Khamis, Jun 26, 2008

Terus Melangkah

13 tahun lalu saya membuat keputusan membabitkan diri dalam bidang penyiaran. Tiada kelulusan dalam bidang penulisan dan pengacaraan. Hanya keyakinan atas sedikit bakat dikurniakan saya jadikan bekalan.

Masih segar di ingatan sewaktu bersembang bersama rakan waktu saya memaklumkan khabar gembira.

“Esok subuh aku start jadi perantara MHI”

Ketika itu MHI disiarkan bermula pada jam 6 pagi, selama 4 jam secara langsung.

“He! He!,” mereka tertawa antara percaya dan tidak.

“Biar betul?,” soal teman.

Komen dan usikan rakan saya jadikan pembakar semangat bukan peluntur kepada kepercayaan terhadap kebolehan sendiri.

Segalanya harus bermula di satu titik. Dari titik itu kita terus melangkah. Berjaya atau sebaliknya bergantung kepada daya usaha dicurahkan.

Saya melihat usaha itu sewaktu bertemu artis baru merakamkan single pertama ‘Fahami Cinta Sejati’, Mohd Hefni Mohd, 27 tahun anak kelahiran Johor Bahru, Johor.

“Mana manager?,” soal saya sejurus melihat Hefni melangkah sendirian ke studio B bagi sesi temubual MHI pagi 25 Jun lalu.

Manager tak datang,” balasnya sambil tersenyum.

“Ziana Zain dulu macam awak la. Dia datang untuk interview rancangan Sekapur Sireh di studio TV3 Jalan Liku, Bangsar. Masuk slow-slow tercari-cari studio dengan rambut pendek tergantung,” celah Kamal Azedy Ahmad mengimbas peristiwa lampau.

Kamal, jurukamera ‘otai’ berusia 44 tahun, abang penyanyi terkenal Hazami.

“Dah lama tu kan?,” tanya saya.

“Lama dah. Bila dengar Ziana nyanyi lagu Madah Berhelah, tahu dah mesti dia akan menjadi penyanyi top,” sambung Kamal.

“Itulah titik permulaan dan Ziana nyata terus melangkah,” bisik hati saya.

Pagi itu Hefni mendendangkan lagu Casey, Seribu Impian sebelum menyanyikan lagu sendiri.

Sewaktu Kamal bertugas, saya rakamkan gambarnya.

“Nak style sikit ke?,” soalnya berseloroh.

Kamal bagi saya, jurukamera berbakat hebat. Dia juga bermula di satu titik kemudian melangkah berbekalkan kreativiti dimiliki.

Kepada pembaca ..

Sewaktu kita melangkah memburu cita-cita sudah pasti muncul pelbagai cabaran getir. Ramai antara kita tersadung lalu tersungkur. Pada masa sama masih ramai terus melangkah berbekalkan semangat tidak mampu dilihat maupun disentuh.

Jika ada antara anda ingin berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam kerjaya, catatkan komen anda, saya ingin membaca dan memaparkannya dalam blog ini.

6 ulasan:

  1. Encik Mazidul Akmal Sidek

    Pernah saya berada di puncak dengan pendapatan berbelas ribu sebulan. Malangnya, mungkin sudah jadi suratan, syarikat telah di tutup akibat kesilapan Pengarah-pengarah sendiri. Kami semua hilang pekerjaan. Saya juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan, walaupun cuma untuk gaji yang rendah berbanding apa yang saya dapat sebelum ini.

    Akibatnya, kereta saya telah di tarik oleh pihak bank, rumah saya di lelong dan kini saya tidak ada pendapatan tetap.

    Saya juga telah bercerai dengan isteri saya kerana saya mengizinkan isteri saya untuk berkahwin dengan lelaki lain yang lebih menjamin masa depan beliau dan anak anak kami.

    Walaubegitu berat dugaan yang saya hadapi, kini sedikit demi sedikit berbekalkan kelulusan yang ada serta beberapa bantuan rakan rakan, saya mula melangkah naik sedikit demi sedikit,dan kini telah mempunyai keluarga baru.

    banyak pengajaran yang saya perolehi. Saya tidak menyalahkan takdir, tapi ini ialah ketentuan dari Nya.

    Yang penting ialah kita sentiasa tabah, sentiasa bersholat dalam menghadapi apa juga dugaan yang di berikan.

    BalasPadam
  2. Salam Sdr Mazidul, kalau nak cerita pasal jatuh bangun, panjang ceritanya. Lebih 20 tahun dahulu, saya bukan bermula dengan satu titik, malah tanpa titik. Saya masih ingat hingga hari ini, bos saya waktu itu menyebut, "pada saya, awak tidak ada apa2 lagi dengan organisasi ini", atas sebab2 tertentu. Berderau darah muda anak felda waktu itu. Tuhan sahaja yang tau. Hanya semangat dan iringan doa ibu sahaja yang pastikan saya terus berdiri... hingga kini. Syukur!

    BalasPadam
  3. Mazidul bahasa blog kamu berbunga-bunga. Saya fauzi, dulu pernah komen penampilan muka hadapan blog anda yang besar, sekarang templatenya dah semakin comel.

    Tahniah kerana berjaya menjadi pengacara yang pro dan aktif atau proaktif.

    Paparan anda dalam 360 mengenai rumah urut telah membuka mata ramai pihak, yang penting PBT dan ahli parlimen perlu ambil 'action'

    Fauzi menjual produk minda

    BalasPadam
  4. Pesanan bos (prof. K) kat tmpt kerja lama aku....
    "lbh baik kita berkawan dengan 'setan' yang kita dah tau maner kekuatan dan kelemahannya berbanding kita pindah ketempat kerja lain yang pasti akan ader juga 'setan' yang kita tak kenal langsung"....
    moralnya....kat maner pun kita kerja... akan ader masaalah... berpunca dari beban kerja dan juga dr rakan sekerja... jgn sekali2 kita cepat melatah atau nak carik kerja atau tempat kerja baru... kenali masalah yg kita hadapai...dan cuba hadapi dan selesaikan satu persatu dengan bijaksana.

    BalasPadam
  5. salam..
    setiap org pasti melalui detik2 sukar dalam hidupnya..tak terkecuali juga diri saya sendiri..dengan kesabaran, usaha serta doa yang tak putus pasti kejayaan menanti di hadapan. kejar lah ia sekuat yang mungkin..
    ops! ada org kata "disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti berdirinya seorang wanita".. :-)

    BalasPadam
  6. Bila kita susah .. ramailah lawan, bila kita senang.. ramailah kawan ..

    Bila org lain susah .. kita brsedia mmbantu tpi bila kita susah.. ramai yg 'mmbatu' trmasuk ahli kluarga sndri ..

    Setia lh kpd Allah swt ..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.