Ahad, Februari 15, 2009

Berani Tidak Bertempat

Semalam kawasan berhampiran Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dibanjiri masyarakat pelbilang kaum. Majoriti remaja, Melayu, ahli kumpulan tarian shuffle, tetronic dan hip hop.

“Jangan ambik gambar saya!,” remaja mulut berbau arak memberi amaran.

Dia berjalan terhoyong-hayang.

“Tak ambil gambar awak pun,” jelas saya.

Tidak berpuas hati, dia mendekati saya sekaligus menghamburkan kata kesat lahir dari pemikiran tidak stabil.

“Saya ni penakut, dah tua pulak tu, janganlah marah, cemas saya ni. Tapi awak jangan cabar saya, takut kalau saya jadi berani, nanti susah awak,” saya mengusiknya.

Sebelum beredar, dia sempat membaling aiskrim Conneto ke arah saya tetapi tersasar.

Hairan, usia setahun jagung, ingin menjolok sarang tebuan. Berani kerana dipengaruhi alkohol. Berkeinginan menjadi hero tetapi tersalah tempat. Itulah antara kerenah remaja kita.

Tidak salah menunjukkan kemahiran menari tetapi lakukan secara profesional, bukan terkinja-kinja di khalayak ramai menjadi tontonan masyarakat tempatan dan luar negara. Jelak melihat remaja Melayu seawal usia 15 tahun berpelukan dengan teman wanita tanpa segan silu. Difahamkan, sebilangan remaja berkumpul di kawasan sama, ketagihan arak murah.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur harus bertindak tegas memastikan kegiatan ratusan remaja terbabit tidak mencemarkan imej bandaraya.

20 ulasan:

  1. dah lama sbnr nye pihak berkuasa kena amik tindakan...

    BalasPadam
  2. salam bro..
    aduhh..teruk btul anak muda skrg ni..mane mak bapak dorang??
    ini la die klu da setan menguasai minda,pegangan agama diabaikan..
    hope dorang berubah satu hari nanti..InsyaAllah..

    p/s: Alhamdulillah saya dilahirkan kt kampong..walupon rumah saya buruk tapi ilmu dunia akhirat diterapkan oleh parent saya..

    BalasPadam
  3. TAH LA BRO, AKU PUN TAK TAU APA NAK JADI DENGAN REMAJA KITA SEKARANG NI, PEMIMPIN POLITIK KITA SIBUK DENAGN POLITIK SAMPAI TAK NAMPAK DAH BENDA LAIN LAGI.....NASIB BAIK LA ADA TV3 NI HA...

    TERUSKAN PERJUANGAN SAUDARA TU

    BalasPadam
  4. apa la yg mak ayah bebudak ni buat kat rumah? takkanlah kerja 24 jam sehari... sibuk 25 jam sehari... (mesin pun boleh jammed...)

    BalasPadam
  5. Takutnya... kenapa anak bangsa seugama kita jadi begitu? kurang didikan agama? mak+ayah tak pantau? cikgu tak ajar? pihak berkuasa buat tak tahu je?

    Ishh, nauzubillah....

    BalasPadam
  6. en.mazidul saya pernah tego sepasang remaja bermotorsikal berenti kat trafic lite..kebetulan dia berenti disebelah tingkap kereta saya.

    sakit mata sbb remaja pompuan yg membonceng nmpk sepentot & alur bontot dia..iskhhh :(

    saya tego begini ' ehhh kalo nak tunjuk sepentot beli laa sepentot yg mahal siket yer'

    malu kot pastu dia tarik2 baju dia nak tutup..alahai baju sekangkang kera nak tarik apa :p

    ape nak jadi dgn anak remaja skrg *geleng kepala.

    BalasPadam
  7. budak2 macam nih PERKID saja yang ada kebolehan untuk beri nasihat....kumpul mereka ramai2, bawak ke masjid berdekatan, beri tarbiah....apa-apa pun, semuanya bermula dari rumah...cuba selidiki siapa ibubapa mereka - 90% jawapan mereka adalah mereka sendiri tak kenal ibu bapa mereka....pergi kerja awal pagi, balik pula lewat malam...

    BalasPadam
  8. Siapa yang harus dipersalahkan ?
    Melentur buluh biar dari rebungnya. Buah yang baik adalah dari baja dan tanah yang baik. Tapi tanam sahaja tanpa disiram dengan air hari hari pun mati jugak.Kalau boleh biarlah air yang bermineral tinggi.Orang yang tanam tu pastikan pulak tiada ulat perosak yang boleh merosakkan buah tu.Tapi yang paling penting orang yang buat kerja tu biarlah ikhlas.

    Sekian,
    RieTPG aka ........

    BalasPadam
  9. Acu, saya bercakap dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, menurut beliau tindakan harus diambil pihak polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

    Parpu, kisah remaja terbabit antara bahan paparan 360, 18 Feb 2009.

    Echah, saya suka tengok free show :)

    BalasPadam
  10. Ironinya, hanya satu bangsa je yang berbudaya demikian. Pelik kan!

