Selasa, Jun 03, 2008

Artis Berkemban

Selasa, 3 Jun lalu, saya dipasangkan bersama Ally Iskandar Mardzi mengendalikan Malaysia Hari ini.

“Encik Ally Iskandar, apa khabar?”

“Baik. Encik Mazidul Akmal Sidik,” cara biasa kami bertegur sapa.

Barangkali ramai orang berasa pelik dengan cara itu tetapi tidak saya dan Ally.

Pada jam 7.20 pagi kami mempelawa penonton berkongsi kisah berhubung isu gores dan menang, banyak panggilan masuk kami terima.

“Next caller, perempuan. Huh! Banyak calls masuk ni,” kata penerbit pagi itu, Alfian Kaus melalui ear piece kami pakai.

“Barangkali ramai wanita gemar berkongsi pandangan apabila Ally menjadi perantara,” bisik hati saya.

Tetapi itu tidak menghairankan, sikap keterbukaan dan jangkauan ilmu membuatkan dia cukup fleksibel bila berbicara secara bersahaja mengenai pelbagai isu.

Antara tetamu undangan pagi itu, Datuk Aziz Sattar serta pelakon dan penyanyi, Betty Banafe.

‘Sebutir beras sejuta keinsafan’ menjadi topik perbincangan secara langsung saya dan mereka.

“Objektif program dilangsungkan di Menara Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Jun ni untuk mengumpul dana membantu golongan memerlukan sekiranya berlaku bencana di dalam maupun di luar negara macam mangsa gempa bumi di China, mangsa taufan Nargis di Mynmar,” jelas Datuk Aziz.

“Baru-baru ini sewaktu sambutan pertama Hari Seniman, saya dengar ramai artis muda dan baru tidak muncul. Boleh dapat sambutan ke program ni Datuk?,” sekadar mengusik minda anak seni berpengalaman.

“Itulah, kita pun terkilan juga dengan sikap itu. Kali ini kita cuma minta mereka datang kerana tujuan untuk membantu. Syarikat buat shooting pun mintak lah cuti sehari, andai boleh. Sumbangan mereka biarpun umpama sebutir beras, InsyaAllah Tuhan berikan sejuta ganjaran di akhirat kelak,” terang beliau.

Hati saya tersentuh mendengar kenyataan itu. Dua kali beliau menyebut nama Mawi dengan harapan dia sudi turut serta memeriahkan program 12 jam bermula 10 pagi itu.

“Mazidul, artis boleh lelong pakaian terpakai atau jual makanan dia orang masak dan hasil jualan disumbangkan. Hidup ini macam roda, sentiasa berputar. Masa di atas kita bantu mereka di bawah,” celah Betty.

Selepas temubual saya menemui Datuk Aziz dan Betty di bilik tetamu.

“Datuk tengok engkau punya promo 360 tadi fasal hantu tu. Dia pun ada cerita juga,” Betty bersuara sewaktu saya duduk di sofa sebelah Datuk Aziz.

“Dulu saya tinggal di Kampung Saigon, Singapura. Bila bangun pagi nampak ada orang kecil jalan depan saya dalam bilik, terus tembus masuk dinding,” ujar beliau.

“Masa tu Datuk umur berapa?,” soal saya.

“6 ke 7 tahun, macam tu lah. Anggaran ketinggian lebih kurang 6 inci, badan dia warna crome, macam tu,” sambil beliau menunjuk ke arah tombol pintu.

“Seba itu bila saya dengar dulu ada budak sekolah jumpa orang kenit, saya tak hairan sebab saya sendiri pernah tengok,” sambung Datuk Aziz kini berusia 81 tahun.

Saya terdiam seketika.

“Datuk, nak tanya satu soalan,” pohon saya.

Saya lihat Betty menumpukan perhatian.

“Dulu, pelakon wanita kita berkemban dalam wayang. Berkemban ke sungai bawa kain basuhan dalam besen besar. Berkemban masa mandi. Sambil menyanyi pun di sungai pun berkemban. Tapi tak jadi isu pada ketika itu. Tapi sekarang ni kalau pelakon muda berkemban, mesti mendapat liputan meluas. Mengapa?”

