Khamis, April 09, 2009

Bola Atau Bala?

Penyokong pasukan bola sepak di negara kita kini ‘setaraf’ penyokong luar negara. Mereka berani membakar kereta polis, mencederakan dua anggota pasukan keselamatan terbabit dan orang awam.

10.30 malam, 31 Mac lalu, pasukan Kelantan tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan dalam pertandingan Liga Super. Tidak berpuas hati, penyokong negeri Cik Siti Wan Kembang itu merusuh di luar Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu. Tiga ditahan polis, guru dan dua pelajar.

Polis terpaksa melepaskan 20 das gas pemedih mata bertujuan menyuraikan penyokong merusuh.

22 pemain terpilih mewakili negeri berebut sebiji bola di padang akhirnya mengakibatkan rusuhan membawa kemusnahan. Sedangkan sukan dikata pemangkin mengeratkan perhubungan sesama manusia.

Hairan.

25 ulasan:

  1. salam abg mazidul, pertama kali saya malu tengok gelagat sebegitu coz' saya pon ORG KELANTAN. memang teruk perangai org sebegini, tidak mahu menerima erti kekalahan yg mmg adat dalam perlawanan & permainan.


    tapi tidak semua yg berkelakuan BURUK, ada ramai lagi yg BAIK.

    kepada org2 kelantan yg merusuh... "kawe malu kelih demo buak lagu ni...!!! muko tebba patbelah eci..."

    BalasPadam
  2. guru pulak tu ditahap,
    mane pergi sifat disiplin?
    kalau dah kalah, kalah je lah,
    dah adat, ada yang manang dan kalah..

    huh!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. hebat sgt ke mutu bolasepak malaysia ni..smpai org merusuh, kalau kat eropah, amerika selatan tu, biasa je kes2 begini.

    FAM kena kaji balik kedudukan Kelantan dalam liga..

    BalasPadam
  4. Baru tadi gua berborak dengan bebudak opis pasal benda ni..

    Penyokong kita ni tergolong dalam 'small role' tapi berlagak nak jadi macam mafia Itali..!! Bakar kereta polis, pukul anggota polis.. Itu semua nak menunjukkan yang mereka boleh.. Kata Malaysia Boleh.. Serba-serbi boleh laa tu ye tak?..

    Negara kekurangan peserta tinju, silat olahraga dan seni beladiri.. Pegi laa join kalo nak bertumbuk sekalipun.. Setakat bakar harta-benda pihak berkuasa tak menampakkan yang kita boleh sebaliknya menampakkan yang kita ni bangang di mata masyarakat luar..!! Agaknya kalo berita ni masuk CNN yang dimiliki Israel dah tentu macam-macam difitnahnya..

    Bodo macam kelapa parut.. Emosi laa pulak gua ni..!!

    BalasPadam
  5. Saya pn rasa malu dengan sikap diorang..Tambah memalukan lagi bila kesnya
    seperti org putih..Kesian kereta yg kene pecah dan kesian jugak tengok anggota2 terpaksa berkerja keras menyelamatkan keadaan..Keganasan bukan jalan penyelesaian.

    BalasPadam
  6. bukan kali pertama diaorg nie mengamuk mcm nie...sebelum nie pun dah penah mengamuk...

    BalasPadam
  7. Mereka mencatat sejearah negara, nampaknya begitulah.

    BalasPadam
  8. sifat2 kenegerian tu tetap ada ..
    orang panas baran ni tak boleh dibawak berunding ..

    BalasPadam
  9. Patutnya perusuh2 nih disumbat sekali dalam satu kandang bersama wrestler WWE macam Undertaker, Kane, John Cena ker, baru diorang tau langit ti tinggi ke rendah.

    BalasPadam
  10. guru antara yg ditangkap? bior bebeno....

    BalasPadam
  11. memang terkejut masa dengar news tu..keterlaluan!

    BalasPadam
  12. hanpa pikiaq la sebelum bertindak...apa nak jadi hangpa ni...

    macamana nak ajaq anak2 kita elok kalau kita pun tak betoi...

    BalasPadam
  13. Petanda Bala akan datang bertimpa-timpa gamaknya tu. Hehehehe...

    BalasPadam
  14. Apa lah ada pada bolasepak Kelantan, Malaysia pun duduk di ranking melebihi 150 (klu tak silap saya). Perusuh bukan bergaduh dengan penyokong lawan, bukan juga dengan pengadil, juga bukan pemain pasukan sendiri atau pemain lawan. Tapi dengan siapa?

