Kenderaan memiliki CC kurang daripada 2.o dilapor akan menerima subsidi RM625 sewaktu memperbaharui cukai jalan. Manakala kenderaan dengan CC lebih daripada 2.0 diberikan potongan cukai jalan sebanyak RM200. Tujuannya bagi memastikan golongan berada menerima ganjaran setimpal dengan kedudukan mereka, begitu juga mereka dikategorikan sebagai golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Saya menerima emel menarik daripada pembaca blog ini.
Katanya, pemilik kereta Mini Cooper baru berharga lebih 200 ribu ringgit pastinya datang dari golongan berpendapatan tinggi. Tetapi CC kenderaan terbabit, 1.6 sahaja. Maka, biarpun pemilik dikategorikan mewah itu masih akan mendapat subsidi RM625.
Berbanding pemilik kereta Mercedes 190E terpakai, kini dianggarkan berharga 20 ribu ringgit barangkali pesara berusia 67 tahun, bukan mewah tetapi hanya akan mendapat potongan cukai jalan sebanyak RM200.
Jadi, bukankah lebih bijak sekiranya subsidi diberi berlandaskan harga terkini kenderaan bukan CC sahaja? Itu persoalan dilontarkan pembaca.
Apa pandangan anda?
salam...
BalasPadamsetakat hari ini ramai orang bermasam muka apabila hendak mengisi minyak. yang kena kutuk ialah pemimpin negara.
kita senyum beruk apabila ada langkah pemberian subsidi baru tetapi kenapa kita akan mendapatkan wang kita kembali semasa menghidupkan roadtax sahaja? kenapa tidak sekarang? kemukakan geran atau apa-apa bukti menunjukkan kita adalah pengguna kepada kenderaan ini.
pkrpasdap.blogspot.com
dua2 saya xsokong...
BalasPadamcc dan harga...
xrelevan lgsg...
saya cadangkan maksimumkan penggunaan mykad dlm kehidupan seharian kita...
camne la kerajaan ni...
cipta mykad tp sampai skg xnak aplikasikan hasil MSC tu...
dah la mutu pun xbagus sgt...
asyik dlm dompet dan cip pun dah naik karat...
camne nak guna mykad...
setiap rakyat mesti isytihar harta...
bukan camtu...
tapi melalui pendapatan pemilik kenderaan...
klu kita slide atau masukkan mykad kita kat pam minyak kita akan tahu berapa kita perlu bayar...
sbb dlm mykad ada data pendapatan kita...
so kerajaan kena aplikasikan kecanggihan mykad kita...
dari situ, saya cadangkan subsidi diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana...
yg kaya jgn harap...
dah mmpu bayar aje la...
fikir2kanlah....
ApiGolek: http://fireroll.blogspot.com
tak boleh gak beri subsidi berdasarkan pendapatan, sbb penggunaan minyak berdasarkan jarak/km yg kita guna seharian, cthnye... saya yg berpendapatan rm2.1K, tinggal di ampang dan bekerja di Kota D'sara yang jaraknya 40km(ikut MRR2) dan blk 33km(ikut KL) dan monthly kete lg...dgn tol lg.....itu baru saya...ada gak org lain yg dok di banting...keje di kota damansara...kalu kita da beli umah takkan nk pindah umah plak...???
BalasPadamsubsidi yg gomen bg pun tidak memberi faedah...
tolong la...marzidul x nk ke buat episod Minyak oh Minyak d 360??
dlm isu ni...saya mmg terhimpit btul dgn kenaikkan minyak...blom lg harga brg2 lain nak naik...menteri asyik soh rakyat berjimat...mrk sendiri x berjimat pun...
sedih btul...gaji baru naik rm100 tetiba minyak plak naik....!!!
betul gak ckp org di atas ni...
BalasPadamtp mana2 kaedah pun susah nak puas hatika semua pihak...
diorg mungkin dah cuba fikir (walaupu yg ditetapkan tak berapa bernas)..
lagi satu, cuba fikir,
kalau ketua keluarga ni punyai ramai ahli keluarga dah semestinya punyai kereta besar kan (bukan mewah tapi besar utk tampung bilangan ahli keluarga utk ke mana2 dlm satu masa)..
maksudnya besar dari kancil dan lebih besar juga cc kereta itu...
dan 'dia' kemungkinan pendapatan pun tak tinggi (berpendapatan rendah atau sederhana)...
gajinya pun nak tanggung keluarga yang sedia ada besar...
just imagine....
cuba bayangkan...
saya dah malas nak terangkan lagi...
4 Langkah wajib - Tangani Isu Kenaikkan Minyak Dengan NGV
BalasPadamSalam,
Saya ingin menyarankan kepada pihak berwajib, segera melaksanakan cadangan seperti berikut kerana isu kenaikan harga minyak tidak akan ada penghujungnya jika kita tidak bertukar kepada NGV.
1. Kerajaan disarankan segera melaksanakan kemudahan NGV di seluruh station minyak di Malaysia.
2. Kemudahan Loan Bank, bank-bank diwajibkan menyediakan Skim Loan Pemasangan NGV, serta Syarikat Pemasangan NGV di wajibkan mempunyai kemudahan loan bank bagi memudahkan proses pemasangan tersebut
3. Harga pemasangan NGV perlu diselaraskan bagi setiap jenis kenderaan agar tiada ada yang menangguk di air keruh dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga pemasangan tersebut.
4. Syarikat Kereta pengeluar kereta tempatan diwajibkan memasang terus kemudahan NGV dikenderaan yang dikeluarkan.