Selasa, Jun 24, 2008

Pengemis Kaya?

Jam 7 malam, 22 Jun saya minum bersama 2 rakan di restoran mamak Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

“Nak derma encik?,” kami dihampiri lelaki buta bersama pasangannya.

Saya perhatikan lelaki itu. Kemas, berkemeja dan mengenakan seluar slack gelap lengkap bertali pinggang. Rambutnya tersisir rapi. Wanita pemandu arah kelihatan bersih, mengatur langkah laju mengenalpasti mereka ingin menyumbang.

Rakan menghulurkan seringgit dan dimasukkan kedalam kole plastik di tangan.

“Terima kasih,” ujarnya sebelum beredar ke meja lain.

Melihat saya merakamkan gambar peminta sedekah itu, pekerja restoran meluru keluar menghampiri saya.

“Tak boleh ambil gambar ka?,” tanya saya.

Haja, 41 tahun hanya beridi tercegat di depan saya.

“Saya bukan ambil gambar kedai. Ramai oran mintak wang itu macam?,” soal saya kepada pekerja berasal dari Chenai, India itu.

Entah faham, entah tidak, dia menjawab.

“Tarak kira la bang”

“Bukan saya mau you kira pun. 8 tahun sini kerja, ramai you nampak?,” saya cuba mendesak.

“Ramai lah bang. Tarak boleh kira,” jawabannya lebih tepat.

Ketika itu pasangan pengemis menghampiri 4 remaja duduk di meja berhampiran meja saya, sejumlah wang mereka hulurkan.

“Memang setiap kali orang mintak sedekah, awak bagi ke?,” soal saya kepada Rafizan Rutnan, 19 tahun.

“Hui! Tak lah. Kalau 10 orang, 5 bagi, 5 tak. Mana larat bagi semua,” keluhnya.

Bila saya cuba merakamkan gambar kumpulan, remaja lelaki duduk di sebelah Rafizan cuba mengelak.

Saya rakamkan gambar gadis itu.

“La .. Sebab apa tak bagi tahu nak ambil gambar?,” soalnya sebelum ketawa mesra.

“Kenapa bagi?,” soal saya kepada pekerja syarikat swasta kini menetap di Puchong, Selangor itu.

“Kita jadi serba salah. Sikap perikemanusiaan tinggi,” balasnya.

“Kah! Kah! Kah!,” saya terdengar pelanggan di sekeliling tertawa.

Spontan saya menoleh, tercegat lelaki warga Afganistan berjanggut dan berjubah putih berdiri rapat di belakang saya.

“La .. ni seorang lagi. Sir, I have seen you for so many times, almost every where since years ago. What have you been doing?,” soal saya.

Dia berdiri kaku, membisu. Sebaik melihat kamera di tangan saya, dia tergopoh-gapah melarikan diri. Sempat saya rakamkan gambarnya dari belakang.

“Bayangkan, pengemis ni start kerja pukul 8 malam. Mengemis kat banyak tempat bukan sini saja. Jangan hairan kalau dalam tempoh 5 jam, 1 orang bagi 1 ringgit dia boleh dapat lebih RM200. Kita kerja sehari belum tentu boleh dapat banyak tu,” bisik kawan perlahan.

Kenyataan itu tidak asing bagi diri saya. Itu kisah pengemis tempatan.

Terfikir pula, jika benar lelaki Afganistan itu berjihad mengutip derma untuk disalurkan kepada anak bangsa di negara asal dilanda peperangan, mengapa dia lari bagai tidak cukup tanah apabila ditanya tujuan sebenar dia meminta derma?

Kalau di negara sendiri dia barangkali pernah berdepan senjata mampu meragutk nyawa, apa sangat apabila berdepan kamera 12.1 mega pixels saya?

Anda ada komen dan jawabannya?

