Kisah kecurangan dan kebongkakkan isteri, lakonan Fasha dan Adi menarik perhatian saya.
“Sayang .. bunga sayang tanam tu bukan wangipun,” antara ungkapan Adi merujuk kepada deretan bunga Lantana atau bunga ‘tahi ayam’ ditanam di depan rumah banglo mereka.
“Abang .. kalau tak wangi pun tak apa, itu tak penting. Asalkan cantik sedap mata memandang,” manja balas Fasha , bekas ratu cantik dalam drama itu.
Sewaktu di studio pagi tadi, 18 Jun saya bertemu penerbit MHI, Mohd Alfian Kaus.
“Tengok tak drama tu?,” soal saya kepada Alfian berasal dari Tanjung Malim, Perak.
“Tengok”
Jawabnya ringkas kerana sibuk memerhati telatah ceria, Ally Iskandar dan Aidid Marcello berbincang mengenai pasukan kegemaran mereka berdua, Italy.
Tidak seperti Fasha di penghujung drama, wajah bertukar hodoh akibat perbuatan khianat menggunakan khidmat bomoh bagi memastikan suami tunduk atas setiap permintaannya.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, watak dipegang Fasha dengan muka bengkak bernanah merayu kepada suami duduk di katil.
“Maafkan saya abang”
“Abang maafkan sayang,” kata Adi sambil memangku kepala isterinya.
“Nasi kangkang ni memang ada orang guna Dul. Tapi berkesan 6 bulan, lepas tu kena buat balik. Memang macam tu. Kalau ok sampai mati kesannya,” jelas Alfian.
‘Bal’ istilah seringkali digunakan rakan sepejabat merujuk kepada maskud bebal atau bodoh.
“Siapa kena, mesti laki akan ikut telunjuk bini,” sambung Aidid.
Sewaktu commercial break, saya ajukan permintaan.
“Boleh saya ambil gambar dengan 2 orang handsome ni tak,” mereka senyum tanda setuju.
Gambar dirakam jurukamera, Wan.
Sewaktu keluar studio saya bertembung pasangan peniaga adik-beradik bakal muncul dalam segmen tajaan, Puteri Mardziaton dan kakaknya Puteri Mardzilinda. Lalu saya masuk kembali ke studio. Mereka kenalan saya sejak 1997.
“Nasi kangkang ni kalau di Kelantan dipanggil nasi tangah. Nasi tengah panas tu dicampurkan dengan serbuk jampi, diletak di dalam kain perempuan, wap nasi tu kemudian jatuh semula ke dalam pinggan,” ulas Mardzilinda.
Khusyuk pengacara MHI, Aby mendengar.
“Kalau ada maid, elok-elok. Ilmu tu dari Indonesia. Silap-silap laki kita dibaginya nasi kangkang. Laki boleh jadi macam kena cucuk hidung, ikut 100% perintah dia,” sambung Mardzilinda lagi.
Di dalam studio saya turut bertemu Eja, pelakon filem Sepi. Semasa saya mengutarakan kisah nasi kangkang, dia hanya mendiamkan diri. Itulah Eja saya kenali, begitu berhati-hati mengeluarkan kenyataan.
Ilmu hitam jadi tuntutan golongan terpesong akidah. Bagaimanapun penggunaan dipercayai masih dipraktikkan di negara kita.
Hemat saya mudah.
Wanita memiliki ciri kelembutan dilengkapi daya pujuk tinggi. Jika wanita itu jujur menjadi isteri, layanlah suami dengan hormat dan penuh kasih-sayang. Tanpa nasi kangkang, kebahagian masih boleh menjadi milik bersama.
Apa pendapat anda? Mesti ramai ingin tahu. Jika anda ingin menyaksikan 360 merungkai kisah di sebalik nasi kangkang, lontarkan komen anda kepada saya.
Terima kasih kerana memberikan sokongan anda sebagai pembaca, saya amat menghargainya.
Salam.
menyampah mula-mula tengok citer tu.. tapi tengah2 sampai ke hujungnya agak menyentuh naluri ku...
BalasPadamNasi kangkang.. bunyinya saja dah menggelikan.Issh manusia jenis apa sanggup buat begitu..Ada banyak lagi cara untuk mendapatkan kasihsayang.Jujur dan ikhlas serta terima suami kita seadanya..
BalasPadamooo abg mazidul ade blog yer...
