Khamis, Jun 05, 2008

Seluar Besar

“Hai Mazidul!,” tegur wanita bertubuh kecil molek manis bertudung dari luar kedai pakaian Big Guyz Shop di tingkat 1, Plaza Ampang City.

“Hai,” saya membalas sambil mengangkat tangan melambai.

Wanita sudah melintasi pintu kedai itu kemudian berpatah balik. Saya perhatikan wajahnya sekali lagi secara teliti.

“Datin Suliza Salam,” detak hati.

You memang dari dulu manis. Buat apa kat sini?,” memuji sambil bertanya.

“Pejabat kedua I kat sini. Buat trading

Prisma Desiran Sdn. Bhd, beliau Pengarah Urusannya.

“Buat apa kat sini, serbu siapa?,” tanya beliau pula.

“Tak ada serbu siapapun, beli baju saiz besar Datin”

“Tak buat cerita hantu?,” soal Datin.

“Di kampung saya, Kampung Parit Betak, Benut, Pontian, Johor dekat jalan besar dari Pontian ke Rengit tu ada satu rumah quarters. Ramai orang tinggal kat situ, semua tak tahan,” cerita Datin berusia 43 tahun itu.

“Kenapa?,” sekadar ingin tahu.

“Bila masak kat rumah tu, makanan hilang. Bila tidur, bangun dah kat atas bumbung,” sambung beliau.

“Dahsyat tu,” respon saya.

Saya dijemput rakan, Zafar Ali, 29 tahun ke kedai terbabit.

“Datang lah bang, macam-macam baju ada, imported dan dilesenkan dari Kemboja dan Vietnam,” kata Zafar ketika menghubungi saya melalui telefon.

Benar kata Zafar, bukan sahaja baju malah pelbagai jenis pakaian lain dijual dikedai beroperasi sejak 5 bulan lalu itu. Plaza itu terletak di belakang Bangunan Felda.

“Ini seluar Levi’s saiz 54, saiz kecil pun ada, mula 32 inci. Untuk perempuan saiz 28 ada,” ujar Syamsulrizal Ismail, pekerja berasal dari Machang, Kelantan sambil mengenakan seluar berharga RM199.90 itu.

Ketawa beberapa pelanggan melihat gelagat Syamsul.

“Apa jeans paling top?,” soal saya.

“Levis’s Carpenter, blue black,” balas Syamsul.

“Ni kasut Clark original. Nak tahu ori ke tidak kita patahkan macam ni. Kalau tak rosak ori,” jelas Zabar.
Sepupu Syamsul, Mohd Ariffuddin Mohd Rozali, 21 tahun kemudian bersuara.

“Bang, ini seluar Levi’s 569. Tak ada lagi di Malaysia ni, baru launched februari lepas, harga RM170. Seluar Dockers pun ada, harga ok. Antara RM120 dan RM180. Saiz 32 sampai 54,” memang dia memiliki bakat berniaga.

“Kepada pembaca blog Mazidul, datang kedai atau call saya 019 2528056 dan 018 2271638. Kita bagi diskaun 10 persen. Tapi biasa lah kena cakap dah baca blog Mazidul,” janji Zafar.

“Terima kasih,” balas saya.

Selamat membeli-belah!

8 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Encik Mazudul,

    Saya yang ingin mengucapkan tahniah kerana saudara telah punyai blod sendiri. Maafkan saya kerana mahu perkatakan sooal yang belum terfikir oleh orang lain dala soal kenaikan harga minyak.
    KERAJAAN MENGGUNAKAN CARA YANG SALAH UNTUK MENENTUKAN STATUS ORANG BERADA DAN TIDAK BERADA BILA CC KERETA DIJADIKAN UKURAN. Ini kerana orang berada yang beli kereta MINI COOPER berharga RM200,000.00 digolongkan dalam katagori orang kurang berada kerana CC keretanya cuma 1500 cc. Manakala seorang pesara yang menggunakan Mercedez S280 yang lama berharga RM12,000.00 pula dianggap berstatus kaya. Sepatutnya harga kereta ketika dibeli itu dijadikan ukuran. Ini baru betu.!

    Sila baca selanjutnya di sini:
    http://cgpencen.blogspot.com/search?updated-min=2007-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&updated-max=2008-01-01T00%3A00%3A00-08%3A00&max-results=1

    BalasPadam
  3. saya cadang mazidul buat survey tentang tabiat rakyat malaysia yang tentang self service. ini dapat kurangkan kos.

    BalasPadam
  4. Ha..ha..ha... aku suka gambar si ketot pakai seluaq besaq.. payah nak cari kedai cam ni.

    BalasPadam
  5. Hj Wan, pandangan cukup bernas.

    Mansungkei, tu la saya sekarang pakai saiz 40, ni saiz 54 pun ada. Ok gak pergi kedai tu especially orang big size

    BalasPadam
  6. Salam En Mazidul,

    Saya pakai saiz 54 dan saya akui xbanyak kedai yang menjual pakaian & kasut untuk orang besar..syabas Big Guyz Shop, Insyallah saya akan melawat kedai anda,tapi lepas gaji la..

    Thanks Mazidul. :)

    BalasPadam
  7. saya pun ada jual jeans saiz besar. tapi 40-42" sahaja.

    http://jeans-my.blogspot.com

    harap membantu yg nak cari jeans utk saiz yg mcm ni..

    if nak tolong belikan saiz anda pun boleh. saya caj on top of harga barang (beli sendiri, directkan ke virtual address saya di US).. dan saya post kan ke malaysia (kos lagi murah guna saya sebab saya premium member).. jimat tak banyak mungkin dalam RM10-20.. jadi lah.

    BalasPadam
  8. ASSALAM, ADA JUAL TRECKSUIT BESAR TAK, SAIZ 6XL UNTUK SUAMI SAYA, TERIMA KASIH

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.