Selasa, April 07, 2009

Pertemuan Pelayar Terkini

1 Mei tidak bersesuaian kerana hari Jumaat. Saya cadangkan 2 Mei, Sabtu. Boleh?

Makanan dan minuman masih secara pot luck dibawa bersama keperluan lain, pinggan, sudu plastik dan tisu. Bawa makanan mudah dihidangkan, contohnya bihun, mee, nasi goreng.

Jangan lupa membawa tikar, tuala dan keperluan mandi.

Bar-b-que memerlukan tempat pembakar dan peralatan lain, agak leceh dilaksanakan, maaf.

Pertemuan ini terbuka kepada semua pelayar, keluarga dan rakan.

Ingat, kita bertemu untuk lebih mempereratkan silaturrahim, makan dan minum bukan agenda utama tetapi keperluan.

Saya percaya aktiviti mandi-manda sudah mencukupi bagi semua samada dewasa mahupun kanak-kanak. Percayalah.

Pengangkutan paling mudah menggunakan kereta, kemudahan bas terbatas ke kampung saya samada dari Tg. Malim atau Slim River. Exit Tg. Malim, ikut jalan arah ke Proton City, highway dan kemudian ikut papan tanda ke Kg. Sg. Bill. Jika tersesat, bertanyalah.

26 ulasan:

  1. huh...
    final exam time...
    2 mei,
    have fun everyone

    BalasPadam
  2. Hafis, janganlah merajuk bro, itu baru tarikh cadangan.

    BalasPadam
  3. Assalamulaikum.
    Alamakkk nak serta tapi 13 april ni dah balik ke Bahrain semula bertugas.
    Harap2 raya nanti ada buat lagi.

    BalasPadam
  4. alaa..

    encik mazidul,saya kat oversea..tak dapat ler nak join..

    mesti seronok nanti kalau kumpul ramai2.. :(

    BalasPadam
  5. ouh tidak!!!!
    arejar nk g....
    huhuhu
    tp xleh,sbb spupu kawin
    huhuhuhu

    BalasPadam
  6. Kepada rakan2 bakal pulang ke luar negara, saya doakan anda selamat bertandang ke negara orang. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini.

    Echah, nanti suatu ketika pasti kita bertemu.

    BalasPadam
  7. kalau tak de aral kami sekeluarga akan cuba sedaya upaya untuk ke sana...

    kampung saya dekat ulu yam.. kalu ikut jalan lama ok kot... jimat tol... tg malim ada stesen NGV tak?

    BalasPadam
  8. Yeszaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

    Inshaallah Gua sampai.....!!!!

    Gua setuju jer......BIHUN & MEE harus yer kawan2......

    Gua kuat makan owhhhhhhh!!!!
    Nak try......masakan kawan2 hehehheheh

    BalasPadam
  9. Semoga dapat bersua...
    Buat sandwichpun sodop...
    tambahan lepas berendam. pasti kelaparan.

    mintak no telefon boleh?

    BalasPadam
  10. Kat kampung saya tak ada signal hp. Maksudnya hp mahal pun tak ada guna. Talian fixed tak boleh guna kerana kabel dicuri berulang kali.

    So, tarikah 2 Mei kira ok?

    Xillix, jalan lama ok, toll free. Tg Malim tak ada NGV. Kalau minyak, RM10 tak sampai dari Ulu Yam, kalau lebih saya tambah la :)
    Tempat mandi dalam ada, mungkin lebih bersih berbanding Ulu Yam kut.

    BalasPadam
  11. ala abg dul...
    acu x dpt join..
    acu dh janji dgn mak nak balik kg mggu tu..
    sedih nye x leh join..huhuhu

    BalasPadam
  12. Bro Maz

    Insya Allah aku datang.

    Kita gerak sekali nak?

    Konvoy dari Seksyen 11.

    Amacam?

    Sebenarnya gian nak terjun sungai, dah lama beb, sejak Tun Mahathir jadi PM.

    BalasPadam
  13. ok....saya ikut. tak sabar nak mandi air sungai bill ni. sejuk mata memandang.

    saya bawak nasi lemak....dengan buah buahan.....
    rasanya abang zidul kena senaraikan nama yang pegi.

    BalasPadam
  14. bro.. sy tgh nk kumpulkan group blogger sy untuk join bnde nie.. mybe dorg akan stay di ruamh sy b4 bergerak ke sg bil

    BalasPadam
  15. kak hazlin,
    nk gk rase sandwich akak...

    insyaAllh laen kali,
    sy turut serta dlm perjumpaan neh...

    BalasPadam
  16. tarikh tue insya Allah boleh.sebab weekend sy dah free ckit..kalau jadi konvoi sama2 dari kl..

    BalasPadam
  17. Ramai adik beradik yang seronok. Pasal boleh jumpa dgn sdr mazidul. Klu jemput celebriti tv3 yang lain lagi best kata mereka.

    Inshallah, kalau tak ada aral melintang, kalau tak ada pokok tumbang kami akan sampai.

    BalasPadam
  18. konvoi?... best best nnt leh join sekali eh... apa pun kena ty drebar i dulu

    BalasPadam
  19. konvoi???...aku pun nak join...
    nanti setkan masa berkumpul dan masa bertolak. setiap kereta kena ada sticker mazidul blog reader, baru kita kenal satu sama lain. bleh menambah kenalan.

    BalasPadam
  20. @cu SaYaNg,
    saya pun xdpt pergi,
    teringin nk bjumpa dgn anda dan pelayar yang lain,
    especially xillix axillixa,
    name unik,

    to @cu SaYaNg & xillix axillixa,
    kalu senang, kirimlah emel kpd saya

    hafisgorgeous@yahoo.com

    terima kasih

    BalasPadam
  21. insyaAllah ye Hafis
    ada rezeki & panjang umo 1 ari nanti kita jumpa..huhuhu

    BalasPadam
  22. minta izin tuan rumah, bloggers semua boleh google kampung bill di link ini >>> http://wikimapia.org/#lat=3.79129&lon=101.5133286&z=12&l=0&m=a&v=2

    (lihat tengah-tengah)

    BalasPadam
  23. 2 Mei...

    Tak ape la... mungkin takde rezeki utk saya join.

    Saya redha...

    * Jangan lupa citer kat diorang pasal SK Slim Village..

    * kenapa namanya lebih masyhur dgn Slim Village.. bukan Kg. Slim.. En. MAS tentu ada jwpn..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.