Khamis, Jun 12, 2008

Pengakuan Penonton 360 'Gores dan Kalah'

Saya paparkan emel dihantar penonton 360 dari Setapak, Kuala Lumpur dijadikan rujukan anda semua.

‘Saya tertarik dengan paparan 360 tentang sindiket gores dan menang. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman, bukan sebagai mangsa tapi hampir-hampir menjadi pemangsa! Lebih kurang 8 tahun lalu saya menghadiri satu interview jawatan kosong di sebuah syarikat pemasaran. Jawatan saya minta sebagai penjaga stor tetapi dimaklumkan bahawa jawatan tersebut telah penuh diisi. Pengurus syarikat kemudiannya menawarkan saya bekerja sebagai agen pemasaran dan kemudiannya telah menunjukkan kepada saya slip gaji beberapa pekerjanya hanya baru beberapa bulan bekerja tetapi telah mendapat gaji dan komisyen besar. Nyata ia telah berjaya menarik perhatian saya. Saya betul-betul teruja apabila ditunjukan dengan gaji cukup lumayan tanpa mengetahui ia adalah perangkap buat saya.

Semenjak itu, saya telah ditugaskan untuk mengikut sekumpulan agen jualan (mereka panggil Eksekutif Pemasaran!), menaiki van dan keluar daerah mencari mangsa. Saya ditugaskan untuk bersama dengan seorang agen dan belajar bagaimana untuk menjual barang tanpa menunjukan barang!! (tipu helah licik!). Ada pelbagai tipu helah mereka gunakan. Antaranya ..

1) Kad Diskaun; Agen akan pegi kerumah-rumah untuk menawarkan kad diskaun boleh digunakan untuk sebarang pasaraya besar. Diskaun ditawarkan dari 30% hingga setinggi 80%!. Untuk mendapatkannya, mangsa dikehendaki membuat sedikit bayaran antara RM300 dan RM500. Sekiranya mangsa bersetuju membuat bayaran penuh, sejumlah barangan akan diberi kononnya secara percuma ikhlas dari syarikat kami untuk pelanggan.(Padahal duit dibayar untuk kad sebenarnya adalah jumlah harga beberapa barangan syarikat). Resit jualan barang dikeluarkan dengan menulis butir-butir barangan dan meminta mangsa menandatangani sebagai bukti barangan itu telah diterima, tanpa menyedari mangsa telah menandatangani surat jual beli. Kad diskaun dijanjikan akan dihantar melalui pos (kononnya) dalam masa 2 minggu (walhal kad itu tidak wujud sama sekali).

2) Pelajar universiti@ kolej sedang mengadakan latihan; Agen akan datang kerumah dan memperkenalkan diri sebagai pelajar sedang mengadakan latihan perniagaan dengan kerjasama sesebuah syarikat. Kemudian agen akan menyuruh pelanggan untuk memilih kad (kononnya untuk tanda sokongan terhadap syarikat). Sebaik kad dipilih, akan tertera hadiah-hadiah percuma kononnya tanda terima kasih dari syarikat kepada pelanggan. Sejumlah bayaran dikenakan sebagai goverment tax @ bayaran untuk urusan perlepasan barang-barang dikenakan, sebenarnya juga harga bagi barangan jualan.

3) Peluang memenangi hadiah wang tunai antara RM20,000.00 dan RM50,000.00 @ kereta. Biasanya ini adalah untuk pelanggan-pelanggan lama masih tidak sedar mereka ditipu. Ia disasarkan kepada orang-orang kampung, orang-orang pencen kerajaan, pencen askar. Agen akan pergi kerumah disasarkan dan membuat kejutan kononnya no resit atau akaun mereka sebelum ini telah dipilih antara berpeluang besar untuk memenangi hadiah wang tunai melalui peraduan diadakan oleh syarikat. Pemenang akan dipilih melalui jumlah pembelian paling banyak. Disini agen akan mengenakan bayaran besar sehingga ada membuat bayaran sehingga RM10,000.00 semata-mata kerana telah dijanjikan pulangan lumayan, hadiah kereta atau wang puluhan ribu ringgit. Pelanggan tidak sedar itu hanyalah tipu helah dan hanya taktik agen untuk menjual barangan.

