Jumaat, Jun 13, 2008

Sanggupkah Orang Kita?

12 Jun saya mengacarakan MHI pada jam 7.15 pagi.

“Bang, apa khabar?,” tegur Wardina, turut bertugas pagi itu.

“Baik. Ada peminat awak tanya saya, Wardina mana? Saya hantarkan emel bagi tahu dia, awak baru balik dari bercuti di Australia. Tak tahu pulak kerja hari ni,” respon saya.

Saya lihat kandungannya semakin membesar. Wardina bakal menjadi ibu kepada anak ke tiga.

Pagi itu saya menemubual Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Noor Nirwandy Mat Noordin berhubung topik ‘Gores dan Kalah’. Perbincangan banyak memperincikan fakta sebahagiannya disentuh dalam program 360 pada malam sebelumnya.

“ .. orang kita tak boleh tamak. Kalau tamak pasti akan terperangkap dengan kegiatan gores dan menang,” antara pesanan Nirwandy masih melekat di fikiran saya.
Pada masa sama beliau mendesak pihak berkuasa menubuhkan hotline boleh dihubungi sekaligus menawarkan tindakan segera sekiranya orang awam didatangi agen sindiket mengakibatkan kerugian ribuan ringgit itu.

Selesai sesi temubual, saya pulang ke rumah berehat. Petang, pada jam 2 saya keluar makan sendirian.

Semasa memandu melintasi projek pembinaan mata saya terpaku melihat buruh warga Indonesia bekerja di bawah terik matahari di tingkat 3 bangunan sepertiga siap. Walaupun agak jauh, lensa kamera saya merakamkan segalanya. Mereka berlumpur, panas dan barangkali berasa gayat bekerja di bangunan tinggi tanpa harness. Tiada keselesaan kesimpulannya.

Lalu terlintas di fikiran saya.

"Mahukah orang kita bekerja begitu?”

Semasa menghampiri restoran, saya terlihat beberapa lelaki membersihkan jalan menggunakan penyapu berhampiran projek pembinaan lain. Lau saya berhentikan kereta.

“Hello, you orang mana?,” soal saya.

“Bangla,” jawab lelaki bertopi kuning.

Mereka juga berlumpur, tubuh dibasahi keringat, bekerja sewaktu matahari berada tepat di atas kepala kelihatan cukup menyeksakan. Namun, mereka tetap tekun melangsaikan tugasan.

Hati saya berbisik sekali lagi.

“Boleh ke orang kita bekerja begitu?”

Sewaktu tiba di hadapan restoran, saya keluar dari kereta. Terpandang dua lelaki sedang mengorek pasir dari lubang besar.

“Kamu orang mana?,” tanya saya.

“Jawa Timur, Indonesia,” balasnya sambil mengangkat cangkul dihulurkan rakan.

“Apa nama kamu? Umur?”

“Nama saya Mat Jusri, 21 tahun. Kawan saya 20,” jelasnya.

“Gaji kamu berapa? Kerja satu hari berapa lama?,” saya ingin tahu.

“Gaji dua tiga, kerja 9 jam. Dari jam 8 pagi sampai jam 5 petang”

“Gaji kamu 23 ringgit sehari?,” bertanya untuk kepastian.

Dia menganggukkan kepala. Maksudnya, mereka dibayar RM2.55 sejam.

Lalu sekali lagi terlintas di fikirannya saya.

“Sanggupkah orang kita bekerja begitu?”

Saya masuk semula ke kereta.

“Huh! Makan kat kedai mamak mesti RM10, sama harga 4 jam dia orang bekerja!”

Saya memandu mencari kedai lain. Bagaimanapun soalan sama terus bermain di fikiran saya.

“Sanggupkah orang kita bekerja seperti mereka?”

8 ulasan:

  1. Salam..pagi tadi saya dan ayah saya tertarik dengan perbincangan en.mazidul akmal sidik bersama Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Noor Nirwandy Mat Noordin berhubung topik ‘Gores dan Kalah’. Saya cukup tertarik saat en.Noor Nirwandy Mat Noordin mengatakan syarikat ini bertukar-tukar,mula-mula jual air,dan apa seterusnya saya tak ingat dan yang terbaru projek ikan keli,saya tergamam seketika kerana saya sekarang membuat projek bersama 1 syarikat yang mengendalikan projek ni,mula-mula saya tengok diorang ni semangat menelefon kami dan menceritakan pulangan-pulangan menarik jika buat bersama mereka,mereka selalu follow up la,saya minat bukan kerana pulangan jangka pendek tersebut,saya minat kerana saya ingin tahu permulaan bagaimana jika buat di dalam bangunan,saya tertarik kerana syarikat ini mengendalikan ternakan ikan di dalam bangunan jika kita tiada tanah,kebetulan saya tiada tanah,selepas saya dah bayar keseluruhan pakej,mereka seolah-olah membiarkan saya,konon katanya ada taklimat selepas kemasukkan anak benih,permulaan tu baiklah..siap tangkap gambar,puji memuji,bila sampai waktu taklimat,langsung tak macam taklimat,tak sampai 10minit pun,mereka hanya cakap,bagi makan pagi petang,tukar air dan jaga kolam,tu sahaja,sekejap bukan?? Selepas itu baru saya tahu masalahnya,syarikat ini bertindak lambat jika saya dan pengusaha lain mengalami masalah,janji datang dalam masa terdekat tapi 3-4 minggu selepas itu baru dapat datang dan pelbagai lagi lah..,sakit hati bila mengingatkannya kembali,saya cuma ingin tahu....apa yang paling terbaik saya boleh buat dan bagaimana saya dapat mengatasi masalah ini,bukan saya sahaja.malah pengusaha-pemgusaha lain juga,saya harap dapat jawapan yang bernas dari en.mazidul akmal sidik. saya rasa seolah-olah ditipu,cuma inginkan kebenaran sahaja,oh ya...ini nama syarikat tersebut..ACTIVE SURGE SDN BHD (692081-P)
    GLOBAL NOURISHER BIO SDN BHD (718356-M)
    No 39A, Jalan Waruna AR U5/AR
    Taman Desa Subang
    40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan
    Tel No:03-78456412
    Fax No:03-78456461.

    saya bukan nak menjatuhkan syarikat ini,cuma inginkan kebenaran dan tidak mahu tertipu lagi.kerjasama dan jawapan anda amat-amat dihargai,terima kasih.. :)

    BalasPadam
  2. salam..ni 1st time saya usha blog en mazidul..tiap kali habis tengok 360,mesti pasang hajat nak buka blog ni esoknya,tapi dek kerana kesibukan,tak terbuka lak..nice blog..penyampaian seolah2 en mazidul nak bawa kami berada pada situasi en mazidul..tuk post yg baru ni,saya berani kata,orang kita tak kan sanggup nak wat kerja2 berat macam tu..terlalu memilih kerja,lebih rela wat kerja2 menipu,merompak,ragut n terlalu bergantung pada parent..apapun,keep up d gud work..salam wat semua warga kerja 360..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Sdr Mazidul, entah kenapa sejak mengenali blog sdr, ianya seolah menjadi satu kemestian untuk saya melayarinya sebaik sahaja laptop saya 'on' kan.

    Kupasan isu yang menyentuh realiti kehidupan menyentuh hati banyak orang, dan pastinya diri saya.

    Kupasan terbaru berkaitan sanggupkah orang kita? yang terbaru. Oleh kerana ianya menyentuh tentang realiti kerja dalam katagori yang sering disebut orang 3D (Dirty, Dangerous, Difficult), sememangnya begitulah realitinya.

    Kita banyak berteori, sehinggakan latihan kemahiran yang corak pekerjaannya nanti di panas terik, tetapi dilakukan di bawah hanger dengan suasana yang nyaman.

    Segala-galanya dilakukan dengan suasana yang selesa. Latihan persediaan mental tidak dimasukkan dalam kurikulum. Semuanya bergantung kepada tenaga pengajar. Malangnya, tenaga pengajar di pusat latihan juga kurang atau tidak pernah punya pengalaman di tapak bina.

    Untuk melahirkan tenaga kerja dari kalangan orang kita yang sanggup macam Jusri sekarang, seperti yang saudara katakan, saya rasakan kita hanya berangan tanpa kesudahan. Corak latihan yang ada di negara tidak menjurus ke arah itu. Kita berkemampuan menyediakan kemudahan latihan, tetapi, gagal dalam pembentukan tenaga kerja bagi mengurangkan kebergantungan.

    Pandangam saya, jika kita benar-benar serius, dengan corak latihan yang sempurna, kita hanya boleh melahirkan perkerja dari kalangan orang kita dalam tempuh 10 tahun akan datang. Untuk tempuh sebelum itu, kita akan terus bergantung kepada orang luar.

