Selasa, Jun 17, 2008

Raja Dizalimi

Gambar burung helang ini saya rakamkan di Taman Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Dia hanya mampu berdiri, tidak terbang. Masih kelihatan garang biarpun nyawa bagai telur di hujung tanduk.

Kesan darah jelas kelihatan di bawah sayapnya. Barangkali cedera semasa jatuh menjunam ke bumi.

Kata pepatah Melayu, patah sayap bertongkat paruh. Tetapi helang ini tidak mampu menongkat paruh. Lehernya digalas kayu, kayu dipijak.

Mereka bystanders, sekadar melihat kezaliman berlaku.

Ingin dilarang, kayu dipijak lelaki sudah berusia. Unggas dianggap ‘raja’ di angkasa diikat kakinya menggunakan dawai.

“Call Zoo Negara la,” cadang anak muda datang melihat lebih dekat.

Namun tiada bersuara.

Jika di negara maju pasti burung itu sudah diberikan rawatan veterina. Tidak di sini.

Akhirnya helang dengan nyawa-nyawa ikan itu dibawa entah kemana.

4 ulasan:

  1. Salam abang Mazidul

    Saya selalu nampak bangkai kucing bergelimpangan di tepi jalan, samada dilanggar kereta atau tidak saya tidak pasti, mungkin kita tidak pedulikan nyawa binatang sebab ia binatang, sedangkan ia pun makhluk Tuhan seperti kita juga.

    BalasPadam
  2. Salam Bro Mazidul,

    Saya sensitif betul tengok burung helang ni dizalimi manusia. Kejam betul.... Patutnya diberi rawatan atau ditempatkan di tempat yang lebih selamat. Namun, dibawa entah ke mana itu saya fikir kerana ada kepentingan peribadi. Yalah, manusia bila ada kepentingan peribadi bukan setakat manusia saja dizalimi, manusia lain pun dizalimi juga. Contohnya banyak dalam rancangan-rancangan abang Mazidul itu....

    BalasPadam
  3. Encik Mazidul Akmal Sidek

    Saya lihat memang ramai orang orang Malaysia yang kurang tahap kesedaran kepada haiwan sebegini. Bukan setakat nak tolong, di biarkan sahaja, malah ada tu, mereka terus buat sup makan harimau, makan beruang, makan tenggiling, makan segala galanya. habis semua dia nak makan. Memang perangai JIN mata Sepet depa ni.

    Sekian

    Alid
    012-85 4096

    BalasPadam
  4. utk kes yg melibatkan wildlife spt ini, sy cdg kan rujuk kpd jab PERHILITAN. maklumat tentang haiwan liar yg dijadikan mknan eksotik juga boleh di adukan kpd jab tersebut.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.