Mujurlah saya tidak terus dengan kerja ini, saya hanya sempat bersama mereka selama 3 minggu. Saya tidak tahan melihat bangsa kita menipu dan tertipu. Mereka menipu tidak mengira orang hinggakan pakcik hampir lumpuh pun sanggup ditipu.

Berita terbaru yang saya terima, syarikat terbabit telah ditutup atas arahan KPDNHEP dan seorang bekas rakan saya telah dibelasah dengan teruk kerana bekas pelanggannya sedar dia telah menipu.

Semoga pihak yang berwajib dapat memantau kegiatan mereka ini.’

8 ulasan:

  1. memang tak guna la si penipu tu...
    nape la sanggup buat camtu...
    aduhai....

    tq kepada si penulis @ bekas pemangsa kerana telah memberitahu serba sedikit trick2 diorg ni...
    klu dpt kat aku mmg dah kena dah...

    BalasPadam
  2. salam..

    abe MIE pernah jadi salesman dan pemangsa kepada jualan langsung tetapi bukan gores dan kalah. motifnya menipu. sekitar tahun 1998-99 masa tu tunggu result studi dari USM dan buka semesta baru.

    abe MIE pernah mengikuti beberapa awek muda dengan van pusing kawsan kampung di Kelantan (dan tahun 2000- di Kelana Jaya) untuk menjual kad dan memberi hadiah seperti tv, mesin basuh dan peti ais..

    pengalaman di kelantan-ada mak cik sanggup berhutang dengan jiran untuk kasi kami rm300 mendapatkan tv. ada ibu tunggal disuruh mengeluarkan wang di akaunnya untuk beli barangan mini komputer yang berharga rm 1,200...

    ada petani disuruh berhutang untuk membayar secara ansuran barangan itu...tetapi barangan itu diberikan beberapa minggu kemudian.

    abe MIE tidak pasti mereka kasi atau tidak (menipu) kerana pada masa itu, geng-geng abe MIE tidak sampai hati dengan karenah awek-awek (Budak lagi) bertindak sedemikian kepada orang tua.

    Abe MIE diajar untuk menghormat dan memuliakan orang tua bukan mendesak, memaksa dan mengambil sesuatu dengan paksaan.

    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Sdr. Mazidul, saya pun hampir-hampir kena. Satu dia datang rumah. 5 tahun dulu lagi. Sekali lagi dalam dua tahun lepas. Macam biasalah, tel kata nama kita terpilih. Tapi, bila saya kata, saya ada kawan dari HEP, nampak kendur terus dia. Terus tukar topik.

    BalasPadam
  4. Em..sakit hati betul kalau bab-bab menipu dan mengenakan orang ni,dulu di rumah saya kalau pagar tak bertutup,selamba je ada orang salesman ni masuk sampai ke pintu rumah ( saya rumah teres ),tak kelam kabut saya dan keluarga,terkejut laa...waktu tu kami sedang rehat menonton tv,dulu jarang tutup pagar,belum sempat cakap tak mahu,diorang dah keluarkan barang-barang dan terus pot pet pot pet....mujur waktu ayah saya ada,ayah saya tanpa tunggu lama-lama terus lakonan panggilan polis dan dia saja cakap kuat-kuat,katanya terdapat gangguan dari orang tak dikenali dirumah ini,konon-konon macam terancam la..pastu apa lagi..diorang terus angkat barang dan keluar dari rumah,bermula dari situ,saya cukup pantang kalau pagar tak bertutup dan berkunci,sekarang bila ada orang salesman datang,diorang akan panggil dulu,saya akan jenguk2 dari dalam,jika orang salesman,saya buat tak tahu je,saya pun pesan pada adik-adik agar jangan layan,buat tak tahu je,kadang-kadang tu teserempak gak time rehat kat beranda rumah,saya tanya kenapa,dia kata sekejap je,saya tanya balik ada apa,dia mulalah bukak-bukak beg dan fail,saya apa lagi,cakap tak nak dan terus masuk rumah tanpa menghiraukan mereka. syukur...cuma sekarang taktik mereka pelbagai-pelbagai,nenek saya pernah terkena banyak kali selama 1-2 bulan,bukan berjumpa,tapi nenek saya dapat surat yang mengatakan nenek saya dapat penginapan percuma di hotel-hotel terkemuka dengan syarat perlu datang ke pejabat untuk urusan pendaftaran,bila pergi tiba-tiba nenek saya dipaksa membeli barangan elektrik atau perkakasan rumah untuk mendapatkan tiket penginapan percuma yang ditawarkan,apa lagi...nenek saya selamba je meninggalkan mereka dan terus keluar dari pejabat tu dan pulang ke rumah. Masyaallah....macam-macam...