    Kita bercerita tentang 'modal insan'. Malangnya, kita banyak menghabiskan 'modal', sedangkan 'insan-insan' terbiar tanpa pembelaan.

    Kita banyak bercerita tentang kaedah atau pendekatan, tetapi kita memikirkan tentang produk akhir.

    Oleh itu, pihak berwajib dan industri perlu ikhlas. Industri perlu jujur, kalau dengan RM2.25/jam, mana mungkin orang kita mahu. Ianya sekadar menambahkan persepsi negatif yang sudah sedia ada.

    Penyelesaiannya? panjang untuk dibincangkan. Barangkali jika berkelapangan, Sdr Mazidul lawatilah www.enzek.blogspot. Cari artikel bertajuk 'Tuntutan Pembaharuan di Sektor Binaan'. Artikel tersebut pernah disiarkan di Berita Harian pada 25 Januari 2008.

    Harapan saya, sekiranya pihak tertentu dapat meneliti cadangan-cadangan dalam artikel tersebut dan dijadikan asas untuk perancangan jangka panjang. Bukan untuk lahirkan pekerja besok hari, lusa atau tahun depan.

    Persoalannya? Sejauhmanakah seriusnya kita.

    Sdr Mazidul lihatlah apa yang patut. Sdr ada platform yang baik dan berkesan. Mudah-mudahan dengan keikhlasan dan ketulusan sdr dan mungkin juga saya, kita dapat membela masa depan orang kita, dan pastinya ... zaman anak-anak kita di masa akan datang. Jika tidak, generasi kita pastinya dikelilingi 'mereka'.

    Wassalam.

    BalasPadam
  4. assalammualaikum...ni 1st time sy masuk blog en.mazidul...erm..berkenaan dgn post terbaru tu..saya berpendapat, org kita takkan sanggup kerja mcm tu..kenape? sbb malu.. tapi, saya mmg respect dgn mereka yg tak memilih kerja..dan saya kurang respect dgn org yg tak berkerja tapi memilih kerja..hampir setiap hari saya lalu tapak pembinaan..rata2 pekerja di situ adalah warga asing..pernah hati sy tersentuh bila ada orang tempatan yang mengejek mereka...panggil mereka dgn panggilan yg kurang enak..Apa yg sy perhatikan warga asing ni tidak pernah ganggu @ buat kacau pun dgn kita..( ni pandangan sy terhadap sikap org kita melayan warga asing...)..
    Sekian utk kali ini...

    -keklapis-

    BalasPadam
  5. “Sanggupkah orang kita bekerja seperti mereka?”

    bagus gak ungkit soalan ni. kalau diikut pada budaya kerja org 'melayu' memang sukar untuk dipercayai ada sejumlah besar golongan yang ingin bekerja seperti mereka. kalau ada pun jumlah yang kecil saja dan lebih bertumpu di kawasan luar bandar. Remaja zaman sekarang terlalu manja hinggakan ada yang sanggup berhenti jawatan programmer IT hanya kerana boss suruh buat promo kat PC Fair (kisah benar). Hanya kerana memegang segulung ijazah mereka merasakan nilai diri mereka terlalu tinggi untuk kerja luar. Ini kisah budak baru grad zaman sekarang. tak sanggup bersusah kerana mereka ada ijazah (bukan kepujian pun dah berlagak).

    tapi fenomena ini mungkin juga disebabkan polisi syarikat yang mereka (pendatang) kerja. syarikat ini lebih memberi keutamaan kepada golongan pendatang hinggakan warga malaysia akan rasa terasing jika bekerja didalam syarikat itu. tak ke pelik jika nisbah pekerja asing dengan tempatan 20:1. sedangkan peluang untuk bekerja sambilan di kedai makanan segera, petrol pump, pasar raya etc. yang dulu merupakan lubuk mencari duit bagi golongan pelajar waktu cuti kini lebih didominasi oleh warga asing. remaja sekarang tidak dapat mendedahkan diri mereka kepada budaya kerja tanpa rasa malu dan segan sebagai mana remaja 15-20 tahun lepas. mngkin sebab itu lebih ramai remaja kita sekarang terjebak dengan budaya kurang sihat.

