Jumaat, Jun 13, 2008

Jom Jadi Guard

“Abang ada dua,” katanya

Lah, 55 tahun dengan ketinggian kurang 150 sentimeter saya temui kali pertama sewaktu minum petang di Petaling Jaya, Selangor. Lelaki rendah memiliki senyuman manis. Dia diperkenalkan rakan saya kenali sejak 2 tahun lalu, Shah.

“Dua apa bang?,” soal saya.

“Binilah,” celah Shah sambil menjeling Lah duduk di sebelahnya.

“Hebat orang tua ni,” sambungnya lagi.

Saya tersenyum melihat Lah berjeket kemas.

“Ya lah, tengok pen dia dua, cincin dia pun dua. Tak kan bini satu,” sekadar satu kenyataan.

“Macamana boleh jadi dua?,” tanya saya.

“Sebelum kahwin, bini ke dua tu sebenarnya adik angkat saya. Masa tu umur dia 17. Selalulah pergi rumah dia di Keramat, maknya pulak ibu tunggal, beza umurpun 3 tahun dengan saya. Mula tu target maknya. Tapi entah macamana lekat anak pulak,” sambil dia ketawa berdekah-dekah, gembira.

“Macamana boleh betemu jodoh?,” soal saya ringkas.

“Satu hari tu saya cakap kat bini pertama saya ada kursus di Melaka. Tapi tak ada pun. Sebenarnya saya ajak ‘adik angkat’ tu pergi ke Golok, Thailand. Bila sampai sana ‘adik angkat’ kata tak sedap la nak berdua begitu saja. Dia pula warak orangnya. So, sampai sana saya adjust dengan orang masjid semua, nikah. Bayar 3 ribu,” khusyuk saya mendengar penjelasan Lah.

“Memang hebat. Lepas nikah, tak takut ke dengan isteri pertama?,” soal saya.

“Masa tu saya dah tak takut apa dah. Main langgar semua. Saya cakap pada bini pertama saya dah ada part-time job, jadi guard di Wangsa Maju. Bini kedua duduk flat kat situ. Jadi, hari selasa, khamis ..”

“.. dan sabtu abang kerja kan?,” saya mencelah.

“Huih! Mana tau?,” Lah terkejut.

“Laaa .. kan nampak macam ikut urutan jer harinya tu, selang-selang,” sambung saya seakan bijak.

Kami bertiga tertawa serentak.

“Kononnya kerja guard la. Guard kan selalu kerja 12 jam, dari 7 pagi sampai 7 malam. Tapi sebenarnya balik jumpa bini kedua. He! He! Tapi saya memang bagi tahu dengan bini pertama, ‘site’ tempat saya ‘kerja’ tu,” begitu jujur kedengarannya.

“Entah macamana, satu hari nak jadi cerita dia datang tapi tak bagi tahu dulu. Nasib baik guard kat bawah kenal bini pertama. Dia pun call saya. Lah, bini pertama engkau datang ni, katanya”

“Lepas tu, abang buat apa?,” cerita semakin panas biarpun kami minum di restoran berhawa dingin.

“Apa lagi, saya pun terus cepat-cepat pakai uniform guard, memang saya dah prepared awal. Capai cota, turun lif. Terus jumpa bini kat bawah. Hayun cota tu kiri kanan, kiri kanan. Bila dia tengok memang dia percaya saya ni bertugas. Bukan menipu,” jelas Lah sambil menarik nafas lega.

“Betullah kata P.Ramlee, mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang,” saya mengusik.

“ Tetapi jangan sampai .. hai pecah tembelang ..!,” Lah menyanyikan rangkap terakhir lagu Madu Tiga itu.

Sekali lagi kami tertawa bersama.

Lah dikurniakan 7 anak berusia antara 9 dan 23 tahun. Seorang dengan isteri pertama, 6 dengan isteri ke dua. Kini kedua isteri tinggal bersama dia di rumah teres 2 tingkat. Isteri tua tinggal di atas, isteri muda di bawah.

“Macamana dia orang boleh jumpa?,” saya ingin tahu.

“Masa anak pertama isteri muda lahir di Hospital Besar Kuala Lumpur. Masa tu panggil GH, boleh hisap rokok kat luar wad. Puh! Puh! Merokok, tiba-tiba saya nampak isteri pertama datang melenggang laju dengan tangan di belakang. Masa tu memang saya berdebar, matilah,” keluhnya.

