Rabu, Jun 11, 2008

Tak Mandi Lagi

“Tak mandi lagi la tu?,” tanya saya kepada Teh dan Harris sewaktu bertemu mereka pada jam 9 pagi tadi.

“Belum lagi bang,” balas Teh sambil saya memerhatikan Harris sibuk membuat suntingan cerita ‘Gores dan Kalah’.

Sewaktu saya menghubungi Teh jam 10 pagi semalam, dia dalam perjalanan ke Klang, Selangor. Misi mencari kumpulan remaja agen kegiatan gores dan menang. Dua hari, sabtu dan isnin dia mencari di beberapa lokasi, gagal berjumpa mereka. Petang semalam saya menelefon Teh sekali lagi.

“Bang, Teh dah dapat. Mulanya Teh nampak budak-budak tu berkumpul kat depan bank. Teh lalu kat tepi pun dia orang tak approach. Mungkin Teh nampak sengkek, tak berduit kut,” jelasnya.

“Lepas tu Teh buat apa?,” soal saya.

“Teh mintak tolong trainee MHI, dia pakai business suit. Sebaik nampak dia dengan Teh terus dia orang datang,” katanya antara sedih dan gembira.

“So, dapat rakamkan suara dia orang?”

“Dapat. Macam pakai mikrofon pegang kat tangan,” jawabnya.

Suara agen remaja itu sebenarnya dirakam menggunakan cordless microfon diletakkan di dalam beg tangan Teh. Semasa sesi memasukkan suara, voice over saya mendengar pujuk rayu dan melihat setiap gelagat agen terbabit. Jelas suara mereka kedengaran mengajak Teh ke pejabat kononnya untuk mendapatkan hadiah lebih besar.

“Ni Maggi siapa?,” soal saya apabila melihat sekotak mee segera di atas meja berhampiran Harris.

“Orang marketing bagi. Biskut Jacob tu bekas trainee UITM bagi,” kata Harris juga tidak mandi sejak semalam.

“Macam rumah kebajikan pulak rasanya,” sambung Harris.

“Kira awak berdua tak mandi 24 jam la ni?,” soal saya.

“Genap 24 jam,” balas Teh mengesahkan kenyataan saya.

“Kalau kahwin nanti nak kerja macamana?,” saya mengusik Teh, 29 tahun.

“Alah bang, bawa anak dukung kat bahu la,” jawabnya sambil ketawa.

“Lepas tu kalau budak tu menangis lapar suapkan Maggi, kan?,” semua tertawa termasuk Liza berdiri di sebelah saya.

Liza tinggal berdekatan pejabat, sempat pulang mandi, dia berbau lebih wangi.

Malam ini 360 memaparkan keluhan 2 mangsa sindiket gores dan menang, perilaku agen sewaktu mendekati ‘bakal mangsa’. Pengakuan bekas pekerja sindiket dan kenyataan persatuan pengguna serta pihak berkuasa juga bakal kami siarkan.

Saya sempat balik berehat selepas mengacarakan MHI awal pagi semalam. Petangnya saya memeriksa skrip dihantar 3 wartawan 360 terbabit melalui emel sebelum mereka membuat suntingan sejak jam 10 malam. Teh dan Harris ketika saya menulis ini masih sibuk melengkapkan kerja suntingan, begitu juga Liza.

Mereka tidak mandi, hanya sempat menjamah mee segera dan biskut, menganggap pejabat itu rumah. Tujuan mereka hanya satu. Berhasrat memastikan penonton mendapat maklumat jelas berhubung kegiatan gores dan menang agar tidak tertipu.

Jangan lupa menyaksikan 360 malam ini jam 9 malam, secara langsung.


6 ulasan:

  1. Asalammualaikum.Bang Kat Web ni ada gambar orang2 yang terlibat dengan Gores dan Kalah...mungkin boleh dijadikan bahan dan pengajaran.....http://welleywatch. heritage- tech.net/ 35/pictures- of-nabinco- network-scammers -in-kajang- prima/


    nizam

    BalasPadam
  2. SALAM....best r blog ni..goodluck mazidul...kemsalam kat teh,she so cute,,kami serumah meminati dia..dia ade blog x? =P

    BalasPadam
  3. kipaslipas2020, Teh memang qute. Tapi wartawan Haris Farok Alex tanya jugak, dia tak hansome ke? Bujang lagi tau.

    BalasPadam
  4. salam...

    d-ira.blogspot, best tul blog abag mazidul..kalau ble, sy nak listkan dlm senarai blog sy...boleh?nak kongsi gak pasal gores dan menang...sy pernah hampir2 tertipu dek gores dan menang ni..nasib baik suami panggil suruh pulang...kalau tak, memang naya.

    BalasPadam
  5. salam ;]
    aiyooh mcm tuh sekli kje nyer eyh...
    tpi berbaloi,,
    penonton semue puas ati...
    hope pas nih xder yg tertipu lg..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.