seperti panggilan isteri ke dua?
Pernah ada rakan menelefon.
“Apa khabar? Kerja ok? Aku call ni nak tanya, satu bulan berapa engkau allocate untuk belanja dapur, belanja anak, belanja minyak,” soalnya.
“Kenapa?,” soalannya saya balas dengan soalan.
“Kau buatlah investment dengan aku. Nanti aku datang pejabat engkau. Boleh? Lama tak jumpa,” katanya lagi.
“Tak apa lah. Terima kasih”
Satu lagi panggilan rakan, rakan hanya ingat kepada saya hanya apabila melihat kewujudan ruang dan peluang menambah pendapatan.
Sebab itu lah mereka semua saya gelar ‘rakan’, tidak lebih daripada itu. Mereka tidak layak digelar ‘sahabat’.

Assalammualaikum En. Mazidul
BalasPadamPerkara seperti ini sering juga saya alami. Adakalanya saya berasa bosan dengan mereka yang mengubungi saya hanya apabila memerlukan bantuan.
Saya tidak faham dengan corak pemikiran masyarakat kita sekarang ni. Penuh dengan syak wasangka dan negativiti.
Bukankah kita seharusnya menjaga hubungan dan mengeratkan silaturahim.
Menamatkan panggilan memang apa yang seharusnya kita buat.Lagi pun mereka hanya sekadar rakan.
Salam Tuan,
BalasPadamBab hal antara Rakan dan Sahabat nie memang susah untuk diungkapkan.
Apa yang boleh saya nyatakan disini adalah dalam kehidupan saya sekarang ada lagi manusia yang saya boleh panggil sahabat.
Cheers ...
Saya sendiri pernah dalam situasi seperti itu. Kita saja yang beria-ia untuk jalinkan silaturahim yang dah putus tapi kawan-kawan kita nampaknya dah tidak berminat lagi, sedih...
BalasPadamguna ajer teknologi sekarang ...SMS...mudah.....ringkas....dan tak banyak kemungkinan berlaku "ketidak puasan hati".... cukup sekadar barisan ayat menanya khabar.... kalau rakan tu menghargai.... mungkin dia akan balas dengan panggilan atau SMS jugak.... or tak berbalas.....mungkin dia x der kredit kot!! :) x baik beburuk sangka
BalasPadamSalam...
BalasPadamSedikit sebanyak apa yang diperkatakan pada tajuk ni mempunyai banyak kebenarannya..
Sebagai contoh, jika kita masih menuntut di sekolah, pusat pengajian tinggi... pada masa itu lah rakan yang terdekat dengan kita adalah rakan baik kita.. bila menginjak ke zaman pekerjaan, untuk telefon bertanya khabar..untuk mengirim SMS pada mereka mungkin terlalu mahal... tapi itulah kebenarannya...
mungkin terlalu sibuk dengan aktiviti seharian, buat kita terlupa untuk bertanya khabar rakan-rakan yang pernah bersama kita dahulu...
sedih bila mengenang kembali bila hubungan yang dulunya mesra, terputus begitu sahaja hanya kerana tidak meluangkan sedikit waktu untuk menyapa rakan-rakan kita melalui teknolgi yang semakin canggih pada masa kini.
Dul
BalasPadamSusah nak cari sahabat sekarang ni, kecuali kalau ada kepentingan lain barulah depa tu sibuk nak call kita. Kekadang tu tengah malam buta pun sanggup.
Alid
012-685 4096
En.MAS ..
BalasPadamBgaimana pula dgn sdara mara yg suka mmbuat fitnah dan talam dua muka? Bukan skali dua hati ni trluka dek krana fitnah yg mncalar maruah! .. padahal sy 'x usik' depa pun..
Smoga Allah swt mmberi balasan yg stimpal kpd mereka ..