Isnin, Oktober 28, 2013

ADAKAH (PEMBUNUH) ARDI HAMZA ITU ARDI ODE PUTRA KATELA?

Saya menerima informasi menarik dihantar oleh pembaca blog.


Nama lelaki di atas, Ardi Ode Putra Katela.


Manakala nama pembunuh pegawai operasi Ambank, Ardi Hamza, 37 tahun dan kad pengenalan lelaki berasal dari Sulawesi, Indonesia itu dipercayai palsu.

Adakah 2 gambar di atas lelaki sama?


Berikut status facebook lelaki di atas, pada 21 Oktober, 2 hari sebelum kejadian bunuh berlaku di Subang Jaya, Selangor.


Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kemaskini status terbaru. 

Melalui maklumat dikongsikan di dua laman sosialnya, dia berasal dari Wakante, Barangka, Sulawesi Tenggara, Indonesia.

Baca perbualannya bersama Aisah Ajha, di bawah.




Berikut data mengenai dirinya dipaparkan di facebook.



SPM English School?


Klik di sini dan di sini untuk melawati facebook lelaki terbabit.



Ahad, Oktober 27, 2013

APAKAH ANTARA SENJATA AMPUH MENDEPANI GANGGUAN JIN?

"Untuk mengelakkan rumah daripada diceroboh, pemilik antaranya membina pagar tinggi dan dilengkapi oleh CCTV. Bagi pegawai dan anggota keselamatan, untuk mengelakkan nyawa diancam dek penjenayah, mereka dibekalkan dengan senjata api sebagai kaedah mempertahankan diri. Apakah pula senjata paling ampuh untuk kita mengelak diri daripada diganggu oleh makhluk halus seperti jin?," itu soalan dikemukakan oleh penasihat kru Penyingkap Fakta, Ustaz Zaharuddin Zainal Al-hafiz.


Soalan itu telah lama bermain di fikiran dan berulangkali saya dengar. Barangkali ramai juga pembaca cuba mencari jawaban kepada soalan sama. Lazimnya, majoriti kita hanya terpinga-pinga, terkejut dan berasa ilmu di dada tidak mencukupi setiap kali berhadapan dengan kes gangguan jin.

Di sepanjang Forum Paranormal 2.0 dianjurkan oleh pelajar Teknologi Pengurusan Maklumat di kampus UiTM Puncak Perdana malam tadi, banyak soalan berhubung dunia paranormal dirungkaikan, klik di sini.

Untuk rekod, Ustaz Zaharuddin, graduan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir, kini bertugas sebagai guru dan imam masjid di Sungai Besi, Selangor. Beliau insan tidak pernah kedekutkan ilmu, bersifat mesra dan sentiasa merendah diri. Justeru, anak kelahiran Melaka itu telah dilantik sebagai penasihat kru Penyingkap Fakta, klik di sini.


Kru Penyingkap Fakta dipertemukan dengan Ustaz Zaharuddin pada Oktober 2011 di Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tatkala tinjauan dijalankan di lokasi terbabit, beliau berjaya merakamkan gambar pegun di atas. 

Klik di sini untuk membaca perincian fakta amat menarik.

Satu pengalaman unik buat semua.

Kepada kelompok masyarakat atau pemilik syarikat korporat berkeinginan mengetahui secara lebih terperinci mengenai dunia paranormal, sila hubungi kru kami, En. Shahrul Ashraf Salehuddin di talian 019 270 9061. 


Kami bersedia untuk memenuhi undangan menjadi panel forum paranormal untuk mengisi tabung Penyingkap Fakta dan pada masa sama menawarkan perkhidmatan merawat kes gangguan jin menggunakan kaedah rawatan Islam dibantu kepakaran Ustaz Zaharuddin, dengan izin Allah.

Kami juga mengalu-alukan sumbangan individu atau syarikat berminat untuk menaja aktiviti kami pada masa akan datang samada dalam bentuk barangan atau wang tunai.