    Saya percaya kekalahan hanyalah dijadikan sebab untuk merusuh. Sedia maklum senario politik masa kini. Mereka ini mempunyai sentimen benci kepada pasukan keselamatan, dan peluang yang ada tidak dilepaskan.

    Kalau guru dah kencing berdiri, pasti anak murid kencing berlari. Perpatah lama memang telah terbukti kebenarannya.

    BalasPadam
  15. Bro Maz

    Ini lah pengaruh dari London dan negara Eropah lain.

    Kat USA tak de orang merusuh sampai macam ni.

    Memalukan Negara Serambi Mekah je.

    Padan muka depa tak dapat tengok bola.

    Lepas ni tiap tiap malam minggu depa kena tengok muka Tok Guru gamaknya kat Stadium tu.

    Perangai masing masing macam Beruk.

    Suruh kunyah sireh banyak banak baru tauuuuu

    he he he he he

    BalasPadam
  16. seasonal muslim..


    Muslim bermusim..Yang menjadi muslim ketika solat Jumaat di masjid..tp bertukar rupa ketika menonton perlawanan bola sepak..

    BalasPadam
  17. Salam bro mazidul..sebagai orang kelantan saya amat malu kerana betapa ganasnya penyokong kelantan..sayapun terkejut tengok buletin..seperti kerasukan hingga membakar kereta. Hanya bola sebiji hilang maruah diri...sedarlah adat bertanding kalah memang itu lumrah..yang meroyan sangat tu kenapa? amat memalukan...

    BalasPadam
  18. Zairi, sekiranya awak membaca komen ini, I just want to let you know that I can't publish your comment. It has a 4-letter words. Try again. Saya percaya komen boleh dilontarkan secara profesional seperti dilakukan pelayar lain dalam blog ini.

    BalasPadam
  19. ya saya faham.tapi yang saya sakit hati sangat,presiden kelantan sana bleh nak merayu lagi untuk di pendek kan hukuman.x malu ke dia tu?dia x tau ke,itu untuk pengajaran untuk dia lebih bertanggung jawab lepas ni.budak yg buta sebelah mata tu dia nak bertanggung jawab ke?dia nak ke lepas ni ada orang mati pulak pasal bola sepak malaysia yang kuno ni baru stop nak merayu?cuba pikir la masa depan budak tu dan keselamatan penonton.jangan nak pikir untug duit poket sendiri+gaji pemain+monthly kereta mewah je...tu sebab la saya letak 4 huruf yang dah di black list kan tu.tq en.mazidul.

    pasal halim napi tu.dah tau dia tu banas baran+banyak main kotor+banyak kontroversi,yang di bawak masuk balik orang macam tu apsal?kok boleh dibawak sampai ke main antarabangsa berbaloi jugak.tu pun boleh merayu dipendek kan hukuman.sampai bila orang macam tu nak insaf?mind set dia kata,"apadahal?aku tumbuk mamat tu kang aku dapat jugak main bulan depan.pasal ada orang back-up aku".

    pikir sendiri laaa...dah baca blog saya?sila baca tang tajuk je.heheheh...Assalamualaikum...

    BalasPadam
  20. Jaki jipang,
    Saya setuu dengan pendapat saudara. Memang betul..ini bukan bola, ini bawa bala !!!

    BalasPadam
  21. Teringat dailog yg katakan oleh sebuah filem Bujang Lapok --
    "pasal sambal belachan pun sampai nak membunuh ". geli hatiku

    BalasPadam
  22. sebenarnya kejadian bakar kenderaan polis itu tiada kaitan dengan kekalahan di padang. Isu Halim Napi menendang Aidil dan kekalahan bukan faktor kejadian tersebut.

    Isunya adalah antara beberapa penyokong dengan pihak penguatkuasa. Walau bagaimanapun tidaklah patut sampai mengambil tindakan membakar kenderaan. Adalah tidak adil untuk salahkan sesiapa sebelulm hasil siasatan selesai dijalankan. Saya tidak bermaksud berpihak kepada sesiapa, tetapi menjatuhkan hukuman sebelum siasatan selesai adalah tidak patut.

    p/s : zairi, budak yang buta itu adalah kerana terkena pemedih mata FRU.

    BalasPadam
  23. memang ganas..zaman sekarang?..apa nak pelik..dulu mat rempit tau merempit je...sekarang?..bunuh..rogol..ragut..
    dah perangai orang zaman sekarang..
    salah memang tetap salah..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.