"Table semua penuh. Kalau awak nak main, join kita orang dulu. Nanti bila kami blah awak slow slow ajak kawan, mainlah kat table ni,” ketika itu sekumpulan remaja sudah lama menunggu di tepi meja pool.
“Nama saya Loyai,” katanya memperkenalkan diri.
“Saya Mazidul”
Daripada riak wajahnya, dia tidak mengenali saya ketika itu sudah 5 tahun berkhidmat di TV3.
Peristiwa itu berlaku 8 tahun lalu.
Kami bertemu sewaktu saya secara berkebetulan berkunjung ke kelab American Pool di Sunway Mentari Business Park, Petaling Jaya, Selangor.
“Gua blah dulu,” dia menghulurkan tangan sewaktu beredar bersama 3 rakannya.
Sejak itu Loyai menjadi sahabat juga saudara. Dia orang pendiam tetapi punya keberanian. Itu saya pasti. Jika tidak masakan dia boleh menjadi 'Raja Rempit' 20 tahun lalu. Namun apabila usia meningkat dewasa, dia berubah angin. Minatnya menjurus ke arah kereta berkuasa turbo sebelum secara serius terbabit dalam drift.
Nama Loyai pernah dipinjam satu daripada karektor dalam filem drift pertama negara arahan Ahmad Idham, Impak Maksima. Malah kini nama sama masih digunakan dalam siri disiarkan di TV3.
Barangkali ramai pernah mendengar nama itu tetapi tidak mengenali orang sebenarnya.
“Kereta baru ke ni?,” tanya saya sewaktu bertemu Loyai di Kota Damansara.
Saya mempelawanya minum petang di Papa Kopitiam.
“Alah, kereta drift la. Toyota KE70, gua beli 10 ribu, modified tambah sport rims, cat two k, lebih kurang 4 ribu. Enjin Toyota AE86, 1.6 CC,” ujarnya kepada saya ‘buta’ mengenai kereta.
Dalam Impak Maksima, Loyai menjadi stuntman pemandu drift menggunakan keretanya sendiri, Nissan Cefiro biru 2.5 CC.
“Dah lama lu main drift eh?,” soal saya.
“Dalam 2 tahun. Filem tamil gua jadi stuntman, ‘Billa’ tu box-office di India dengarnya. Tapi pelakon dia pun superstar, Ajit Kumar,” Loyai memang gemar merendah diri.
“Kereta lu 2 buah untuk drift tu lepas ke inspection JPJ?,” soal saya.
“Lepas beb. Enjin semua dah endorsed,” balas Loyai.
“Lu nak jual ke Toyota KE70 ni?”
Pemenang tempat ke 3 Pertandingan Star Drift di Melaka Julai 2007 itu terdiam seketika sebelum menjawab.
“Di KL rasanya ada 6 buah saja. Tapi kalau ada orang nak tawarkan harga baik, boleh runding lah,” jawab Loyai.
Kepada pembaca berminat, boleh menghubungi Loyai di hanizam@macg.panasonic.com.my atau klik di sini.
Salam bro Mazidul,
BalasPadamSaya rasa bro kena betulkan sikit pasal spec enjin kereta tu, 1.6 liter atau 1600 cc, 2.5 liter atau 2500 cc~ thanks :)