Ahad, Jun 08, 2008

Naik Jangan Tak Naik

Hari ini 8 Jun 2008, perkataan NAIK banyak kali saya lihat dalam akhbar tempatan

Antaranya ..

New York, Amerika Syarikat, harga minyak mencatat KENAIKAN tertinggi dalam sehari, AS$10.75 melonjakkan harga setong mencecah AS$138.54 atau RM450.25

Johor bahru, tambang bas sehala ke JB-KL NAIK sehingga RM60

Di Kota Bharu, Persatuan Bas Sekolah Kelantan akan MENAIKKAN tambang bas RM5

Di Johor Bahru, harga roti canai dan teh tarik NAIK antara 10 dan 20 sen

Kuala Lumpur, Persatuan Pemilik Lori Tipper dan Kuala Lumpur MENAIKKAN caj perkhidmatan 40%

Apa lagi NAIK?

Sila hantar komen anda.

Terima kasih.

8 ulasan:

  1. adalah di harapkan, pihak2 yg tertentu mencari jln penyelesaian dgn segera sblm anasir2 jahat cuba menangguk air keruh dlm keadaan ekonomi dan politik negara yg kian merundum. Terima kasih atas post anda hari ini...

    BalasPadam
  2. salam..

    semua benda naik..gaji mazidul ada naik ke? itu aje yang tak naik... sekarang nie kita dihimpit masalah minyak.

    tadi semasa makan di kedai sahabat di Sg buluh, dia adalah tokey kedai berkata- pelanggan sekarang dah tak mahu makan lagi kat kedai sebab takut harga makanan naik...lepas nie saya gulung tikar lah...

    dua hari cuti, abe MIE dengan anak habiskan masa dengan cuci dan lap kereta- tak pergi jalan2 takut pakai minyak banyak.


    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Salam,
    Sedang saya mendengar buletin utama malam ini, kerisauan saya semakin memuncak kerana menteri yang berkenaan ada berkata harga minyak akan terus naik kerana harga pasaran minyak dunia terus naik mungkin akan sampai USD200. Jadi kalau kita gunakan 100% keuntungan Petronas, maka bangkrup lah Petronas satu hari nanti. Apa yang dikatakan itu memang banyak kebenarannya dan domino effect terhadap harga barangan yang lain akan berlaku.

    Tidak dapat dielakkan kerana di dalam AlQuran sendiri ada menyebut bahawa keadaan ini akan berlaku. Jadi sebelum keadaan ini berterusan maka hendaklah kita menyimpan makanan sebelum berlaku keadaan yang akan semakin parah untuk menguji keimanan kita. Jadi hari-hari yang mendatang ini hendaklah kita bekerja kuat menambahkan pendapatan kita untuk di simpan yang mana ianya akan diperlukan di masa-masa akan datang. Menyimpan makanan dalam kontek sekarang ini adalah simpanan keewangan kita kerana harga barangan akan semakin melonjak dan memerlukan simpanan kita tersebut.

    Jadi marilah sama-kita tingkat pendapatan kita dengan melakukan kerja-kerja sambilan seperti berniaga dan sebagainya. Syarikat Telekom Malaysia ada menawarkan peluang untuk menjadi usahawan Telekom Malaysia. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut lawatilah laman web http://www.smartniaga4u.com

    Terima Kasih Mazidul kerana memberi ruang ini.

    BalasPadam
  4. mula2 harga beras naik.pastu tiba2 harga minyak plak naik.lepas ni mmg x mustahil la yg lain2 jg akan naik.apa yg nyata kenaikan ini tidak akan berlaku hanya pd barangan tertentu sahaja.sy agak pasti ini merupakan kenaikan segala urusan yg melibatkan pembayaran.logiknya setiap benda menggunakan pengangkutan.

