Sabtu, Mei 30, 2009

Batu Mata Ular

10.30 pagi, 30 Mei 2009, saya berada di Pengkalan Balak, Alor Gajah, Melaka, minum pagi bersama kenalan bergelar Datuk.

“Dul, engkau nak tengok batu ‘snake eye’? Ada pak Arab ni bagi aku,” katanya.

Perlahan dia mengeluarkan batu terbabit dari beg duit lusuh bewarna hitam diletak di poket kanan seluarnya.

“Dulu kena gigit ular di lengan, tekap batu ni atas kesan gigitan, setengah jam bisa hilang. Bisa sengatan ikan sembilang, lebah, penyengat pun batu ni boleh tarik, dah banyak kali guna, InsyaAllah ok,” jelasnya.

Kayu kemuning hitam juga dikatakan mempunyai khasiat sama.

5 ulasan:

  1. Macam² cara kita boleh lakukan kalau kena sengat samada jumpa pengamal perubatan tradisional atau jumpa doktor...

    pasal batu ni... tak tahu la... kalau takde penjelasan saintifik mesti la ada penunggu (jin,khadam etc) tinggal dalam tu...

    kalau ada orang nak bagi free... just take it... tapi kalau jual batu macam ni pada harga ratusan dan ribuan ringgit... baik saya jumpa doktor, usaha dan tawakal...

    BalasPadam
  2. bro mazidul boleh tgk web ni, macam-macam batu ada,
    http://www.batucincin.com/

    * Ada pakai cincin batu delima, batu zamrud tapi batu ni beli ket Mekah..beli pun tak sampai beratus

    BalasPadam
  3. kes batu belum alami, tetapi kes kayu tu pernah nampak memang kuat juga masa kecil2 dulu ternampak org tua dulu buat tongkat untuk jinak kan kerbau atau beruk, memang berguna, ayam pun akan lari bila terbau kayu tersebut, semasa ditabur beras (sebut-Kayu RAJA). Tetapi ada pepatah mengatakan apa-apa benda,spt batu, kayu maupun plastik, jika diPUJA akan menjadi ..(syaitan akan ambil kesempatan)

    BalasPadam
  4. Askum dan salam hurmat buat para blogger terutama tuan Admin (Bro Mazidul).

    di sini saya lampirkan link berkenaan dengan Geliga ular yang dimaksudkan. mungkin juga kita boleh berkongsi di sini. salam perkenalan buat semua.
    Link geliga ular:- http://duniamistik.blogmas.com/?p=185

    Layari: www.duniamistik.com @ www.duniamistik.blogmas.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.