    tapi yang amat merungsingkan adalah kemasukan golongan warga asing ini seperti tiada sekatan. kawasan perumahan berhampiran kilang2 dah seperti menjadi milik warga asing. golongan ini cukup ramai hinggakan susah nak pastikan jiran sebelah tu melayu ke indon. jika ramai warga bangla pulak, pasti kawasan sekitar perumahan itu seperti tempat pembuangan sampah. saya sendiri pernah melihat bangla ni membuang sampah dihadapan tangga rumah flat sedangkan tong sampah besar flat tersebut hanya 20m dari dia. jika pergi membeli belah di pasaraya giant di balakong (terletak di dalam kawasan perumahan), memang terasa seperti membeli belah di luar negara. terlalu ramai warga asing yang membeli belah disitu. bagaimana jumlah mereka menjadi sebegini ramai? mana pantauan dan sekatan yang di kenakan? sampaikan tanah getah/kelapa sawit kampung pun warga asing ini mampu pajak. 'jalan masjid india' mungkin patut ditukar ke 'jalan masjid pakistan' atau 'jalan masjid bangla'.

    "Ketuanan Melayu (Malay for Malay supremacy or Malay dominance[1]) is the racialist belief that the Malay people are the "tuan" (masters) of Malaysia. The Malaysian Chinese and Indian-Malaysians who form a significant minority in Malaysia, are considered beholden to the Malays for granting them citizenship in return for special privileges as set out in Article 153 of the Constitution of Malaysia. This quid pro quo arrangement is usually referred to as the Malaysian social contract."

    'sosial contract' ini nampaknya akan memakan diri melayu sekali lagi. dulu bangsa cina dan india diberi peluang untuk menetap di malaysia. tapi 50 tahun selepas itu top 3 jutawan malaysia adalah golongan tersebut.mungkin 'ketuanan melayu' patut ditukar kepada 'ketuanan malaysia' sebelum 50 tahun dari sekarang warga asing ini pula yang menjadi top 3 jutawan malaysia. warga malaysia terlalu mengharapkan warga asing. negara barat amat menekankan had penggunaan robot dalam industri bagi membolehkan manusia terus mempunyai pekerjaan. mungkin pendekatan itu boleh diubahguna untuk mengatasi kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing ini.harap mazidul buat pendedahan sama ada isu warga asing ini kini berada di tahap tidak terkawal atau tidak.

    dari rakan perindu 2 ITM

    BalasPadam
  6. Cetusan pendapat yang tak seberapa bernas dr saya..... cuba kita ambil contoh dan blajar dr barat....camner mereka dapat terima warga kulit hitam yang dulunya menjadi hamba abdi mereka... sama2 bole hidup bersama... ramai yg kawin campur! :) ....dan sekarang warga afrika ini telah mendominasi setiap pelusuk negara mereka....sehingga yang terbaru mereka boleh terima OBAMA menjadi calon presiden mereka.

    note....indon...bangla...adalah saudara islam..... india n cina berlainan agama....kenapa yg tiada persaudaraan agama ini kita boleh terima n pejam sebelah mata.....sedarkah dari 10 orang cina yang berselisih dengan kita dijalan2 sekitar KL ..... 3 darinya adalah pendatang asing??.... mereka bebas kerana bermata sepet kot!!!

    BalasPadam
  7. hye abg mazidul. saya suka topik ni... org kita sebahagian saje yg sanggup keja mcm ni.. tp mcm me kat JB ni, rata2 tgok mereka yg keja kat spore pun buruh kasar.. mcm maner mat2 indon keja kontrek buat bangunan kat m'sia mcm tu jugak la mereka jd buruh kasar kat sana.. cuma bezanye gaji yg mereka dlm S$.. so mereka lebih prefer keja mcm tu kat negara org.. same goes to mat indon, better keja kontrek kat m'sia dr keja kontrek kat indon sendiri... mereka lebih prefer kejar ujan emas kat negara org...

    BalasPadam
  8. cuti sem break pernah gak kerja jadi salesgirl..gaji RM15 sehari... bila fikir2 macam tak berbaloi dengan penat.. tapi untuk dapat pengalaman dan cari kawan okaylah.. untuk sara hidup..oh tidak.. orang kita nak kerja macam mereka? kalau orang kita yang dah bersijil dan mempunyai akademik tinggi, saya tak rasa mereka sanggup.. tapi saya rasa yang sanggup kerja susah-susah macam orang yang kat kampung..pagi2 pukul 3 pagi dah pergi toreh getah..tapi segalanya tetap ikut pemikiran orang itu..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.