    BalasPadam
  5. salam
    abg mazidul..

    mmg byk betul kedengaran perkataan NAIK skrg ni. malah boleh dengar pada bila2 masa & di mana2 pun.. mmg semuanya naik... YANG TURUN SEKARANG NI CUMA HUJAN AJE!! KALAU HUJAN PUN NAIK..ALAMATNYA NAK KIAMAT LA TU KOT ABANG MAZIDUL!! hehe..

    beras NAIK, petrol NAIK, harga barang makanan NAIK, harga barang bukan makanan pun NAIK, mmg siap la lepas ni..mesti gas memasak pun akan NAIK, tarif elektik pun NAIK, tambang bas dah ada ura2 nak NAIK, tambang bas ekspres pun NAIK, tambang teksi setakat ni aje disekat keNAIKkannya tu..esok lusa NAIK la jugak...silap2 2-3 bulan lagi tol pulak NAIK harga!!

    tapi yang pelik, bila minta gaji pekerja swasta diNAIKkan kepada minimum RM900 sebulan..tak NAIK2 pun..? Ini ke yang dikatakan rasional?

    oklah...saya lampirkan luahan hati masyarakat yang setaraf dengan saya (yang ditulis pada 5 jun 08)buat tatapan & tindakan abang mazidul...



    semalam aku gi cari petrol pump yang kosong...suma Q sampai lebih kurang 1KM tu...

    adalah jumpa yang kosong.. petrol pump yang tak siap agi... hat tu kosong arrr..

    tak dapat isi minyak pun... Q sampai 2355 hours pun masih at no 155 kot...

    ahhh sebok2 Q cam lah minyak tu isi sekali ni tak kan habis... kalau tak guna pun akan habis juga, kering dek hydration

    cukup bulan ni aku ingat nak beli beskal... buat spare beskal roda 3 sebab nak bawak anak2 gi skolah... g jejalan...

    keta tu nak tebok lantai pas tu convert gear AUTO.... so bila put on D pas tu kayuh ngan kaki cam Flintstone tu...

    at least fun sket pepagi... boleh Yabedabedooooo....

    the increase is too drastic; and the rebate did not do much help to the lower income people who is now struggling to survived...

    tak yah pikir nak makan beras siam lah... beras tempatan brand GIANT hat 5kg tu pun rasa dah cam tak mampu nak beli..

    kalau beras Brasmathi tu... sampai mati pun takkan dapat makan...

    pas ni tambang bas skolah semua akan naik... harap2 baby sitter takkan naikkan harga lah...

    pas ni juga pasti akan tertubuh satu agency atau consultant company yang akan keluarkan product "SOLUTION FOR YOUR EXPENSES PLANNING" macam AKPK tu..dan akan lebih banyak direct selling company yang akan mengeluarkan produk "MENGURANGKAN SELERA MAKAN"

    pas tu tariff letrik pun nak naik gak... kenalah kumpulkan anak beranak untuk tidur satu bilik dan cara tu boleh jimatkan penggunaan kipas... kalau nak tidur bilik lain pun kasik kipas tangan...masa g Jom Heboh hari tu banyak dapat Kipas Tangan Samsung.... kena carik yang PERCUMA aje sekarang ni.... kalau tau ada festival mana2 nanti kita pakat gi collect barang2 PERCUMA...

    kalau nak ikut cara aku seperti diatas... hat yang ada laki & bini kenalah pikir cemana korang nak projek plak..yang tu LU PIKIRLAH SENDIRIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII....

    yang ada aircond tu.... kalau rasa nak stop guna aircond; cabut gi jual ajelah secondhand... dapat gak duit nak cover electric bill bulan depan... pas tu yang iron baju berjam2 sebab nak dapatkan side tajam tu... korang hempap jelah baju korang tu ngan tepon direktori satu malam.... pas tu esok pagi bila gosok... side tu dah kira ada dan cuma ratakan aje... so kuranglah masa penggunaan iron tu... kalau tak cukup gakk.... buat cara SIDEKICK aje... cara tu akan lebih tajam di ingatan... hehehe

    pas tu gas pun naik gak.... pakai dapur arang ajelah ek... so standbylah arang dan kayu api lepas ni.... weekend nanti aku nak gi explore hutan kat bukit cherakah nak gi cari kayu api.... sebab gas kat umah tu ngam2 aje aku rasa sampai time harga dia naik nanti... tapi kang gi carik kayu api kang jumpa lak mayat yang kena bom lagi ... mana kita tahu dalam hutan banat tu kalau bom pon bukan orang dengar tul tak... kang tak pasal2 aku jadi saksi utama perbicaraan plak....