18 ulasan:

  1. Salam Saudara Mazidul,
    Berkenaan dengan pengemis ni mmg bukan benda baru. Bandar kecil dan besar pasti tidak dapat lari dari golongan yang hanya mencari nafkah dengan menadah tangan sambil menunjukkan muka kesian. Saya tinggal di Bandar baru bangi selangor. Pernah bebarapa kali terserempak dengan seorang pengemis yang kudung kakinyer (tak pasti kiri atau kanan). Dia menghampiri lalu meminta diberikan sedikit wang untuk dirinya sendiri dengan senyuman manis. Ketika itu saya sedang makan bersama suami. Suami saya hulurkan wang Rm2. gembira dia. Lama lepas tu, kami terserempak lagi dengan org yang sama dia bandar kajang. Lagi lepas tu di satu kedai makan berhampiran pusat latihan bank di bangi tapi kali . Kemudian saya bertanya kepada suami kenapa tak bagi? Dia menjawab, kita belum lagi makan tapi sudah org tu dah minta duit dari kita. Boleh jadi tak ikhlas dibuatnya. Tapi betul juga kata suami saya, pengemis ni tak patut juga minta duit org ramai di kedai makan sedangkan org tu belum makan lagi. Bukan lokek, dan takkan jadi papa kedana kalau bagi tapi cara pengemis tu yang buat kami rasa jengkel. rasanya bukan saya dan suami saja yang rasa macam tu.

    Naza

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum

    Sebut pasal pengemis ni, saya teringat coverage yang dibuat Media Prima (tak ingat samada TV3 atau NTV7) mengenai anak-anak yatim yang disuruh(paksa?)mengutip derma / jual ubat.

    Perkara ini masih berlaku dan biasanya bila saya ditemui mereka ini, saya menghulurkan jumlah yang bersesuaian dan suruh anak itu pergi membeli makanan di kedai berhampiran - derma secara direct yang sampai secara langsung ke tangan anak yatim (itu pun kalau betul mereka ni anak-anak yatim!)

    BalasPadam
  3. Orang Malaysia memang pemurah. Sebab tu ramai datang Msia kita ni. Ada kerja, bagi orang, kita tengok je, orang mintak, bagi je, ... ada pulau? kita banyak pulau, bagi satu masih ada banyak lagi...

    Malangnya, kadang2 pemurah dengan orang lain. Dengan anak isteri sendiri berkira pulak.

    BalasPadam
  4. mereka ni terlalu dimanjakn ole orang2 kita yg mudah simpati pd orang "susah" sbab 2 mereka smakin giat dgn aktiviti ini..jika btul mereka ni kutip derma 4 negara dorang misalnya...knp xguna alternatif lain?..melalui sebuah persatuan contohnya..klu sekadar membawa tin kesana-kemari,suda pasti "derma" itu akan beralih pada kocek mereka sendiri nanti...bkan melarang anda drp menderma..masakan saya mahu melarang pkara yg baik pula..tp fikirkan la, bukan baru sekali dua kita dengar ada sindiket pengemis yg membabitkan kanak2,org cacat dan warga asing..oh ya, di mana pihak yg b'tggjwb bagi memantau gejala ini?...mngkin berat bgi mereka m'ninggalkan pjabat yg b'hawa dingin itu...

    BalasPadam
  5. Apabila pengemis datang menghampiri kita, itu sebenarnya adalah rezeki, kerana kita berpeluang untuk mendapat pahala. Kadang2 dgn hanya RM1 tetapi keikhlasan kita melampaui nilai itu jadi pahalanya sungguh lah besar. jadi kita tak perlu takut apabila didatangi pengemis yang benar2 memerlukan bantuan. Masalahnya ada pengemis yang bukan pengemis sebenar, bagaimana? adakah kita dapat pahala jika kita beri pada pengemis jenis ini? Kawan saya berkata, ikhlas saja lah,mungkin dengan pemberian ikhlas itu boleh menyedarkan si pengemis ini. Jadi dapatlah jugak kita pahala. Kalau pengemis tu benar2 sedar, lagilah besar pahala kita dapat. Kalau kita biarkan pengemis itu berlalu begitu saja semcm "opportunity lost" la pulak.
    Wallahualam.

