“Mat Rempit sekarang ni memang dah mencabar polis betul, kurang ajar,” keluh pegawai polis makan laksa bersama saya di Jalan 223, Petaling Jaya, Selangor.
“Kenapa?,” soal saya.
“Sekarang ni dalam group antara 10 dan 15, dia orang samun pemandu duduk dalam kereta berhenti, contohnya di hadapan pusat hiburan atau di tepi jalan,” jelasnya.
“Ramai-ramai?”
“Modus operandi Mat Rempit ni senang. Ketuk wind shield dengan helmet bagi pemilik kereta terkejut lepas tu buka pintu, rampas barang berharga duit, hand phone. Selagi ada. Kalau pemilik tu degil dia orang hentak kepala dia sekali. Gila la,” sambungnya lagi.
Saya dapat melihat bayang kerisauan pada wajah pegawai itu. Mangsa menurutnya ramai Cina dan Melayu. Pemandu tidur dalam kenderaan atau berada dalam keadaan mabuk antara sasaran utama.
“Satu lagi dia orang target pelanggan baru keluar dari bank atau lepas keluarkan duit dari mesin ATM. Itu pun sama, masuk saja dalam kereta dia orang attack. Ada kes, Mat Rempit hayun kepala pemandu dengan kayu golf,” katanya sambil menghirup the ‘O’ panas pada jam 3 pagi itu.
“Kalau dulu Mat Rempit hanya memekak bawa motor secara melulu dan berbahaya, sekarang ni dah lain pula jadinya, kan?,” tanya saya.
Sebelum ini jika ditahan, Mat Rempit hanya boleh didakwa mengikut Sekyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saya diam dan kemudian bertanyakan soalan susulan.
“Boleh caj mengikut Seksyen apa ya kalau Kanun Keseksaan?”
“Sekarang ni, perbuatan dia orang dah dikategorikan di bawah jenayah. Seksyen 392, samun dan Seksyen 397 samun berkumpulan,” jawabnya.
Pada era 80 an, Mat Rempit dikenali sebagai ‘Mat Motor’. Zaman Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud tersohor dengan nama Zak dan Azura.
Kini ‘species’ sama dilaporkan terbabit dengan kes jenayah. Malangnya mereka bukan berbangsa Cina maupun India. Mat Rempit itu Melayu. Melayu gemar mencari nahas.
Mengapa Melayu?

salam...
BalasPadamabe MIE sensitif kalau orang cakap pasal melayu.
melayu buat hal mungkin 2 sebab - hisap dadah dan tak kerja (malas). apa beza dengan INdia? mereka meragut tapi di kawasan pekerja asing macam sg buluh.
Kenapa ada lagi manusia begini? salahkan mak bapa, tak boleh, salahlan cikgu? salahkan pendidikan? salahkan agama? salahkan masyarakat? salahkan polis? salahlah diri sendiri.
pkrpasdap.blogspot.com
Persoalan yang perlu kita tangani bersama.
BalasPadamSaudara Mazidul, tulisan ni tak berkenaan dgn tajuk di sini, tetapi saya perlu highlightkan jugak isu ini. Kalau boleh tolong sampaikan kepada buletin utama utk kaji isu ini. E-mail saya tak der respond nmpknya.
BalasPadamAlhamdulillah, ramai dah dapat rebet tunai semalam dan hari ini dan hari seterusnya akan ramailah lagi yang akan dapat termasuklah saya. Permasalahan timbul cuma ada sistem komputer yang tak berfungsi pulak masa orang tengah dok beratur tu. Jadi orang-orang IT kat pejabat pos kena la bekerja keras sikit supaya sistem tu sentiasa elok. Apa-apa pon prosedurnya yang mudah itu terbukti mudah.Tahniah. Semalam saya berada di Kuantan kerana seminar mencari Usahawan TM, jadi sempat lah saya menjenguk di Pejabat Pos dan ramai orang di sana.
