Ahad, April 26, 2009

Kejar 'Sami'

Jam 10 malam semalam saya meninjau Jalan Alor, Kuala Lumpur bersama jurukamera.

Di celah kesesakan pelanggan makan di gerai majoriti dimiliki peniaga Cina, kelihatan lelaki berpakaian oren ala sami berjalan dari meja ke meja, memungut wang daripada pelanggan. Peliknya, dia kelihatan lebih gemar mendekati pelancong asing berbanding warga tempatan.

Saya mendekati ‘sami’ terbabit.

“Where are you from?,” soal saya.

“Myanmar,” balasnya ringkas.

“Which temple are you from?,” soalan seterusnya.

Dia tidak menjawab soalan itu.

Perlahan dia beredar, mungkin berasa kurang selesa berikutan soalan saya ajukan. Bagaimanapun saya hairan, sebaik melihat kelibat jurukamera merakamkan visualnya, dia menghayun langkah seribu, berkaki ayam. Lariannya mengalahkan pecutan Watson Nyambek mengejutkan dua pondan berdiri di lorong gelap di belakang bangunan.

“Tengok lah nyah, kita berdua berdiri di sini belum tentu ada pelanggan. Itu orang, mengemis setiap malam dapat wang,” komen pondan kelahiran Sabah.

Melihat saya mereka cuba melarikan diri.

“Relaks lah nyah, malam ni saya kejar ‘sami’ bukan kamu,” ujar saya.

Persoalannya, adakah ‘sami’ warga asing itu dibenarkan mengutip derma di negara kita sesuka hati? Permit kerja jenis apa mereka gunakan?

19 ulasan:

  1. sami mengikut ajaran agama buddha memang tidak dibenarkan untuk mengutip wang, atau menggunakan apa-apa sahaja untuk menukar wang daripada orang ramai.

    mereka hanya dibenarkan untuk menerima dermaan/sumbangan berbentuk MAKANAN daripada orang awam, seperti roti, beras, buah-buahan dan sebagainya PADA WAKTU PETANG, di TEMPAT YANG TETAP.

    kebanyakan mereka adalah warga asing dari negara jiran. banyak juga di antara mereka yang melakukan rompakan, curi dan ragut.

    kadangkala mereka ini diupah oleh sindiket-sindiket. dilaporkan bahawa mereka boleh mendapat untung sebanyak RM8000 ke RM10000 setiap bulan.

    sami yang "benar" tidak boleh memakai kasut atau slipper. mereka juga mempunyai dokumen yang sah drp Malaysian Buddist Association.

    jika nampak sami yang meminta wang/duit drp orang awam, boleh buat aduan kpd Malaysian Buddist Association, dan Bahagian Aduan Awam MCA, dan kpd pihak polis dan immigration. kebanyakan mereka juga tidak mempunyai permit/visa yang sah. mereka akan dihantar pulang ke negara asal mereka.

    BalasPadam
  2. sekarang orang mintak derma ni takleh nak caye sangat......kite nak derma pon berfikir 5,6 kali.....tp kalo hati dah ikhlas kite bagi je la...hati mau ikhlas....:D

    BalasPadam
  3. jumpa juga,sami minta sedekah masa tengah makan di kedai mamak.

    BalasPadam
  4. kalau takde permit tu, mesti masuk secara haram.. nampak sangat dia bersalah, sebab tu la dia lari...

    BalasPadam
  5. Ini soal sami ciplak, kerana sami yang membawa bekas hanya boleh pinta makanan, bukan wang.

    Maknanya, sebaik mereka minta duit, itu dah sah bukan sami betul. Kenapa tiada tangkapan? So, inilah masalah yang selama ni dihadapi penganut bukan Islam. Mereka tiada penguatkuasa agama seperti JAIS. Siapa nak tangkap?

    Macama mana masuk negara ini? Tak menjadi pelik jika anda lihat arak, rokok, pakaian berjenama tak bayar cukai berlambak. Kenapa cetak rompak berleluasa? Tanya dah lah, tiada jawapan punya.....

    BalasPadam
  6. sami tipu agaknya..kalau tak, takkan lah dia nak lari lintang pukang..:-)
    mcm2 cara org menipu sekarang. Nak bagi derma pun kena fikir berkali-kali. Inikan pulak yang menagih derma tu orang asing.

    BalasPadam
  7. saya cukup hairan dan rasa cukup sedih dengan fenomena yg berlaku di negara kita..Semakin ramai warga asing yg membuat kacau di negara kita..

    BalasPadam
  8. alaaa..
    ramai sgt yg mintak derma skrg..
    kdg2, lepak mapley pun da x senang...
    x sampai sejam, ade 2 org dtg minx sedekah...
    bukan org malaysia lak tuh~
    huhuhuhu
    =[

    BalasPadam
  9. kat area puduraya pun ada sami yg minta sedekah nie..