    BalasPadam
  6. salam..

    sekadar berkongsi cerita...setiap hari sy akan melalui jejantas..dan acapkali ade seseorang yang duduk disitu dgn botol yang telah dipotong separuh..kadang kala sy hulur juga..tapi bila ade masanya kesempitan dan dia ade disitu..sy sendiri yang rase bersalah..bila dah selalu kita hulur, tiba2 takde..dia pandang sy..aduhhhh..tak tau nak buat ape...segan pon ade...macamane tu?

    BalasPadam
  7. Salam...
    Abg Mazidul... Memang rakyat Malaysia ni pemurah sebenarnye... Tp dlm masa tu jugak, ade pihak yg cube ambil kesempatan & nak kaut keuntungan... Bayangkan la, kite selalu tengok pengemis akan mengemis di tepi jalan kan?? Tapi zaman skrg dah moden... Boleh plak ade tukang "guide" pengemis tu, tlg bawak ke sana n ke mari... Sedangkan org yang tlg guide tu boleh bekerja & menyara hidup si epngemis tu kan?? kenapa perlu ambil jalan mudah dan secara x lansung ambil kesempatan terhadap kebaikan org lain??? Memangla dalam rezeki yg kite dpt hari-hari tu sebahagiannya hak kepada fakir-fakir miskin ni.. tp bile dah berkelakuan sebegitu, kite dah jd x ikhlas untuk menderma... bukankah derma tu kena ikhlas... ntahla... pelik lah zaman skrg ni... banyak benda2 yang x masuk dek akal... btw, just share pendapat je.. bukan ape.. kdg2 geram, dah la tgh nak menikmati hidangan, dtg pulak pengemis... x dibagi nnt dianggap x berhati perut.. haii.. ntahla... sekian.. salam...

    iza - putrajaya

    BalasPadam
  8. Salam Bro Mazidul, kalau di Kota Tinggi, rumah saya selalu dikunjungi oleh kanak2 india muslim dari madrasah tertentu meminta derma. Kalau sekali x per tp kalau tiap2 bulan dtg dan muka yg sama tercegat depan rumah memang ada yg x kena.

    Modus operandi dia ialah menjual kitab2 dll tp kalau kita x mau beli dia keluarkan satu kertas fotostat ayat2 suci dan minta derma. Hinggakan satu ketika malas nak layan, dia tetap tercegat depan pintu rumah x nak beredar.

    Saya rasa ada pihak tertentu yg eksploitasi kanak2 semata2 utk dapatkan wang...

    BalasPadam
  9. bro, minggu lepas I p warta Bangi (skarang dah tukaq Bintang), Kesian Bro, 4-5 org budak sekolah lelaki dlm umur 7-10 th berlegar2, pakai baju ada cop Kelab Keusahawan Muda sambil jual kalendar. mcm mintak sedekah bro, nampak muka masing2 letih lesu. Katanya cikgu tak kasi balik selagi tak habis jual kalendar. Nape ada org sanggup exploitasi budak2 atas tiket agama lak tu cari duit. Keusahawan apa nye bro, sapa yg USAHA, sapa dpt HABUAN.!!!

    Kat Restoran Jejantas Sg Buloh, lagi la, exploit kanak2 pompuan jual ubat, pun atas tiket keagamaan. Kalau nak jadik kes la bro, penjahat ngap depa pastu berlaku perkara tak diingini, na'uzubillah. Yg "USTAZ" nya berdengkur dlm van, tunggu masa dpt laba. Bukannya nak pantau nasib kanak2 ni. Ikut sunnah Rasul (saw) konon, dulu kecik2 baginda belajo niaga.

    Sedih bro. Teropong2 la bro mereka ni. bela lah nasib anab bangsa demi agama. Bro ada power & channel. InsyaAllah, gua do'a kan bro teguh berjuang dlm bidang kewartawanan ini. Bro dah tawan hati gua!!! Gua caya sama lu.

