
“Ini ke?,” sambil Sharmin Zulkiflee, 33 tahun menghulurkan pen Mont Blanc berwarna hitam kepada saya pada jam 8.15 pagi, 16 Jun.
Sharmin, jurusolek anak kelahiran Pantai Dalam, Kuala Lumpur bertugas di TV3 sejak 3 tahun lalu. Sebelum ini pernah berkhidmat dengan ME Communication, anak syarikat Skop Production.
“Alhamdulillah,” bisik hati saya sambil menyambut pen dihulurkan.
Dalam perjalanan ke kafetaria saya meminta izin merakamkan gambar Sharmin bersama jurusolek, Joanne Lee.
"Tak mau la. I tak make up lagi. Muka baru bangun tidur," kata Joanne.

"Muka tak penting sangat la Joanne, hati jujur cukup," balas saya spontan.
Selepas minum pagi di kafetaria, Sharmin menyolekkan pengacara WHI, Ruhil Shafinaz Hussin, 36 tahun.

“999?,” tanya saya.
“Eh! Bukan, 360!,” bingkas dia menjawab.
“Ha! Ha! Kantoi! Entah tengok, entah tidak,” saya mengusik dia.
Wardina, ibu 2 anak perempuan sedang menanti kelahiran anak ke tiga. Biarpun perut memboyot, dia tetap kelihatan ceria.
“Nampak penat?,” Wardina menyapa Shafinaz.
“Tu lah rasa penat sangat ni,” balas isteri pelakon, Gibran Agi itu.
“Mengandung ke?,” soal saya seperti ibu tua.
“Begitulah rasanya,” respon Shafinaz sambil duduk di kerusi.
Shafinaz, ibu anak perempuan, 6 tahun, Ruhil Batrisya pagi itu kelihatan manis biarpun sebelum disolek.
“Rasanya anak ke tiga ni, lelaki ke perempuan?,” tanya Shafinaz kepada Wardina.
“Perempuan rasanya. I kan like girls,” balas Wardina diikuti tawa.
"Aby senang, anak dah besar, 17 tahun kan?," soal saya untuk kepastian.
Pengacara MHI, Habsah Omar atau dikenali sebagai 'Aby Fana' mengangguk sebelum keluar dari bilik.

Sewaktu makan pagi bersama Sharmin saya tanyakan soalan dianggap cukup penting.
“Pernah tak jumpa orang tak jujur dalam hidup ni?”
“Pernah. Ada kawan, bila tengah tak ada kerja, tinggal dengan saya. Saya bantu support dia. Bukan nak mengungkit la bang. Lepas dapat kerja, cari kawan lain. Kemudian siap buruk-burukkan saya lagi. Memang tak jujur,” keluhnya.

Sewaktu makan pagi bersama Sharmin saya tanyakan soalan dianggap cukup penting.
“Pernah tak jumpa orang tak jujur dalam hidup ni?”
“Pernah. Ada kawan, bila tengah tak ada kerja, tinggal dengan saya. Saya bantu support dia. Bukan nak mengungkit la bang. Lepas dapat kerja, cari kawan lain. Kemudian siap buruk-burukkan saya lagi. Memang tak jujur,” keluhnya.
“Pen saya tadi tu, saya beli RM1200. Naib baik tak ada orang ‘terambil’. Ada lagi manusia jujur,” kata saya.

Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.