    BalasPadam
  11. en mazidul..saya pun suke tgk pree show gak ekeke :p

    BalasPadam
  12. Dilema Melayu

    Kenapa Orang Melayu suka bergelandangan di jalanan?

    "Pada Tahun 1962, Semasa di Orchard Road, Singapura, saya tertumpu perhatian kepada sekumpulan Orang Melayu yang sedang berkumpul, menyanyi dan menjerit jerit serta bergelak ketawa sambil meminum air mabuk yang di katakan memberi tenaga kepada peminumnya.

    Tak lama kemudian, Mata-Mata dari rumah Pasung datang dengan motokar dan menyuruh mereka itu bersurai dengan memberi amaran mereka akan di pasung di rumah pasung jika berbuat demikian.

    Orang - orang Melayu ini kebanyakkannya adalah mereka yang datang dari Semenanjung Tanah Melayu untuk bekerja di pelabuhan - pelabuhan atau di kilang kilang di Singapura. Mereka hanya mampu berhibur di jalanan sedangkan bangsa lain seperti dari China berhibur di Kaberet atau Kelab Malam, manakala masyarakat bangsa lain kurang kelihatan kerena terlalu sedikit bilangannya, serta mereka ini adalah tulus dalam mencari rezki di sini"

    Moralnya ialah:

    Orang Melayu dari dulu lagi dah macam ni, mungkin yang di Singapura tu Datuk datuk atau Moyang - Moyang kepada mereka yang melepak di Bukit Bintang.

    Apapun, minta tolong pihak Polis supaya halau mereka semua dari melepak, memalukan MELAYU!

    BalasPadam
  13. HEH, benar, satu bangsa SAHAJA.

    Nik, pergi dengan krew.

    Alid, best.

    BalasPadam
  14. hairan..time kita prgi dulu..tak der pulak yang berkelakuan sedemikian...sama ada mereka rasa tertekan sebab nampak ramai krew atau sebab minum terlebih...

    BalasPadam
  15. Kisah Melayu di Singapura tu bukan pengalaman saya, tapi petikan dari sebuah buku Melayu Lama oleh seorang wartawan Melayu yang berperjabat di Singapura.

    Saya cuma memaparkan untuk renungan generasi sekarang, saya pun lahir zaman Auntie Uji Rashid dan Uncle Hail Amir sedang TOP
    he he he he he

    BalasPadam
  16. Dlm mabuk tu .. tau lak 'takut' kena amik gambar! Lawak tul le ..

    Tpi paling lawak .. siap baling aiskrim Cornetto tu!

    BalasPadam
  17. Tarian shuffle sebenarnya baik tuk kesihatan kalau kene pada gaya dia...Tp ank melayu kita nie lain.Teguk arak,dan mencemarkan pemandagan Bukit bintang..

    BalasPadam
  18. salam.. nampaknya memang anak muda skarang kekurangan didikan agama dan jati diri yang kuat.. sudah terang lagi bersuluh diceritakan didalam al-quran yang arak itu adalah raja kepada kejahatan dan kejahilan..
    tapi mungkin kerana al-quran itu tidak bersuara maka anak muda tidak perasan atau tidak merasa yang arak itu adalah raja kepada kejahatan. tp agak hairan juga ye selama 12 tahun bersekolah dari tadika sehingga tingkatan 5, xkan 1 kali pun tidak diberitahu oleh guru, ustazah mahupun ustaz yang arak itu adalah raja kepada kejahatan.hairan jugakan..??
    disini pun terbukti lagi yang anak2 muda ini tidak memberi tumpuan ketika belajar.. namun perkara tu pun da lepas.. skarang kita harus memikirkan cara terbaik untuk memberitahu kepada anak muda ini yang arak itu adalah raja kejahatan.. bagi sy xsalah klu kita menerbitkan 1 artikel yang mane menceritakan berkenaan arak dan bahaya akibat pengambilan arak.. dan cerita-cerita berkenaan arak dari ayat al-quran dan cerita dari hadist nabi.. seterusnya di edarkan ditempat2 tumpuan muda-mudi kita. walaupun usaha ini nampak agak kecil, tetapi matlamatnya besar.. jangan kita berfikir berkenaan hasilnya jika tidak mulakan dengan usaha. ingatlah Allah tidak memandang kepada berapa besar berjayanya sesuatu perkara yang dilakukan, tetapi memandang atas segala usaha yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu matlamat tersebut.. assalammualaikum..

    BalasPadam
  19. tgk budak2 shuffle kat bb, muda2 dah mcm tu..
    hmm..dah besar nanti mcm mana agaknye?

    ke mana agaknya haluan bangsa kita?
    apakah kita akan terus terbuai dgn penjajahan minda?

    ibu bapa zaman sekarang pun lagi suka anak jadi artis...

    kita tak mahu jadi sebuah negara yang gah dgn pembangunan, sedangkan anak bangsanya bagai kurap di jalanan..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.