    BalasPadam
  10. Perihal pengemis ni dah lama berlaku. Seolah2 tiada tindakan diambil. Masih ingat lagi kira2 20 tahun lalu di JB ketika sedang makan tgh di warung kat pasar lama. Kanak2 datang menunjukkan surat apa2 entah sambil menadah tangan. Terus hilang selera makan. Jejambat kat depan Merlin Tower tu biasalah.., berderet pengemis dgn bermacam2 gaya. Takkan isu ini masih tak dapat ditangani? Pihak berkuasa mestilah tegas, spt negara Singapura tu...

    BalasPadam
  11. Assalammualaikum

    Menderma itu satu sedekah, sedekah itu dapat pahala. Atas nama itulah ramai di antara kita yang di pergunakan oleh segolongan pihak pihak tertentu untuk mengaut keuntungan dan ambil kesempatan.
    Aku biasa nampak orang orang buta yang menggemis ni di hantar oleh kereta kereta tertentu yang kemungkinan dalang pengemis pemgemis ni. kebanyakkannya orang Cina. Bosan gila, kat jalan, banyak tol, masa nak makan pun banyak tol. pergilah mana mana pun, mesti ramai yang minta sedekah. kita niat sedekah pada orang tu, tapi sebenarnya, depa tu makan gaji. Segala kutipan masuk ke poket orang lain. Paling aku benci, masuk poket orang non-halal.
    minta tolong lah supaya pihak pihak yang tertentu supaya ambil tindakan. Dah lah bangsa kita sentiasa di pijak dalam bidang ekonomi, cari kerja susah, kerja bank atau sektor swasta, ni depa gunakan pulak orang kita untuk ambil kesempatan ke atas orang kita.

    Lagi satu ayng aku sakit hati sangat ialah bangsa depa ni jenis kurang ajar, suka memandu laju, tak kira di mana jalan sekali pun. walau di highway atau kawasan perumahan. BIla berlaku kemalangan orang kita jugak yang ramai mati.

    Cuba tengok surat khabar, hari hari orang mati kemalangan jalan raya, sebabnya ialah kecuaian pemandu lain yang memandu laju masuk ke lane yang bertentangan dan melanggar serta mambunuh sekeluarga. Bila di periksa, pemandu yang menyebabkan kemalangan adalah bukan kaum Melayu atau India. Sakit hati aku.

    Akhir sekali, dulu pasal Tol di Cheras, habis satu Bandar Mahkota Cheras runtuhkan tembok, wal hal sudah jelas, tembok tu di dirikan di atas perintah mahkamah. Apa keistimewaan mereka? kenapa boleh jadi macam tu? kenapa di 'BAGI-MUKA' sangat? Kenapa kerajaan takut dengan mereka? mereka adalah 90% bukan orang kita. Aku dah duduk lama di luar negera, aku tengok bangsa depa ni tak ada apa apa keistimewaan pun, tiada sekolah depa, tiada bahasa depa, ingat SATU NEGARA SATU BAHASA.

    Lagi sakit hati aku bila tengok kebanyakkan depa ni tak nak bayar parking, ada sekali tu, depa halau budak india yang jaga parking dekat Diamond Square sebab kutip RM2.00 sekali masuk. kenapa kebal sangat depa ni?

    Di Pelior Damansara pun macam tu jugak, depa sanggup sesakkan jalan depan ofis orang lain sebab tak nak bayar TOL RM1.00, yang pihak pengurusan Sprint pun satu bahalol, pegi buat TOL plaza depan ofis orang, pastu buat pulak satu jalan potong, tak ke buat kerja bodoh namanya. Si sepet ni kalau boleh hidup free mati kaya. kereta besar menjalar pun RM1.00 tak nak bayar. Habis sesak tempat orang lain di buatnya. Parking pun ikut suka hati, sampai laluan tu betul betul muat satu kereta sahaja. Sial betul bangsa ni.


    Beberapa hari lepas aku tengok dalam akhbar, depa tunjuk perasaan kat DBKL sebab tak nak bayar parking RM1.00, apa cerita ni????? kalau ikutkan aku la.... depa ni tangkap je semua masuk penjara. Kenapa kalau depa buat DEMO tak nak bayar TOL atau PARKING FRU tak tangkap? tak sembur dengan air beracun? tapi kalau orang kita buat DEMO atau ceramah kena pulak!!!!