BalasPadamhmm saya pon tengok citer nehh, sgt bestttt!!ni org2 dolu selalu buat kan, tapi zaman skang ni takde dah kut..ntahler..wallahualam
Salam Tuan Mazidul,
BalasPadamUntuk pengetahuan Tuan, selain Nasi Kangkang pelbagai cara lain jugak telah mula digunakan kembali dalam dunia zaman moden ini.
Contohnya penggunaan Susuk dan lain-lain dahulunya ditinggalkan tetapi kini telah dicedok kembali.
Zaman sekarang dah ada bomoh yang buat perkara-perkara seperti ini sebagai pekerjaan tetap dan industri kecil.
Cheers....
Salam Mazidul.
BalasPadamAgak lama saya tidak mengunjungi blog Mazidul. (kes sebok buat blog sendiri angkara jeles dek blog Mazidul :D)
Satu yang saya perasa Mazidul, kebanyakan gambar menggunakan format bitmap (bmp). Untuk makluman semua, saiz fail bitmap ini agak besar dibandingkan dengan jpeg dan gif.
Mungkin Mazidul terpanggil untuk menukar format dalam post akan datang. Mana tahu gambar2 yang berat melemahkan semangat peminat2 Mazidul di luar sana untuk melayari blog saudara.
Sekadar berkongsi maklumat.. :)
Jemput le web saya:
www.aidilangelo.com
Tak tengok cerita tu.huhu..
BalasPadamHurmm..saya setuju 360 mengupas kisah di sebalik nasi kangkang.
Saya percaya masih ramai masyarakat di luar sana yang belum mengetahuinya.
Rusyda,
K. Terengganu.
Salam Bro Mazidul,
BalasPadamSaya dan keluarga tengok cerita tu. Pengajarannya oklah. Cuma, sebagai orang yang tahu sikit-sikit pasai filem dan drama, part Fasha Sanda sakit dan jadi hodoh itu agak menjemukan, tidak dinamik dan tidak mengujakan penonton. Part Fasha Sanda jadi bongkak itu pun rasanya Zizie Ezette lagi power, fasah lembut sangat. (Eh jadi pengkritik filem pulak...)
Bab nasi kangkang ni...., hmm dosa besar tu. tapi orang kita ni yang dosa itulah yang makin dibuatnya. Kalau rancangan saudara mengupas tentang Nasi Kangkang ini nanti, berikan kesan buruk akibat pelakuannya dan juga interview orang yang berkelayakkan untuk memperkatakan tentang dosa melakukannya. Kalau dapat tunjukkan balasan dosa (ada ker?) akibat melakukan nasi kangkang itu lagi bagus!
http://nizammatsaari.blogspot.com
Assalammualaikum En. Mazidul
BalasPadamSaya tak layan sangat cerita ni sebab saya bukan peminat fasha. Namun mesej yang disampaikan amat berguna sebagai teladan kepada kita semua. Pada pandangan saya, kisah ini memaparkan 2 perkara hina yang berlaku dalam masyarakat kita kini.
Pertamanya tentang kecurangan isteri yang kali terakhir saya baca di majalah mastika.
Keduanya tentang ilmu hitam yang yang diamalkan dalam masyarakat kita yang terlalu ingin mencapai sesuatu dengan cepat.
360 semalam ada mengupas tentang pukau yang merupakan sebahagian dari ilmu hitam.
Apa pun yang bakal dipaparkan En. Mazidul saya pasti sokong untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia.
Ini kali pertama komen kat sini
BalasPadamsaya tengok jugak cerita ni tapi bab yang akhir tu tak berapa best pasal tak happy ending :)
saya ingatkan lepas fasha kena ampun, penyakit dia boleh baik. Ni tak terus meninggal, macam drama melayu yang lain.
cuba lah tukar sikit penamat cerita. Dah beratus kali dah drama melayu kalau penghujung cerita mesti orang yang buat salah meninggal.
Tapi cerita tu memang best :)
Melayu Boleh
Penggunaan ilmu hitam seperti Nasi Kangkang(saya pun kebetulan menonton pada malam itu, bukanlah peminat filem Melayu :P)bukan hanya terhad dalam masyarakat Melayu M'sia. Terdapat juga orang Cina dan India yang mengamalkan ilmu hitam, cuma mungkin kurang diketahui umum.
BalasPadamMenarik bukan, bahawa ada isteri yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk seperti itu semata-mata untuk menundukkan suami, dan supaya suami tidak mencari wanita lain. Bagi saya, sekiranya isu ini dijadikan satu episod 360, perlulah juga dinyatakan bagaimana melindungi diri kita daripada menjadi mangsa.