Untuk mendapatkan Kasturi Syifa', minyak diaurakan dengan bacaan Al-Quran dan ayat Syifa', sila hubungi Puan Lin di talian 012 6277 300.

Jumaat, Oktober 25, 2013

DIPERCAYAI KIRA-KIRA RM430,000 WANG HASIL ROMPAKAN MASIH DI TANGAN PEMBUNUH


Terkini, Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, 3 ahli keluarga pembunuh pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, diberkas pada lewat hari Rabu lalu. Turut dirampas, wang tunai RM20,000 dipercayai sebahagian daripada hasil rompakan.

Betapa pantas dan cekap polis melaksanakan tugas mereka. Itu fakta tidak mampu disangkal.

Berapakah jumlah wang dirompak oleh suspek? Menurut maklumat disalurkan oleh pihak bank, kira-kira RM450,000. 

Dalam erti kata lain, setelah merompak dan menembak mati mangsa, pembunuh itu dipercayai sempat menyerahkan RM20,000 kepada keluarganya menetap di Klang,  Selangor. Saya percaya, setelah mereka disoal siasat, butiran diri lengkap pembunuh terbabit akan didedahkan kepada semua. Sejak 2 hari lalu, pastinya semua jalan keluar masuk ke negara kita samada pintu sah atau tidak, sedang dipantau secara rapi oleh pihak berkuasa.

Klik di sini untuk membaca laporan Harian Metro Online.

Berikut antara maklumat disalurkan kepada saya oleh seorang daripada pembaca blog ini.

'Bro Mazidul, saya penduduk Batu 2 Jln Apas, Tawau sejak tahun 1979. Hanya ada seorang penduduk bernama ARDI berasal dari kampung kami dan bekerja sebagai mekanik. Muka pembunuh itu kami tidak pernah lihat langsung'

Terima kasih.

TERUS SEBARKAN GAMBAR INI SEHINGGA PEMBUNUH DIBERKAS (MOHON SHARE DI LAMAN SOSIAL)


Pelbagai soalan timbul mengenai pembunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37 tahun. Untuk rekod, mangsa telah selamat dikebumikan pada kira-kira jam 7.30 malam semalam di Kampar, Perak.

1. Bagaimanakah suspek, warga Indonesia boleh tinggal di Malaysia menggunakan kad pengenalan palsu sekurang-kurangnya selama setahun?

2. Bagaimanakah dia berpeluang menjadi pengawal keselamatan dan lebih pelik diberikan hak untuk menggunakan senjata api?

3. Bagaimanakah TANPA memiliki lesen  senjata api, dia dibenar menggunakan pump gun?  

Setakat ini, suspek masih diburu oleh pihak polis.

Usah sesekali kita berasa jemu untuk menyebarkan gambar suspek sehingga dia diberkas. Dia boleh cuba bersembunyi tetapi akan tetapi terserempak dengan manusia. Manusia bakal bertindak membekalkan maklumat tepat kepada pihak polis dengan menghubungi hotline 03 2052 9999.

Mohon bantuan semua, sila SHARE entri ini.

Jangan biarkan penjenayah itu berpeluang menarik nafas lega biar sesaat sekalipun apatah lagi berjaya memboloskan dirinya ke negara asal.

Klik di sini.

KONGSIKAN LOKASI PENGAWAL KESELAMATAN HARAM BERTUGAS DI MALAYSIA

Semalam, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, KDN membatalkan lesen syarikat PEMBEKAL pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank di Subang Jaya, Selangor.

Syarikat itu dikenali ramai, cuma KDN tidak mengumumkan nama syarikat dimaksudkan. Namun saya percaya orang awam dan kakitangan bank mengetahui perincian syarikat terbabit.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api," ujar Timbalan Ketua Setiausaha Kanan KDN, Datuk Alwi Ibrahim.

Dalam keadaan terdesak, syarikat sama kemudian mengemukakan permohonan untuk melakukan tapisan keselamatan bagi suspek, sehari selepas kejadian pembunuhan berlaku.