    Aku rasa, kerajaan kita dah terlebih sangat bagi muka kat depa ni. memang melampau, Drama Melayu TV, bagi Cina buat, PEralatan perkahwinana melayu pun Cina buat, contohnya di jalan Masjid India, egent segala egent... Seludup dadah = CIna, DVD, VCD haram = CIna, Cetak rompak = Cina, Kopitiam = CIna, Beras = Cina, Ayam = CIna, Ikan=Cina, Daging = Cina, Kereta =Cina. Menteri Perumahan = Cina, orang Melayu nak makan apa?

    Pada aku lah, cara nak membenteras mereka ni senang je. Tutup semua sekolah Cina dan Tamil... Ingat SATU BAHASA SATU NEGARA. SIngapore sendiri pun tak ada sekolah Cina dan Tak ada Menteri orang Melayu.

    Kita dah terlebih beri muka kat depa ni...

    Sekian

    Ku Klux Klan Malaysia

    Alid
    012-685 4096

    BalasPadam
  12. Encik Mazidul

    Aku masih ingat lagi masa tengah minum di Restorant 888, Sunway Damansara, hang tanya kat budak yang minta derma tu " Siapa yang bagi awak kebenaran untuk kutip duit ini?" menggelabah mamat Cina tu nak jawab.

    Memang semua orang patut ada kesedaran macam tu, siapa yang bagi kebenaran untuk kutip duit dari orang ramai ye? Tolong selidik perkara ini.

    Terima kasih

    alid
    012-685 4096

    BalasPadam
  13. Dulu di Sabah jarang kelihatan peminta sedekah di tepi2 jalan atau masuk ke gerai2 atau restoran untuk minta duit. tapi sekarang..macam cendewan tumbuh pula..kadang2 terfikir..betul ke mereka-mereka tu hidup susah..malah ada yang sempurna fizikal meminta simpati.

    BalasPadam
  14. okay ini first time i baca blog ni. ally iskandar yang rekemen (oke pergi ucap terimakasih kat dia. haha) i suka blog ini! macam baca Mastika! eh. oh on this topic you posted, i rasa macam nak sedekah ke tak itu pilihan sendiri. walaupun mungkin duit tuh tak sampai kepada orng yang sepatutnya (sebab kes2 eksploitasi yang wujud) yang penting allah tahu niat kita. alright :D

    BalasPadam
  15. salam..
    area subang jaya pun boleh tahan ramainya pengemis sebegini..
    bukan x nak bg tp meragui..

    BalasPadam
  16. satu hari saya terjerempak dengan pengemis yang melaungkan rm5 berulangkali... mintak rm5 begitu sekali? rm5 rm5 rm5...

    saya ingatkan apa rupanya mintak sedekah rm5 dengan cawan sebijik di tangan... rasanya dah dua kali terjumpa beliau. lokasi kat bandar kota bharu...

    BalasPadam
  17. adakah program sumbangan ikhlas juga di angap mengemis ??? ni ramai org kita yg tidak memahami maksut menolong dan mengemis..yang haya mereka tahu itu skim cepat kaya..apa maksut skim cepat kaya...mengikut kajian yg saya lihat kebanyakkan berlakunya masalah sosial dadah samun semuanya di sebabkan dekasakkan wang ringgit...dan kelalaian ibu bapa punca utama sebab mereka terlalu sebuk dengan kerja sampai anak terabai dan zaman semakin moden tidak kah ada 1 program yg bolih kita sertai untuk menampung bebanan kita dan dapat meluangkan masa bersama tersayang...ini bukan zaman batu atau zaman dulu yg kita memang perlu bekerja keras untuk bagunkan negara tapi zaman sekarang ada lah zaman duit semua perlu duit...so cadangan saya wujutkan 1 program yg semua org bolih mendapat manfaatnya dan dapat duit poket melalui program itu...org barat semakin maju org kita semakin kolot fikir2kan...

    BalasPadam
  18. orang malaysia memang pemurah tapi dengan bini kedekut berkira.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.