    BalasPadam
  5. Salam..
    Kes mcm ni masih lagi berlaku hingga sekarang.Saya mmg tak pernah kena bab Gores n Kalah atau teknik bancian ni.Mmg dah sound kat orang umah n anak-anak jangan layan.Diaorang pun dah faham.Org tua kat kampung dah saya maklumkan, kalau ada orang nak buat bancian atau apa pastikan dari mana.Lebih baik tak yah layan.Kalau agensi kerajaan pastinya Ketua Kampung akan maklumkan.Saya sentiasa standby view cam n kamera.Kalau dia orang tak puas hati bila diaorg ketuk2 pagar saya terus rakam n snap.Diaorg ni kalau ketuk pagi bukannya sekejap.Pastikan juga kita tau no telefon balai polis berdekatan.Kalau diaorg kurang ajar sangat telefon je Polis.Saya tinggal di Taman Perling...tq PDRM sbb dah buat Pondok Polis dan radio car pun selalu buat pemantauan.Diaorang bukan reti bahasa kalau kita cakap tak nak.Langsung jangan bagi masuk umah.SAY NO TO GORES N KALAH.walau apa pun kalau kita nak beli barang ke apa kitakan boleh pergi sendiri..takyah nak diaorg promosikan.

    BalasPadam
  6. kepada penulis terima kasih kerana membuat pendedahan.. saya menonton MHI yang bersama En.Nirwandy dan saya memang sokong kata-kata dia.. tamak punca yang pertama..dan lagi satu takut dan terpaksa..dan sangat setuju dengan talian hotline itu, tetapi kalau talian hotline tu dah wujud, harap diberi pendedahan dengan baik, seperti bagi tahu orang ramai macam mana nak guna hotline itu, kekadang ada jugak orang yang tak tahu bagaimana nak guna nombor hotline tu, nak cakap apa pulak? huhu..tergagap-gagap,dah la dalam suasana genting..kesian :(

    BalasPadam
  7. smekom abg mazidul..saye adelah salah seorg mangsa gores dan kalah..ini terjadi dlm tahun ni juga..pade satu ptg..saye dah isteri didatangi seorg lelaki cina..mula2 dia hanya nak kan bancian untuk membuka cawangan tesco kt tmpat saya..(Trolak..Perak)lepas tu kami pun benarkan dia masuki rumah..kami tak tau yg dia adalah ejen gores dan menang..dia telah memancing saye dgn soalan yg berkisarkan pasaraya tersebut..setelah siap menanya soalan tersebut..dia beri kami 2 keping tiket katanye ade ulang tahun syarikat nak buat promosi..kami pun buka lah kertas itu..yg saye tertera "terima kasih" dan yg isteri saye tertera gambar hadiah alat urut kaki dgn penapis air..lelaki tu melompat kegembiraan da mengatakan kami akan memenangi hadiah misteri sepeti kereta..motor..laptop dan macam2 lg..dipendekan cerita,saye dan isteri telah terpedaya dan tealah menggadai rantai emas milik issteri sy..keesokan hari say ke pjbt yg dijanji9kan,.,kemudian kami di beri borg dan kupon tersebut mereka ingin scan utk lihat hadiah..hadiah yg yg muncul hanye la Jade matress yg entah berape nilainye..abg mazidul..lokasi mereka di IPOH freshway worldwide name syarikat itu..pening..mudah terpedaya wang melesap.

    BalasPadam
  8. mcm mana nak contact abg mazidul ni ya? saya ada nak report satu kes ni tentang penipuan internet. dah try semd email to abg mazidul's email tp tk dpt plak..leh tlg advise. ni email saya : letto88@gmail.com. tq.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.