Datuk Aziz terdiam, Betty juga menyepi. Berfikir barangkali.

Sebelum sempat mereka menjawab, terpancul Ally di bilik tempat kami duduk berehat.

“Ally, tadi saya tanya dengan Datuk, mengapa artis dulu berkemban orang tak kisah. Tak timbul langsung isu seksi. Tapi sekarang, kalau artis berkemban, puh! Mesti meletup. Mengapa?”

Ally diam buat seketika sebelum menjawab.

“Abang Dul, sebab ikut keadaan masa dan zaman. Time tu perempuan berkemban ni orang biasa tengok. Jadi tak menjadi kehairanan berbanding sekarang,” jawabnya ringkas.

“Betul. Saya dulu biasa mandi kat tepi jalan guna paip kerajaan. Perempuan mandi sekali, pakai kemban. Tak ada apa pun,” tambah Datuk Aziz.

Terjawab soalan saya.

Saya kemudian merakamkan gambar kenangan bersama beliau, Ally, Betty, dan Nik Azzura.

“Abang Dul, tolong,” Ally meminta saya mengabadikan gambarnya bersama Datuk.

Saya tunaikan permintaan seorang sahabat sambil menumpukan perhatian ke LCD kamera.

“Klik!”

“Dua manusia seni, dalam bidang berlainan, dipisahkan masa dan zaman berbeza,” itu detak hati saya.

Semoga Datuk Aziz dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, begitu juga Ally.

Amin.

15 ulasan:

  1. Teringat kat bapa mertua saya, dia kata dulu-dulu kalau perempuan berjalan pakai tudung orang akan bertanya "siapa yang meninggal ?" sebab dulu-dulu orang akan bertudung jika ada kematian saja...he.he..

    BalasPadam
  2. ...... mungkinkah....kesedaran agama lebih tinggi dizaman sekarang berbanding tahun sekitar 50'an.... zaman dahulu ramai yg pakai skirt..... baju yang terbuka luas kat bhgn dada.... zaman dulu nak carik yg pakai tudung bulat, labuh sampai ke pinggang...mintak maaf la kalau nak carik.....abis kuat pun...pakai skaf jer..... budak sekolah menengah pun pada zaman tu pkai skirt tp tak dikatakan sexy dan tak rasa malu pun.....sedangkan yang sekarang nie yang pakai baju kurung pun masih ader yg nak komen n pertikai....dikatakan sexy....pening-pening!!

    BalasPadam
  3. Maaf saya copy text ini dr posting saya yg terdahulu Mazidul:

    Betul dan setuju, tindakan artis membuat derma/persembahan amal amat dihargai dan membawa banyak kebaikan.

    Terpanggil dengan itu, idea ini saya lontarkan kepada semua untuk dihalusi.

    Mengapa tidak ditubuhkan sebuah pusat simpanan makanan bagi kes2 bencana alam atau tragedi. Apabila berlaku, kita tidak perlu meminta kerana sudah pasti memakan masa (pengumpulan, pengiraan, penghantaran)

    Barang2 runcit /mentah juga boleh disimpan. Jika tempoh sah barangan menjadi isu, apa kata dermakan kepada rumah2 anak yatim, balu2, ibu tunggal, atau maahad2 tahfiz.

    Mungkin pendapat ini sekadar pendapat. Namun ada kesamaan dengan pendapat Pak Aziz:
    Sebutir beras, mungkin nilainya segantang di syurga di mata Nya

    p/s: Bagaimana nk membuat form/ poll dlm web ade saya postkan di topik "Gigit Tulang". Gudlak Senor! :)

    BalasPadam
  4. ermm.. org skrg nie nafsu dah advance.. tgk org pakai tudung labuh pun jadi teruja.. isk isk isk..mcm² dunia skrg nie..

    BalasPadam
  5. asm,

    Masa dulu penghayatan tentang agama kurang sempurna,pemakaian skirt, seluar pendek masa tu tak kisah. Tetapi menjelang 1980-an mula nampak perkembangan yang agak kuat yang mana wanita mula bertudung, pakaian tidak lagi mendedahkan bahu, skirt jarang dipakai. Menjelang tahun 1990-an lebih ramai wanita bertudung termasuklah pelajar sekolah, malah kini kita merasa janggal jika melihat wanita berumur yang tidak bertudung. Masa kini jika artis memakai baju yang terdedah bahu....cepat kita melenting!!!!.

    BalasPadam
  6. Gambar terbaru.
    Keadaan kelam kabut berlaku di semua Petrol Station malam ini. Click blog saya untuk melihat keadaan kelam kabut tersebut.

    http://fauzifudzin.wordpress.com

    Thanks Mazidul.

    BalasPadam
  7. Alamak! Balik lambat tadi, sempat tengok last 5 minutes 360 tadi. Jam teruk sebab sepanjang perjalanan balik, kena lalu 2-3 stesen minyak. Topik hantu memang saya minat pulak tu! Ada siaran ulangan ke?

    BalasPadam
  8. Salam brader,

    1. First time say mai blog u ni.

    2. Pasal wanita berkemban ni, dulu barang murah. Tetapi sekarang ni bila tengok perempuan berkemban 'Barang Naik' cepat.

    3. Biarlah jika mereka nak berkemban didunia ni, sebelum mereka tersembam dalam api neraka.

    http://sukj.blogspot.com

    BalasPadam
  9. A,kum..maaf la off topik..Rasanya topik yg PANASSS tika nie minyak la..
    Lepas nie kena tukar gaya idup kita..Cthnya: Kalau ada 2 kereta tu..jual 1.Pakai satu kereta je..

    P/s: Saya tengah fikir nak pakai penjimat minyak la.../surf kat net..Jumpa web site niee..
    FUEL SAVER MAGNETIC

    BalasPadam
  10. hoho
    niela first time sy bc blog abg mazidul
    psl berkemban eks..
    ntahla,kita takleh komen byk sgt psl artis kat malaysia nie..
    nanti diorang balas "kubur manusia lain2"...
    so,ape nak wat,kite dah ckp y berkemban nie tak elok..
    depend kat diorang la plak coz nie urusan diorang ngan tuhan,,,
    btw,betul ker orang kerdil nie wujud??..huhu

    BalasPadam
  11. Nilah 1st time saya layari blog Mazidul Akmal, mmg trasa 'dekat'.. inilah power IT, internet, semoga blog ini dpt mberi manfaat kpd setiap pelawatnya, insyallah. Tahniah Mazidul atas blog ini... Hebat..

    Sham
    www.alphalipid.net
    KEKAL SIHAT & MUDA SECARA SEMULAJADI

    BalasPadam
  12. TAHNIAH MAZIDUL AKMAL!! atas blog yg 'berisi', semoga dapat memberi manfaat kepada pelawat yang hadir, insyallah..

    Ikhlas
    Sham
    www.alphalipid.net
    KEKAL SIHAT & MUDA SECARA SEMULAJADI

    BalasPadam
  13. tertarik dengan pendapat yatie.. dulu masa sekolah rendah, dalam darjah 4, masa tu tahun '82.. ada pelajar yang memakai tudung, heboh satu sekolah kata dia baru balik haji.. bila ingat balik, lucu rasanya.. zaman dah berubah, dulu agama tak kuat, kes jenayah pun tak banyak.. sekarang ni, walaupun dah ramai yang beragama tapi kes jenayah pun melambung2 juga..

    BalasPadam
  14. Daru dulu sampai sekarang sama saja. cuma zaman dan cara pemikiran manusia yang berubah. semua perkara leh dijadikan isu. mengenai isu berkemban ini memang dah lama diutarakan. namun masih lagi ada yang tidak berpuas hati. semua orang ada pandangan masing-masing. terpulangla bagaimana penerimaan seseorang terhadap sesuatu perkara.

    BalasPadam
  15. Teringat ada babak dalam citer p.ramlee "seniman bujang lapuk", dia minum sesuatu yang dituang dari botol kaca...

    mcm beer... tapi tak tau laa...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.