    BalasPadam
  10. perasan jugak sami yang sebenarnya tak minta duit, cerita terbaru dalam 'bang rajan' orang bagi dia nasi, sepatutnya sami tak agresif, tu pasal saya nak tanya kenapa sami kat myanmar ikut dalam demonstrasi menentang rejim khmer, adakah itu satu lagi sami yang menyamar?

    BalasPadam
  11. Bukan itu saja, kejar liberalisasi makin popular sekarang ini acuan barat lagi aduhai.........

    BalasPadam
  12. lagi2 hina melayu...meh boikot blog ini....melampau

    http://bodohmelayubodoh.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. sami minta sedekah?

    Zaman sekarang ini tidak pelik. Pelbagai usaha dilakukan demi meraih pendapatan dengan cara mudah, sama ada oleh penduduk tempatan mahupun imigran yang menyeludup masuk dengan tongkang.

    Kalau kita perhatikan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, sebenarnya terdapat ramai peminta sedekah. Bagaimanapun, rata-rata daripada mereka bukan penduduk tempatan. Manakala pengemis-pengemis tempatan pula, lebih banyak bergerak menjual kertas tisu dan sebagainya dengan kapasiti mereka sebagai OKU.

    Memberi sedekah adalah sesuatu yang sangat baik dan dituntut. Mencintai kaum fakir miskin juga sangat dimuliakan oleh Islam. Namun kerana kemuliaan itulah yang membuatkan sebahagian besar daripada pencari duit cara mudah ini mengambil kesempatan. Bukan sahaja menggunakan agama, bahkan ada yang menjaja sekeping kertas dengan alasan rumah anak yatim, rumah faqir miskin, surau, masjid, sekolah agama dan sebagainya. Tidak kurang juga yang menjual ayat-ayat suci al Quran yang dicetak pada sticker dan diedarkan kepada orang ramai di tempat makan awam.

    Pertambahan jumlah peminta sedekah ini sebenarnya disumbangkan oleh sikap rakyat Malaysia sendiri. Kita terlalu mudah kesian dan kesian kita tidak kena pada tempatnya. Kita tidak peduli dengan jiran sebelah yang anaknya menangis kelaparan atau ada anak yatim piatu yang sedang susah hati kerana tidak cukup wang untuk membeli peralatan sekolah, mahupun janda atau balu yang tidak jelita, dan tidak mempunyai pendapatan tetapi terpaksa memelihara anak yang masih kecil.

    Sebaliknya, tangan kita mudah menghulur apabila dirapati atau diceramahi oleh mereka yang pandai menggunakan lisan untuk meraih simpati. Kita berasakan tanggungjawab kita sudah selesai dengan memberi 'upah' sekupang dua kepada peminta-peminta sedekah yang mengaji di tengah-tengah pasar atau di pasar malam.

    Maka di sinilah, peranan sebagai umat Islam perlu dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Umat Islam dianugerahkan kemewahan dan kemudahan serta pertimbangan akal yang sihat berpandukan al Quran dan al hadis. Gunakan pertimbangan sewajarnya agar amalan sedekah yang kita lakukan, tidak sia-sia dan tidak menjuruskan kita ke lembah neraka.

    BalasPadam
  14. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Sami?
    Samyvellu tak sama ke datuk mazidul?

    BalasPadam
  15. Ini menunjukkan bahawasanya Malaysia ini senang dimasuki oleh mana-mana orang asing. Sikap ketidak tegasan Kerajaan Malaysia membendung kedatangan Pendatang Haram Asing ini telah banyak MEROSAKAN imej Malaysia baik dari segi sosial mahupun ekonomi negara.

    Saya pun terasa amat pelik dan sukar untuk memahami mengapa pihak berkuasa negara tidak berjaya menangani masalah ini. Adakah pihak berkuasa kita terlalu kecil untuk menjalankan operasi pembersihan pendatang haram ini ataupun kerajaaan kita menghormati semangat kejiranan antara negara.

    Tolonglah bertindaklah dengan segera dan tegas dalam menyekat kebanjiran pendatang asing ini terlalu banyak keburukan daripada kebaikan yang dibuat oleh pendatang asing ini yang telah membuatkan rakyat Malaysia berada dalam keadaan takut, gelisah dan bengang dibumi sendiri.

    BalasPadam
  16. Run sami run.. run 4 ur life... salam blogging dari www.terbangpulang.blogspot.com

    BalasPadam
  17. Maybe kerajaan kena buat something untuk mengurangkn atau membasmi terus kegiatan peminta sedekah di tepi jalan atau rumah ke rumah..

    Xnak bg, kesian..klu bg, nnt dtg lagi...

    BalasPadam
  18. Ni permit keja 2 dalam 1, melancong dgn meminta derma utk buat kebajikan konon!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.