    itu glamour yang tak perlu.... tak nak lah aku....

    pas ni kalau aku kena makan kat luar... aku akan order makanan dan minuman yang kurang harga aje... boleh cam tu...?

    aku rasa malam kang aku nak masuk website PAKLAH... pas tu aku nak luahkan story aku ni kat website dia...

    pas tu aku nak antar email ke penerbit BU TV3... suruh dia baca masa berita untuk satu hari dan aku nak minta gaji dan semua peruntukan untuk Menteri2 dipotong 50%....

    sebab :-
    diorang ada keta free;
    petrol free;
    rumah free;
    makan minum free;
    bini g shopping free;

    and diorang ni semuanya cash rich:

    sedangkan aku... CASHLESS.... uhuk... uhuk.. uhuk....

    yang kena tukar gaya hidup tu diorang, bukannya kita ni tau!!!! marahlah ni....

    kita ni nak disuruh tukar ke gaya macam mana lagi aku pun dah jammed otak nak pikir.....


    anyway, apa pun yang berlaku... LIFE HAS TO GO ON...janganlah korang gi TURN OFF plak life tu... haru lak nanti....

    kalau sebelum ni I LIVE MY LIFE TO THE FULLEST... sekarang ni kena kurang kan ke 3QTR FULL ajelah....


    terima kasih semua sebab sudi luangkan masa baca luahan hati aku yang ngarut ni... hey mana ada ngarut... aku rasa bukan aku sorang aje yang rasa cam ni... mungkin ada ramai diantara kita pun sebenarnya terpikirkan hal yang sama...BETUL TAK?



    K lah.. wa ciao lu ek!!!!!



    Assalamualaikum.....

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,

    Dalam nada berseloroh, ramai kawan-kawan yang membayangkan kehidupan zaman pra-merdeka. Makan kena jimat2, kalau boleh makan roti, roti lah. Kalau roti pun tak mampu, makan nasi dengan kicap lah jawabnya.

    Ada pula yang membayangkan, kalau nak pegi keje, kena naik basikal. Sebab tak mampu nak isi minyak. Tu belum kira tol lagi. Hahaha... kami pun ketawa.

    Tapi sedar tak sedar, jenaka tu dah tak lawak lagi. Inilah realitinya. Itulah hakikahnya.

    Apalah nasib kita!

    BalasPadam
  7. Ni perbandingan harga minyak dgn negara2 pengeluar minyak :-
    Pengeluar..diulangi pengeluar!!!!!
    Thailand, Singapore bkn negara PENGELUAR MINYAK. sbb tu jgn banding
    harga dgn dorang.

    UAE? RM1.19/liter
    Eygpt? RM1.03/liter
    Bahrain? RM0.87/liter
    Qatar? RM0.68/liter
    Kuwait? RM0.67/liter
    Saudi Arabia? RM0.38/liter
    Iran? RM0.35/liter
    Nigeria? RM0.32/liter
    Turkmenistan? RM0.25/liter
    MALAYSIA? RM2.70/liter

    BalasPadam
  8. Kita pengeluar minyak...tapi apakah jumlah penghasilan kita sama dengan Arab Saudi? Macamana dengan ini...Norway, yang juga negara pengeluar minyak mengenakan kadar USD2.74 berbanding Malaysia yang USD0.84. Juga kita lupa yang US juga pengeluar minyak dengan telaga2 di Teluk Mexico dan Alaska...kos minyak di US ialah USD1.073.

    Lain la kalau pengeluaran kita sama dengan Negara2 OPEC tersebut!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.