Rabu, Jun 11, 2008

Pukau

Salam

Jika anda, kawan maupun saudara-mara mengenali mereka bijak pandai mengenai ilmu pukau atau pernah menjadi mangsa, sila hubungi saya melalui emel. Kerjasama anda amat saya hargai.

Kisah pukau akan disiarkan dalam 360, siaran 18 Jun akan datang.

Terima kasih

11 ulasan:

  1. Hi Bang,

    Saya cuma nak share sikit jer..masa kecik2 mak selalu pesan sebelum nak tidur letak penyapu lidi(kedudukan penyapu tue berdiri) kat balik pintu belakang rumah.Katanya boleh mengelakkan orang nak pukau penghuni rumah.Betul atau tidak saya pun tak pasti.

    BalasPadam
  2. Tu la. saya pun pernah dengar petua sama masa kecik2 dulu. Tapi masa saya kecik tu dah lama berlalu

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum abang mazidul,

    Hati saya terdetik untuk memberi komentar di sini.

    Saya anak kelahiran bumi Kenyalang

    Saya masih ingat lagi suatu ketika dahulu abang pernah membuat liputan berkenaan penyalahgunaan pil "nose-pain"

    Dikalangan remaja setempat pil tersebut juga digelar sebagai lalok, pop, dan juga nose.

    Apapun sahaja gelaran yang digunapakai namun hakikatnya penggunaan bahan terlarang tersebut masih berleluasa di sini.

    Alhamdulillah semenjak mendapat liputan daripada abang dan krew, penjualan pil tersebutsudah berkurangan.

    Namun yang lebih menjadi tanda tanya, lokasi penjualan dan pengedar nya adalah orang yang sama, yang mana sebelum ini pernah disoal siasat oleh abang.

    Untuk makluman abang, modus operandi lelaki india tersebut adalah menggunakan orang tengah yang berselindung disebalik penjualan kad tambah nilai agar kegiatan mereka tidak disedari.

    Yang cukup menghairankan saya, bagaiman aktiviti sebegini sukar dihidu sedangkan berada hanya beberapa langkah dihadapan balai polis? Tiadakah pemantauan susulan setelah serbuan yang terdahulu.

    Sekadar berkongsi kerisauan saya terhadap kemusnahan anak bangsa kita.

    BalasPadam
  4. Bila kes nose span ditayangkan dalam 999, berjuta penonton maklum kesan dan lokasi pil dijual. Saya percaya pihak polis juga mengetahui maklumat sama. Media hanya boleh mendedahkan, tiada kuasa mengambil tindakan. Terima kasih

    BalasPadam
  5. hai akum abg mazidul..
    saya nak kongsi pengalaman di pukau oleh org asing ni juga.. yela time tu masa keja, keja bahagian pungutan hasil di tempt keja. masa nak mengambil duit dari org asing yg ingin mbayar bil tempat saya bkerja saya telah memberi resit sebenar dan resit copy yg harus di beri pada jabt sbg rujukan saya telah memberikan kesemuanya pada org asing tersebut. selain itu saya juga telah memberikan duit dalam mini peti besi dan duit di dalam wallet saya skali... alahai sedih nyer kalau nak story ni... kawan saya pun ada semasa kejadian tu dan lihat apa yg berlaku tetapi mulut dia juga seakan terkunci untuk bertanya saya semasa kejadian itu berlaku...saya kerugian dalam RM100 dalam wallet dan dalam mini peti besi RM350/250 kurang ingat pula tapi yang pastinya perkara ini buat kan saya kena buat laporan polis dan dan perkara ini juga telah di kemukakan ke pengarah kami semasa audit dijalankan... sedih jg la sebab perkara sebegini sukar di percayai pada zaman sekarang... saya teringat ada 3 orang di hadapan kaunter tengah renung saya tanpa banyak cakap yang saya tahu diorg pegang bil dan duit sebagai mengaburi mata saya.... itu la pengalaman yg sukar saya lupakan

    BalasPadam
  6. From Azahari(upsi)Tg.Malim,

    Berbicara pasal pukau ..ya perkara tersebut sebelum ini sering juga berlaku di Pekan Tg.Malim mangsanya adalah warga tua yang sering berurusan di bank juga tidak terlepas
    mangsanya adalah pelajar universiti.

    Sebelum ini terdapat beberapa orang yang tidak dikenali sering berlegar berhampiran bank bank Tg.Malim ..pelbagai cara dilakukan termasuk menjatuhkan wang kertas di lantai,memberi salam kepada mangsa,bersalam dengan mangsa,menyapa mangsa daripada belakang.

    kes seorang warga emas dipukau ketika berada di hentian bas di satu kampung jarak ke Pekan Tg.Malim 18 km .

    warga tua berusia 73 tahun berhajat ke Pekan tg.malim sambil menantikan bas didatangi sebuah kereta wira berhenti dihadapannya dan pemandu tersebut sudi menumpangkan warga tua ini hingga samapi ke pekan tg.malim ,menurut warga tua itu sepanjang perjalanan ke pekan tg.malim beliau ditanya bermacam macam semua bersekitar mengenai wang dan harta..apabila tiba di pertengahan jalan pemandu tersebut meminta warga tua tersebut balik mengambil buku simpanannya ..lalu berpatah baliklah mereka kerumah warga tua itu tujuan mengambil buku simpanannya..dipendekkan cerita setiba di bank warga tua itu mengeluarkan kesemua wang simpanannya dan diserahkan pada pemandu kereta tidak dikenali mangsa.Setelah Setengah jam kemudian mangsa baru tersedar yang ia telah di pukau.

    Beberapa minggu lalu ada terdengar juga seorang wanita muda di pukau di hadapan bank Tg.Malim ketika mengeluarkan wang di mesin teller .kes tersebut berlaku ketika time sibuk .

    so..adabaiknya di war warkan kes kes sebegini bagaimana cara untuk kita hindarkan agar kita tidak menjadi mangsa kepada pukau!

    Terima KAsih!!

    Hidup 360!!

    BalasPadam
  7. Bro, saya skeptikal pasal pukau ni. Setahu saya, ianya hanyalah teknik diversion (mengalehkan perhatian) sepertimana ahli silap mata melakukannya.

    Kalau ada yang boleh pukau, minta pukau saya ya? Atau lebih baik dari itu, kita mintak dia pukau penagih dan penjenayah dalam penjara untuk jadi baik!

    BalasPadam
  8. PUKAU ZAMAN MODEN TIDAK PERLU JAMPI SERAMPAH.Cuma menggunakan keSEKSIan dan PARAS RUPA yang menawan.Lelaki hidung belang pasti REBAH.....

    BalasPadam
  9. topik best ni..saya setuju dengan azahar, kat perak memang banyak kes pukau dan orang tua yang banyak kena.. kawan mak saya yang sudah pun berusia, sedang berjalan nak pergi masjid pun kena pukau..kesian mak cik tu.. masa kena pukau memang tak sedar apa-apa.. macam mana boleh jadi macam tu? guna ilmu hitam ke?

    BalasPadam
  10. banyak kes pukai dilalukan oleh warga asing...

    BalasPadam
  11. pasal pukau semalam best la..sampai kecoh rumah saya,mereka juga bercerita tentang tu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.