Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Peringatan biasa kita dengar kerana kerapkali diungkapkan. Saya setuju dan faham maksudnya.
Jam 12.26 tengahari 14 Jun, saya dikunjungi 3 rakan se kampung, Mahmud Hamdan, Harun Mahiram dan Ariffin Hakim. Kami makan tengahari bersama.
“Mazidul la pergi ikut aku merisik masa nak kahwin dulu. Dengan Jamil sekali,” Mahmud membuka bicara.
Saya tersenyum, kenyataan itu benar tapi sukar diingati.
“Masa kita pergi tu bulan 7 ke 8 macam tu. Musim panas, kalau tidak tak boleh masuk jalan tu, banjir”
“Masa kita pergi tu naik kereta apa ya?,” soal saya cuba mengingat fakta.
“Volvo 240, Mahmud jadi driver. Jalan nak masuk kampung tu banyak batu besar, macam batu di sungai kampung kita,” Jamil mengimbau peristiwa berlaku lebih 16 tahun lalu secara terperinci.
Itu antara kenyataan Jamil Zainuddin sewaktu dihubungi pada hari sama jam 3.45 petang melalui telefon. Jamil, 42 tahun kini jurutera berpengalaman dan pengurus projek syarikat pembinaan di Kuantan, Pahang.
Waktu itu saya menuntut di Kuantan. Jamil dan Mahmud menjemput saya di asrama untuk ke Kampung Sungai Batu, Panching, Kuantan. Itu saya masih ingat.
“Pergi buat apa ni?,” soalan itu masih terngiang-ngiang di ingatan biarpun sudah lama saya ajukan.
“Merisik, Mahmud nak kahwin,” balas Jamil.
“Ha! Merisik?,” tanya saya untuk kepastian.
Ketika itu usia saya 25, Jamil 26 manakala Mahmud 34 tahun. Kampung Sungai Batu, 22 kilometer dari ibu negari Pahang.
“Kita pergi berbuka puasa. Masa tu mak, ayah dan adik bakal bini dia ada di rumah,” kagum saya dengan memori Jamil.
Terus-terang, peristiwa itu terlalu kabur dalam ingatan. Maklumlah sudah lama dan usia saya juga semakin bertambah.
Saya perhatikan wajah Mahmud. Senyumannya masih manis cuma kini usianya juga semakin meningkat, mencecah 50 tahun. Kami banyak kali mandi bersama di Kampung Sungai Bill, kampung kami. Seingat saya Mahmud gemar meletakkan tuala di bahunya, duduk di atas batu besar sebelum tubuh menyentuh air sungai jernih dan sejuk.
Mahmud mendirikan rumahtangga dengan isterinya Sanah Ahmad pada tahun 1991, ketika itu berusia 34 tahun, Sanah 26.
Sebelum meletakkan gagang telefon, ini kata Jamil.
“Masa belum kahwin, Mahmud setiap minggu berulang ke Kuantan. Lepak rumah aku. Kau tahu Mahmud kuat makan kan? Aku ingat lagi, masa first time dia dating di kedai makan di Tanjung Api, makan nasi goreng tak habis .. malu,” Jamil tertawa.
“Ish! Mana ada,” Mahmud menafikan.
“Masa tu kami makan nasi ayam. Bini aku tak abis makan, aku habis. Sampai sekarang aku usik dia. Ayang dulu masa belum kahwin makan nasi ayam pun tak habiskan,” sambung Mahmud.
Biarlah nasi apa sekalipun, nasi goreng atau nasi ayam. Kini Mahmud bahagia dikurniakan 5 cahaya mata berusia antara 6 bulan dan 15 tahun.
Kepada anaknya paling tua, Nurul Haziqah ini pesanan pak cik.
“Tanya ibu, dia pernah cerita tak kisah pak cik pernah datang merisik ibu untuk ayah kamu? He! He!”
Pengajarannya mudah.
Dalam hidup ini kita bakal melakukan pelbagai perkara. Perbuatan baik maupun sebaliknya. Keduanya dikenang orang biarpun kita lupa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.