10.30 pagi 22 Jun lalu saya dan rakan singgah di Chowrasta Market, Penang Road, Pulau Pinang.
Sewaktu memilih pelbagai jeruk buah-buahan saya terlihat Sheila Rusly membelek asam masin bungkus.
“Alamak! Macam orang kementerian check harga barang la plak,” saya mengusik isteri pengarah filem terkenal, Jinggo itu.
“Nyonya, Mazidul ada sini mau check harga barang,” gurau Sheila mengusik peniaga wanita Cina, biarpun maklum nyonya itu tidak mengenali saya.
Tetapi wanita itu tidak berniat untuk senyum. Wajahnya masam sama seperti rasa jeruk dijual di gerainya. Lalu saya beredar mencari wajah lebih manis.

“Saya ingat, itu nyonya penat. Layan ramai orang. Dia pagi jam 5 sudah bangun ma ..,” komen pekerja gerai tempat saya membeli jeruk mangga dan betik.
Saya bayar RM9 dan beredar keluar.
“Hai! Mau beli minyak buah pala? Saya jual murah, biasa satu botol RM5, ada tiga botol, RM15. Ini kasi campur satu botol lagi minyak, biasa jual RM3.50. So, 1 package is only RM16 instead of RM18.50,” kata peniaga tua menegur saya.

“My name is Molly,” katanya petah berbahasa Inggeris.
“How old are you?,” soal saya.
“I am 80 years old”
“My God, you definitely look younger and stronger,” puji saya.
“Thank you for praising me,” balas Molly.
“No. I am telling the truth,” kata saya.
“ I was living abroad before, jalan-jalan. Baru saja balik sini kerja, November last year.Tak mahu beli ka? Minyak buah pala untuk sakit kaki, sakit tangan,” katanya.
“Sakit hati boleh cure?,” saya mengusiknya.
“Cannot lah!,” balasnya sambil tertawa.
“Keluarga untie mana?”
“ I am single. Don’t like to get married,” katanya.
“That means, no man has ever attracted you?,” tanya saya.
Molly hanya tersenyum.
“This is my friend, Azzura. She is going to get married in August,” jelas saya..
Pengacara WHI, Azzura menghampiri Molly, mereka bersalaman.
“God bless you” bisik Molly.
Biar pun usianya tua, gayanya tidak seberapa dan dia berlainan bangsa berbanding saya, cara Molly bergaul menarik perhatian. Sikapnya beradap dijalin sopan dan tidak lokek senyuman.
Jika ke Pulau Pinang singgah lah di gerai Molly, No 4, Chowrasta Market.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadam