Jumaat, Jun 20, 2008

Putus

Jam 3 pagi saya dikejutkan dengan panggilan telefon.
"Ada accident di corner Kelana Jaya. 4 mati. Pemandu BMW, 3 lagi pekerja repair jalan," kata jurukamera.

Semasa saya tiba di lokasi, semua mayat telah dihantar ke hospital.

"Nah, shoot gambar dalam video ni," kata rakan jurukamera.

Saya kongsikan gambar ehsan rakan bersama anda. Bukan ingin mengejutkan sesiapa tetapi sekadar ingin mengingatkan, berhati-hati semasa memandu!

Gambar di sebelah kiri ini saya rakamkan sendiri.

"Masa kejadian tu saya ada dalam pos pengawal. Sedar-sedar dengar bunyi kuat. Satu daripada mangsa tercampak kat atas pagar. Tu abang tengok, ada daging atas simen. Rasanya lah," kata pengawal keselamatan beria-ia bercerita.

"First time ke kamu tengok accident kat sini?," soal saya.

"Kawasan ni memang biasa accident. Banyak makan nyawa dah jalan ni. Tapi ini kali pertama berlaku dekat sangat dengan saya," sambungnya lagi.

"Selalu kalau pemandu mabuk, mesti accident. Ada kata nampak macam orang melintas jalan. Tapi sebenarnya tak ada pun," lapornya kepada saya.

5 ulasan:

  1. AslmKm ,
    EEEEE....daging manusia betul ke?saya tak pernah lagilah tengok accident hingga melibatkan ada cebisan daging yang terpisah dari badan mangsa tapi kalau dari gambar-gambar,tv dan internet ada lah boleh katakan selalu jugak.Orang accident ni boleh katakan kerap berlaku hampir setiap hari ada accident...

    BalasPadam
  2. sungguh bersimpati dgn pekerja yg maut , memang ajal telah tiba dan mati dalam bertugas dan mencari rezeki , tidak seperti mat rempit yg mati sia - sia dan menyusahkan org lain.....

    BalasPadam
  3. salam bro..saya memang takut tengok gambar macam ni..tp sy beranikan jugak utk melihatnya..ngerinya...kasihan mereka........

    BalasPadam
  4. Dul

    Cina memang suka pandu kereta laju kat situ. Macam tak ngat orang. Sial la depa tu, bawa kereta tu macam niat nak bunuh Melayu je. Hang tengok la berapa ramai Melayu yang mati akibat Pemandu Cina mabuk macam yahudi.

    Kat jejantas depan Sri Pentas tu pun selalu gak eksiden, Cina selalu eksiden kat situ sebab tiada sikap tolak ansur, mengalah, sombong dan cuai.

    Dulu aku pernah buat system untuk PDRM dekat 3 tahun duduk di Traffik Jalan Bandar, system CARS. Kebanyakkan kemalangan maut di sebabkan pemandu Cina, yang mati, orang melayu.

    Kena ingat....

    Sekian

    Alid
    012 -685 4096

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.