Assalammualaikum abg mazidul,
BalasPadamSaya adalah tengok citer tu gak,mula-mula tengok tu geram gak tengok perangai si fasha dalam drama tu bukan aper...sound ikut sedap mulut jer,pasal nasi kangkang tu memang pernah dengar jugak tapi klau kat sarawak tak popular sangatlah pasal banyak cara lain buleh di guna berkesan atau tidak itu tuhan ajer yg tau...
Salam Bro Mazidul..
BalasPadamSaya setuju untuk edisi 360 seterusnya mengupas isu nasi kankang yg haram disisi agama islam..ia memberi pengetahuan kepada masyarakat..
Jika sebelum ini, ramai yg memperkatakan tentang susuk, isu susuk juga akhirnya di selidik dan dicungkil hingga ke akar umbi seperti contoh yg pernah disiarkan pada rancangan NONA untuk memberi pengetahuan kepada kita semua.
Saya berharap isu NASI KANGKANG ini dapat dikupas lebih lanjut dan saya berpendapat,ia lebih menarik sekiranya diselitkan beberapa isu atau perbuatan yang sama seperti NASI KANGKANG diselitkan...
Sekian..
Org kg I, mandi dlm besen, sental semua daki di badan. Amik air tu wat tanak nasi ngan masak bagi laki dia makan. Memang tunduk patuh giler la kat bini tu. Suami meninggal awal lagi. Kuasa Allah maha kaya, si bininya menderita penyakit kulit satu badan, tak leh tersentuh sikit, pasti perit & bisa, tak leh berjln bertahun atas krusi roda sebelum meninggal. Azab api neraka agaknya. Wallahhua'lam.
BalasPadamTeringat cerita Perempuan, isteri dan ...
BalasPadamada pelbagai cara yg terlibat dalam process pembuatan nasi kangkang. saya pernah dengar dari sumber yg boleh dipercayai, there are some wives yg sedang haid, terlibat dengan pembikinan nasi kangkang. Lebih menggelikan, darah yg kotor telah bercampur dengan nasi (yg suci dan bersih) lalu dijadikan santapan suami2 yg malang. Bagi saya, there are other ways untuk menambat hati suami. Penggunaan nasi kangkang adalah cara yg kotor dan terdesak.
Assalamua'laikum abg Mazidul...
BalasPadamSelepas menonton paparan 360 mengenai 'nasi kangkang' semalam, rasanya ramai pula nanti para suami akan makan di luar... tapi entah2 kat kedai makan pun buat nasi kangkang juga, serba salah para suami... mulai sekarang mari semua kaum lelaki pakat belajar memasak sendiri!!!..^_^
Macam dalam filem Perempuan, Isteri dan ...??
BalasPadambaru i tahu apa itu nasi kangkang.. patut dalam menu xada..huhu
BalasPadamregards from borneo;
Bungai Pengrindu
mmmm...kenapa yek orang tak nampak punca kejadian nasi kangkang? Cerita-cerita yang saya tengoklah akan fokus kepada watak perempuan yang mengamalkan nasi kangkang tu..tapi cuba kita flashback why dia buat semua tu? memang betul dia nak jinakkan suami dia tapi kenapa dengan suami dia? Suami adalah pemimpin, seorang isteri menemui jalan begitu bermakna gagallah kepimpinan tersebut. Dalam drama itu sendiri ditunjukkan kealpaan si suami kepada isteri dan sama jugak macam filem isteri dan dot..dot tu..walaupun kita boleh kata apapun alasan perempuan tersebut tidak wajar berkelakuan bergitu tetapi iman yang lemah memungkinkan segalanya dan ini fungsi suami membimbing isterinya tapi zaman sekarang dah terbalik. Lelaki jahat cari wanita baik supaya dapat dibimbing jadi baik..(?) mmm..disekeliling saya kebanyakkan yang guna formula ni gagal bertahan.
BalasPadamIni pandangan saya jelah..tidak berkaitan dengan hidup atau pun mati..heheheh..
Saya ada tonton cerita ini. Tapi tak beri 100% tumpuan sebab saya tak suka Fasha... kui kui kui...
BalasPadamAda lagi ke ilmu begini? Macam tak percaya jer... Apasal nak syusah-syusah berpanas-panas kat bawah tu?
Mohonlah pada-Nya, boleh cuba diamalkan Surah Ali Imran ayat ke-31 bagi mengekalkan perasaan cinta dan kasih sayang pasangan kita hanya untuk kita seorang, insya Allah. [NB : Ini saya cedok dari soal jawab JAKIM.}