Isnin, April 13, 2009

Jagoan Ranjang

Semasa menjalankan tinjauan di Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur saya melihat ramai peniaga jalanan menjual pelbagai bahan dikatakan mampu meransang tenaga seks lelaki, ‘ubat kuat’. Majoriti ubat kuat dijual diseludup masuk dari negara China dan tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Antaranya ‘Viagra China’, pil berbentuk tiga segi berwarna biru muda. Harga viagra itu, RM5 sebiji.

Jika ada lelaki benar-benar lemah tenaga batin, mereka seharusnya mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan bertauliah. Jika tidak bimbang mereka bakal berhadapan dengan bahana tidak dijangka.

Pernah sebelum ini, pengguna Viagra China dilapor meninggal dunia akibat pengambilan pil terbabit secara berlebihan. Sebilangan lelaki dilihat sanggup berbuat apa sahaja demi menunjukkan kejagoan di ranjang biarpun tindakan mereka mampu mengorbankan nyawa.

Mengapa begitu?

17 ulasan:

  1. En Mazidul,
    ubat yang mendapat kelulusan KKM mungkin mahal bagi mereka,
    mencari jlan mudah memilih harga yang jauh lebih murah.
    kalau tidak hebat,
    tidak nampaklah kejantanan mereka..
    "hero ranjang" tapi pertaruhkan nyawa... huh!!!


    to xillix axillixa,
    kalau lapang, emel lah kepada saya di hafisgorgeous@yahoo.com, nama anda unik.. tidak salah untuk tambah kenalan bukan?

    BalasPadam
  2. byk kes mcm ni.. maslahnya.. kalau dah tahu sakit jumpalah dr.. awat takut sgt.. tak takut mati ka..

    BalasPadam
  3. terpengaruh kot.iye la kalo tgk cara diorang promote + harga menarik, apa salah mencuba..

    BalasPadam
  4. salam en Mazidul,

    kurangnya ilmu pengetahuan jadikan mereka begini. seks jd keutamaan mereka tanpa memikirkan apa kesan sampingan mengambil ubat-ubat seperti itu.

    BalasPadam
  5. ini bukan jagoan ranjang, ini nak menempah maut namanya..

    BalasPadam
  6. mungkin sebab diorang ni pantang dicabar. bila kawan cuba, mereka pon nak cuba. tapi kadang2 tu overdose kerana nak membuktikan badan diorang kuat, boleh tahan ubat camtu.

    BalasPadam
  7. lelaki & seks umpama lagu dan irama walaupun...! :p

    walaupun..

    walaupun..

    walaupun..

    takmoh ckp laa takut lelaki marah..hiks :D

    BalasPadam
  8. Bro Maz

    He he he he

    No comment on this article

    We go Natural...

    he he he he he


    Wasalam

    Nota: Pernah cuba makan Viagra, suku tablet masa bertugas di Jalan Bandar, lepas tu pening sampai malam lepas tu dah tak makan apa jenis pil yang sebegini, takut side-effect dia. Nak hidup lama lagi. he he he

    BalasPadam
  9. Lelaki sebenarnya tidaklah sehebat mana. Kehebatan sebenar lelaki di ranjang bukanlah semulajadi. Ia perlu melalui proses pengalaman di mana kawalan minda adalah unsur utama. Dan kebiasaannya lelaki yang telah mempunyai pasangan(berkahwin)lebih hebat daripada lelaki yang belum mempunyai pasangan.

    Bukan hendak merendahkan kejantanaan lelaki, tetapi lelaki yang belum mempunyai pasangan atau bujang tidak tahan lama kerana terlalu teruja, geram dan berahi. Untuk melanggan jalang di belakang mati memerlukan kos yang mungkin habis gaji sehari atau dua hari. Bukan senang nak cari duit, baru seminit dua melayari perahu telah karam. Jalan mudah gunakan ubat kuat yang bersepah di pasaran. Selamat tak selamat bukan isu utama. Yang penting kepuasan dan berpada dengan apa yang patut dibayar. Mereka ini bukanlah menggunakan akal sangat. Kalau mereka berfikir mereka tidak akan melanggani jalang.

    What say you

    BalasPadam
  10. Ada lelaki sanggup mengambil bahan terlarang semata2 untuk kepuasan wanita. Kan?

    BalasPadam
  11. jadi nampaknya wanita lah yang kurang 'puas' dengan layanan lelaki.. dan lelaki hadapi jalan buntu lalu ambil ubat-ubat yang mebahayakan nyawa sendiri.

    BalasPadam
  12. Kepusan wanita di ranjang bukan hanya bergantung kepada tusukan. Anggota lain lelaki juga memainkan peranan bersama supaya kedua2 pasangan mencapai klimax. Bagi pasangan yang telah berkahwin kepuasan bukan isu.

    Ubat2 kuat diambil sebenarnya untuk kepuasan lelaki itu sendiri.

    Alangkah hinanya seorang lelaki apabila jalang yang dilangganinya tersenyum sinis apabila perahunya nya karam tak sampai pun seminit selepas diayarinya.

    What say you?

    BalasPadam
  13. Bro Maz

    JakiJipang wrote:
    "Alangkah hinanya seorang lelaki apabila jalang yang dilangganinya tersenyum sinis apabila perahunya nya karam tak sampai pun seminit selepas diayarinya.

    What say you?"

    Yang Penting jangan berzina
    Lebih baik berpuasa
    atau melakukan sholat sunat
    atau gi lepak kat masjid join usrah

    Faedah berzina
    1. dapat dosa besar
    2. rugi besar, duit habis
    3. dapat malu besar sebab tak power
    4. dapat penyakit AIDS, herpes atau sebagainya.

    Bila tak ada niat untuk berzina, maka tiada niat untuk makan pil pil yang terlarang dan tidak diketahui kesan sampingannya.

    Kalau dah kahwin pun, banyak lagi cara lain, boleh pergi berurut, minum tongkat ali atau minuman lain.

    BalasPadam
  14. kebanyakan mereka ni sebenarnya ingin mencuba sesuatu yang baru....tambah2 lagi murah....si penjual pulak pandai meyakinkan pelanggan mereka....so tak pelik la ramai yang beli.....tp soal kesan terhadap kesihatan mereka tak pikir....sendiri mau ingat la

    abg mazidul pernah beli ke???? hehehe
    gurau jer la

    BalasPadam
  15. pelik kan?

    sanggup bergolok gadai ribu2 an ringgit..

    semata2 nk beli ubat2 yg belum tentu keberkesanannya kan?

    jagoan di ranjang tapi nanti nafas xsampai..

    pendek umur jer nanti..

    huhuhu..

    bodoh2..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.