“Macamana dia tahu?”

“Sebelum tu pun angin dah bertiup kencang kata saya kahwin dua. Mesti ada orang bagi tahu,” Lah yakin dengan kenyataannya.

“Abang Lah dengan isteri pertama kan kerja satu pejabat,” tambah Shah bersahaja.

“Kemudian apa jadi?”

“Saya pun ikut dia dari belakang. Saya ikut rapat. Yang, bawa bertenang, saya cakap kat dia. Bila dia sampai ke katil, saya terkejut. Dia orang berpelukan, menangis,” redup wajah Lah meluahkan perasaannya petang itu.

“Lepas tu?,” soal saya.

“Lepas tu dia orang jadi baik. Sebab sebelum tu pun memang dah kenal. Saya selalu bawa isteri pertama ziarah rumah ‘adik angkat’ tu,” ulasnya.

“Sekarang ni anak dah besar. Bini tua, 48 tahun, bini muda 37 sama-sama jaga. Tapi tak tahan bila dia orang berdua komplot. Hari sabtu pergi pasar, saya bagi RM300. Dia orang kata tak cukup. Mintak lebih. Rupanya beli barang sikit jer, duit lebih dia orang split dua. Mati saya,” kata Lah.

“Padan muka,” celah Shah.

“Tapi Mazidul, kahwin dua bukan mudah. Duit kena cukup, kalau tidak memang payah,” barangkali mengingatkan dirinya sendiri.

Benarkah?

Apa komen anda?

8 ulasan:

  1. Mazidul, saya pun ada dua; dua blogs: http://omargodor.blogspot.com/ dan http://cgpencen.blogspot.com/ cerita kereta ber cc besar sedang saya tekankan di situ. Selamat maju jaya dan Allah selamatkan Malaysia; maklumlah pemimpinnya masih bercakaran sehingga semua tindakan jadi Ad-Hoc sahaja.

    BalasPadam
  2. Hurm..kahwin lebih dari satu bukan senang. suami kenalah mampu dari segi zahir dan batin. mesti berlaku adil kepada semua pihak.
    dalam kisah ni baguslah si suami boleh berlaku adil terhadap kedua-dua orang isterinya.

    kisah sebaliknya berlaku kepada keluarga saya.

    bapa saya berkahwin lain dan menyembunyikan perkahwinannya dari pengetahuan ibu saya. untuk pengetahuan semua, seluruh ahli keluarga dan kaum kerabat, malah seluruh kampung bapa saya dan kampung di mana saya sekeluarga tinggal mengetahui yang bapa saya telah berkahwin lagi satu. namun tiada siapa yang tampil untuk memberitahu ibu saya.

    akhirnya, setelah dua tahun perkahwinan rahsia itu berjaya disembunyikan oleh bapa, akhirnya ia terbongkar juga apabila salah seorang ibu saudara saya iaitu kakak ibu saya yang tinggal di daerah lain datang memberitahu bahawa beliau mendengar cerita yang bapa saya berkahwin lain. Untuk mendapatkan kepastian, ibu saya ke kampung bapa saya yang hanya terletak bersebelahan dengan kampung saya menetap. ternyata cerita yang diberitahu oleh ibu saudara saya itu betul.

    pada hari ibu saya mengetahui cerita tersebut, saya baru pulang dari satu kem yang dianjurkan oleh salah sebuah jabatan kerajaan dinegeri yang saya ini. sesampainya di rumah, ibu memberitahu saya yang bapa saya telah berkahwin lain. saya bagaikan tidak percaya kerana sebelum ini sikap bapa saya seperti biasa saja.

    tidak beberapa hari kemudian, bapa saya memfailkan penceraian dan ternyata dia lebih rela meninggalkan anak dan isteri yang telah hidup bersama selama 18 tahun dan pernah menjalani hidup di kala susah bersama untuk mempertahankan perkahwinannya yang baru berusia 2 tahun ketika itu.

    saya pernah bersemuka dengan isteri bapa saya itu dan dia berkata, ibu saya tidak pernah membahagiakan bapa saya. apa semua ini, ternyata selama ini bapa saya menceritakan perihal rumah tangganya bersama ibu saya dengan isteri barunya itu.

    kalau betul bapa saya tidak pernah bahagia hidup bersama dengan ibu saya, tidak mungkin saya dan 2 org lagi adik saya akan lahir di dunia ini. isteri baru bapa saya itu juga turut menghalang bapa saya menghubungi saya dan adik2.

    semoga bapa2 dan bakal bapa diluar sana, sebelum buat keputusan untuk kahwin lagi satu, pastikan anda dapat berlaku adil untuk semua pihak. jangan guriskan hati sesiapa, terutamanya anak2 anda kerana tersilap perhitungan, masa depan mereka yang akan tergadai.

    untuk ibu, saya dan adik2 akan sentiasa sayangkan ibu kerana bersusah payah membesarkan kami walaupun saya tahu, ibu masih terluka sampai sekarang.