Pelik sungguh.

Saya berharap KDN secara telus akan mendedahkan kepada umum nama syarikat pembekal pengawal keselamatan kini menjadi suspek membunuh  itu kepada umum. Apakah mahu disembunyikan? Fakta itu pentng untuk diketahui oleh semua rakyat Malaysia kerana kehidupan kami dikelilingi oleh pengawal keselamatan.

Sila baca laporan ringkas Sinar Harian, klik di sini.


Melalui maklumat saya perolehi daripada KDN, hanya warganegara Malaysia dan rakyat Nepal lengkap memiliki permit kerja SAHAJA dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. 

Maksudnya, jika di kawasan perumahan atau di sekitar tempat kerja, pembaca mengetahui pengawal keselamatan bekerja tidak memenuhi syarat itu, ertinya mereka semua bertugas secara haram. Saya tahu, pasti ramai antara kita berpengalaman terserempak atau setiap hari melihat pengawal keselamatan warga Bangladesh, Pakistan, India atau Indonesia namun selama ini hati tidak terbuka untuk mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa. Mereka itu bekerja secara tidak sah sekaligus menyalahgunakan permit kerja serta melarikan diri daripada majikan asal. Begitulah kelazimannnya selama ini.

Bayangkan, selama ini mereka kononnya berkuasa di pintu masuk utama itu sebenarnya tidak layak berada di situ. Tanpa mengetahui undang-undang, mereka selamba meminta kita meninggalkan kad pengenalan atau lesen memandu di pos pengawal. Pos pengawal dihuni dek pengawal keselamatan haram. Orang ramai tidak mengetahui fakta, menuruti arahan itu tanpa persoalan lalu meninggalkan dokumen pengenalan diri mereka. Pengawal keselamatan sah sekalipun hanya dibenarkan mencatatkan butiram diri kita, bukan menyimpan kad pengenalan. Tidak seperti hak diperuntukkan kepada pihak berkuasa seperti polis, penguatkuasa Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara. 

Mari bersama kita dedahkan kepada KDN, lokasi pengawal keselamatan haram bertugas. Kongsikan di ruang komen entri ini. Catatkan butiran tepat agar memudahkan tugas penguatkuasa KDN melakukan Ops Cantas Pengawal Keselamatan Haram.

Khamis, Oktober 24, 2013

GAMBAR MANGSA AMUKAN PENGIKUT AJARAN SESAT

Nampaknya dalam tempoh 3 hari berlaku 3 kes bunuh di lokasi berasingan di Lembah Klang.

Pagi tadi, lelaki berusia 26 tahun dipercayai pengikut ajaran sesat atau mengalami tekanan jiwa, menikam 4 orang awam di Stesyen Putra LRT Taman Gombak dan Taman Melati menggunakan pisau Rambo. Berikutan itu,  2 mangsa maut dan 2 lagi dilaporkan cedera parah.

Berikut antara gambar mangsa dihantar kepada saya.


Suspek berjaya diberkas oleh orang ramai dan diserahkan kepada polis. Klik di sini untuk membaca laporan akhbar Utusan Online.


IDENTITI PEMBUNUH PEGAWAI BANK DIDEDAHKAN


Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, polis telah mengesan rumah suspek dan berhubung dengan isteri serta adiknya.

Adik suspek berkata, pembunuh itu berasal dari Sulawesi, Indonesia dan menggunakan kad pengenalan palsu. Mudahnya syarikat membekalkan pengawal keselamatan kepada bank terbabit dikelirukan selama kira-kira setahun. Bagaimanakah dia boleh diberikan hak untuk menggunakan senjata? Walhal syarikat menggajikan suspek, syarikat terkenal.

Suspek kini masih diburu.

Saya telah menjangkakan fakta itu dari awal, klik di sini.

Untuk pengetahuan semua, hanya warganegara Malaysia dan Nepal dengan permit lengkap dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Warga INDONESIA berstatus penduduk tetap TIDAK LAYAK bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara kita.

Noktah.