Semalam saya telepon kawan saya yang mempunyai 6 orang anak dan mempunyai kereta NAZA RIA yang baru-baru memperbaharui insuran keretanya, dia sangat sedih nampaknya kerana keretanya itu 2500cc. Dah tentulah tak dapat rebet tunai. NAZA RIA tu di belinya bukanlah sebab nak bermewah tetapi nak mengangkut anaknya yang 6 orang itu kesana kemari. Pelik juga saya kawan saya yang ada kereta BMW 318 yang harganya lebih RM200,000 yang dibayarnya lebih RM2000 sebulan akan dapat dapat rebet tunai ini. Dia relax sahaja kerana tak perlu nak bergegas ke pejabat pos dan mungkin juga tak kesah sangat nak claim rebet tunai tu. Apapon kena lah kaji semula tentang CC kenderaan yang boleh dapat rebet ni. mungkin kena tambah sehingga 2500cc. Bila saya kira-kira balik kawan-kawan yang ada NAZA RIA, mereka bukanlah dalam ketegori mewah, cuma cukup makan ajer, ada tu anak ramai dan isteri pulak tidak bekerja. Kepada wartawan TV ke atau suratkhabar cuba buat kajian sikit. Ini cadangan saya. Maaf kalau tak betul.
'from Blogger....' said...
Sdr fauzifudzin,
Cerita Naza Ria itu amat menarik yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan. Mungkin boleh dilihat dari segi pembelian kenderaan dalam kaitan kepentingan keluarga dalam memberi rebat itu.
Saya syor Sdr tulislah surat pembaca ke media cetak dan media elektronik (RTM/TV3/BernamaTV) berhubung perkara itu. Mungkin kerajaan ada jawapan atau rasionalnya dalam menentukan pemberian rebat mengikut CC kenderaan. Jika terlepas pandang, mungkin boleh difikirkan.
Mungkin Gejala Mat Rempit ni terpaksa di tangani dengan lebih keras lagi. Memang, memeberi komen tu lebih mudah daripada melaksanakan, tapi, mungkin pandangan daripada rakyat bolih di pertimbangkan.
BalasPadamMungkin kah bolih diadakan undang undang seperti:
1. Melarang mereka ini berkumpul atau menunggang dalam kumpulan yang melebihi 3 buah motorsikal.
2. Hukuman yang lebih berat seperti rotan.
3. Motor kapcai ini di kecilkan cc nya kepada 50 c.c
4. Meletakkan syarat untuk membeli motorsikal hanya kepada mereka yang sudah bekerja dan harus di buktikan ketika pembelian.
Kalau pelajar, harus di beli olih Ibu/Bapa dan Ibu/Bapa juga harus di kenekan hukuman sekiranya anak mereka yang dibelikan motorsikal itu nanti terlibat dalam jenayah yang melibatkan motorsikal tersebut.
Ini hanya lah satu cadangan.
kalau nak sangat rebat tunai tu, takyah pakai naza ria...
BalasPadamtukar pakai van nissan atau toyota yang 1800cc je... van juga, boleh angkut anak sampai 8....
nissan vannete dgn toyota premio tu 10 seater apa...
melayu..melayu.. bagi saya pemimpin2 tak payah nak duk fikir masalah Melayu..orang Melayu yang bermasalah ni bukannya hirau pun.. lagi baik selesaikan 'akar' kepada masalah ini.. kembalikan kepercayaan mereka kepada Allaah.. hanya Allaah.. naluri semulajadi manusia memang sentiasakan rindu kan Allaah.. tapi kita dididik sejak dari awal untuk membelakangkan Islaam..ikut sistem penjajah.. hanya Allaah yang boleh ubah mereka, sebab Allaah yang mencipta mereka..tapi kena berusaha jugak untuk tolong depa.. bagi saya pemimpin2 harus tegakkan kembali Islaam..'kepercayaan kepada Tuhan' bukankah rukun negara yang pertama?
BalasPadamMungkin petanda awal kejatuhan bangsa. Sudah terlalu liat dan terlalu banyak 'Meeting' tanpa 'Action', 'Akta' tanpa 'Dakwa'...semua terlalu perlahan. Tak usah marah kenapa ada majikan sanggup mengambil PATI. Bukan kerana gaji murah tapi sikap bangsa yang terlalu manja...takutkan peluh dan bau badan sendiri dicium orang. Silapnya pada warisan dahulu yang kerap berkata "Biarlah aku kerja susah sekarang, asalkan nanti anak aku jadi doktor, jadi cikgu". Kenapa bangsa kita sering mengharapkan rezeki anak??? Sedangkan bangsa lain bersusah payah untuk diri sendiri terlebih dahulu dan anak mereka akan mencontohi kegigihan bapanya...
BalasPadam