Pagi 27 Jun, jam 8 saya ke Pasar Pagi SS2, Petaling Jaya, Selangor.
Saya ke sana bukan ingin membeli ikan maupun sayur. Tujuan saya mencari pengemis. Maka pengemis saya temui.
“Awak orang Malaysia?,” soal saya.
“Saya ingat dia Cina la, Cina dari China,” celah lelaki Cina, penjual kuih cakoi.
Pengemis itu berbaring meniarap di atas jalan sibuk dilalui pelanggan. Menongkat badan depan tubuh dengan tangan sambil memegang kole menampung wang sumbangan orang ramai.
“Orang Malaysia ke?,” saya mendesak.
“Ya,” responnya perlahan memaksa saya menundukkan kepala untuk mendengar jawaban.
Tetapi saya dapat melihat riak mengelirukan pada wajahnya.
“Siapa perdana menteri Malaysia pertama?”
Dia hanya membisu.
“Jangan tipu saya. Awak orang mana? Kalau orang Malaysia mesti tahu. Tipu saya, saya panggil polis tangkap,” bukan mengugut sekadar menggertak.
“Thailand,” balasnya dalam keadaan serba-salah.
Akhirnya dia membuka mulut. Barangkali kerana takut. Namanya, Ajai, berusia 28 tahun berasal dari Bangkok. Berhijrah ke Malaysia sejak setahun lalu. Dia mendakwa kemalangan semasa menunggang motorsikal 3 tahun lalu.
“Takkan lepas bertahun luka masih tak sembuh,” detak hati saya.
“Duduk mana?”
“Jalan Ipoh,” kata Ajai.
Setiap hari dia berulang-alik menaiki teksi dengan tambang RM8.
“Macamana boleh murah? Jalan Ipoh datang SS2, jauh,” saya hairan.
Mulutnya terkumat-kamit memperkatakan sesuatu sukar difahami. Terfikir, mungkinkah dia juga dihantar sindiket?
“Satu hari duduk sini berapa jam? Berapa wang dapat? Jangan tipu saya,” saya mengingatkannya.
“2 jam. Pukul 7 datang, 9 balik. Boleh dapat RM40,” balasnya petah dalam bahasa tempatan.
Rumusannya, masyarakat kita pemurah, Melayu, Cina dan India, semua sama. Kita cepat simpati tanpa menyelidiki latar belakang pengemis seperti Ajai.
Hadirnya tanpa dokumen perjalanan sah. Jelas melanggar undang-undang negara. Dia hanya bekerja 2 jam sehari tidak seperti majoriti kita, 9 jam. Dia meraih purata lebih RM1200 sebulan, itu pendapatan bersih.
Persoalan saya, perlukan pendatang merangkap pengemis seperti Ajai berada di negara kita?

Encik Mazidul
BalasPadamCerita 'CUBA' tu saya dah buat beberapa lama dulu, dan memang sah menjadi, tapi jangan di buat pada rakan wanita atau kenalan wanita yang sebaya kita dan masih belum berkahwin, payah nak menjawab nanti. Mau taknya, dia pulak call kita hari hari, ada nak tanya sesuatulah, nak cerita cerita sikit lah, ada maslaah tak tau nak buat apa lah... maklumlah, dah masuk 'continent' Andalusia...
bro....klu bro nak tau mamat ni setiap petang ada di perhentian bas berhadapan dengan Time Square di seberang jalan. Lagaknya seperti orang yang telah kehilangan nyawa.Orang ramai yang lalu lalang sering merapati mamat ni kerana mereka berperasangka bahawa mamat ni sudah tiada nyawa.
BalasPadamSaya juga hairan kenapa pengemis ini dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan yang wajar? Memang rakyat kita ni pemurah dan prihatin tetapi adakah kita sanggup membiarkan bandaraya kita ini daripada pengemis2 seperti ini? Kalau seorang dua mungkin tidak mengapa atas dasar simpati....tetapi kalau ini memudaratkan masyarakat sekeliling, patutkah kita biarkan ini berlaku?
Sdr Mazidul, betapa hebatnya dan bertuahnya bumi Malaysia. Kerjaya sebagai pengemis pun, dipelopori oleh orang asing.
BalasPadamSekarang dah tak tahu..mana satu pahala, mana satu simpati dan mana satu tak patut kita ambil peduli. Dulu..yang susah ditepi jalan, diajar supaya kita membantu. Sekarang apabila kita menolong...kita pula yang jadi mangsa.
BalasPadam