    **saya, ibu dan adik2 telah tiggal berasingan daripada bapa 6 tahun sebelum penceraian itu. sebelum ini kami menetap di negeri x sebelum berpindah terus ke kampung halaman yang terletak di negeri y. namun, bapa saya tidak ikut pindah sekali dengan alasan tiada kekosongan jawatan di cawangan syarikat di negeri y.

    BalasPadam
  3. komen saya, memang betul kena bajet lebih! kelakar la cerita ni.. isteri2 dia memang bijak!haha~

    BalasPadam
  4. Topik yg menarik..
    Saya antara yg menentang poligami.Indah memang indah, tapi sebelah pihak pasti akan terluka.Saya ada menonton satu drama di Tv yang berkaitan dgn isu ini..Hampir 20 tahun perkahwinan dgn isteri barunya tak diketahui isteri pertama..Bila isteri pertama tahu betapa remuknya hati dia..Kalau benar ada keikhlasan di hati suami kenapa perlu disembunyikan hal sebegitu daripada isteri pertama? yang merana kemudian hari adalah isteri pertama.Kalau benar si suami mampu dari segi kewangan & tanggungjawab ia tidak akan menjadi masalah..Tapi, pastikan persetujuan isteri pertama.Jangan terus-terusan menipu isteri pertama. Sekian komen saya yg tak seberapa ni..

    -keklapis-

    BalasPadam
  5. bukan duit sj kena cukup, iman yg penting. bila suami beriman, dia tau cemana jalankan tanggungjawab dan adil kepada berapa pun isteri yg dia ada =)

    BalasPadam
  6. saya kurang bersetuju dgn idea berpoligami ini kerana pada zaman sekarang ni, mana ada orang boleh berlaku adil. adakah dengan hanya memiliki sejumlah wang yang banyak, anda mampu memberikan keadilan? Sekiranya benar apa yang saya katakan ini, maka bolehlah kita simpulkan keadilan dapat dijual beli dengan wang.

    Ini hanyalah pendapat saya. Kebanyakan lelaki yang berpoligami tidak berjaya berlaku adil dalam menjaga rumah-rumah tangganya. Warak macam mana sekalipun, mereka tidak akan berjaya menegakkan keadilan. Hanya Allah sahaja yg adil.

    BalasPadam
  7. Kebanyakkan survey yang saya buat mereka yang berpoligami ni terdiri dari pengawal keselamatan dan pemandu bas. Apa rahsianya mungkin waktu bekerja anjal kot? nafkah zahir macamana pulak ye? nanti saya sambung survey dulu ye.

    BalasPadam
  8. Salam.. tak bersetuju dgn idea berpoligami? cuba check balik bilangan org perempuan dgn lelaki kat atas bumi nih (kat planet lain tak tau la kan..) bilangan perempuan lebih ramai dari lelaki (sape tak tau kan??) cuba pulak kira berapa ramai dikalangan lelaki tu "gay"? Bayangkan perasaan perempuan yg tak kawin2 lagi sampai skarang (bagi umur yg dah mencecah 35+).. mungkin kita tak ambil peduli ape dorang rasa kan? pasal bukan jadi kat kita. so fikir2 kan la.. anyway, yg slalu menentang poligami ni perempuan je sebenarnya..tp yg dapat effectnya perempuan gak.. kalau kita nak mencegah kes buang bayi, salah satu caranya kita kena la buang persepsi buruk tentang poligami ni. kalo tak lebih ramai la yg buat projek haram.. tak pun wat keje part time. maklum la benda tu kan job yg tertua kat dunia ni. Tapi yg lelaki pulak, dah bukak cawangan tu kene la pandai manage leklok.. tu je. renung2 kan la ye? hehe... selamat hari raya, maaf zahir dan batin sume.. especially abg mazidul.

    psst: abg mazidul,kalo ade org nak buang baby, jgn lupe call.

    wassalam.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.