Jumaat, Jun 26, 2009

Apa Jaminan INDONESIA?

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin, 1,984 warga INDONESIA tebabit dalam kes jenayah pada tahun 2007.

"Polis memandang serius penglibatan warga asing termasuk rakyat INDONESIA dalam kes jenayah di negara ini. Kita tidak akan berkompromi dengan warga asing terbabit dalam kes jenayah tanpa mengira negara asal mereka," ujar beliau.

Statistik Pasukan Polis Diraja Malaysia mencatatkan 1,849 kes jenayah sepanjang tahun 2008. Warga INDONESIA mencatatkan penglibatan tertinggi. 1,073 atau 58% daripada jumlah kes terbabit.

8 September 2008, polis menembak mati 2 penjenayah INDONESIA dilapor menculik wanita berusia 41 tahun di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Wanita terbabit meninggal dunia akibat parah dikelar menggunakan senjata tajam.

Dalam kejadian berasingan, 2 penjenayah INDONESIA ditembak mati selepas mereka menculik pemandu lori membawa gelung tembaga di Shah Alam pada awal tahun 2008. Tembakan polis tepat mengena kepala dan dada penjenayah terbabit sewaktu mereka cuba menyerang pihak berkuasa menggunakan parang. Saya kongsikan gambar mayat seorang daripada mereka bersama anda. Mereka dilapor memiliki 15 rekod jenayah lampau.

Semalam kerajaan INDONESIA memberhentikan penghantaran pembantu rumah mereka ke Malaysia buat sementara waktu. Negara jiran itu menuntut kerajaan Malaysia menjamin keselamatan dan melindungi pembantu rumah warga INDONESIA berkerja di negara kita berikutan beberapa kes penderaan berlaku sebelum ini.

Persoalannya, adakah kerajaan INDONESIA mampu menjamin keselamatan rakyat Malaysia bermaustautin di negara sendiri daripada kekejaman penjenayah warga negara mereka?

Setakat ini, jawabannya TIDAK.

31 ulasan:

  1. JAMINAN..kalau boleh pun...boleh diharapkan ke JAMINAN tu? Rakyat Malaysia silap sket pun depa merusuh kat INDON kerajaan depa tak leh kawal...inikan nak bagi JAMINAN? Tak payah TANYA lah depa lah pasal JAMINAN.

    Senang2...kita aje yang bagi JAMINAN kat depa BAHAWA kalau kerja betul2 disini..depa boleh buat rumah yang BAIK di Indon, Depa le beri MAKANAN kepada family depa...Depa leh beli Motorsikal, motorkar dan motorbot di sana.

    Pasal penjenayah di TEMBAK...den sokong kalau nampak je depa buat jenayah berat terus Cut Off...jangan nak penuhkan lagi penjara dengan WARGANEGARA lain.

    BalasPadam
  2. memang btol entri bro kali nih.....

    pasal sorang amah kene dera....riuh satu indon...pasal indon2 wat taik kat mesia, takde plak nak riuh.....cam "H1N1" la indon nih.....

    kerajaan malaysia takde wat pape ke..???sekarang orang asing haram+halal dah lebih 3 juta dari pelbagai negara...majoriti indon....diorang tak takut ke kot2 nanti indon akan menjajah kawasan kite satu persatu....

    p/s: masuk je mydin klang, kene ttp hidong....ramai sangat hindon bersidai macam kain buruk..

    BalasPadam
  3. ada satu bibik tu, bila nak dodoi anak tido, dia bantai nyanyi lagu kebangsaan indon...

    sbnrnya, kita seme ni asyik kejor duit je, laki bini keje seme kejor duit.. tak blh ke gomen kita yang bijak ni cari solution supaya kurangkan pergantungan kpd duit ?? cth - galakkan org keje dlm lingkungan 5 km dr rumah. pastu, kurangkan kos, rapatkan jurang org kaya dgn org miskin.. haiya, tu pun nak aku jugak yg pikir ke ...

    p/s sbb nyampah dgn jem, minyak, tol, parking, aku sanggup tinggalkan gaji 6k sbln.. skg lepak umah dah lbh 5 tahun.. macamana aku cari makan ? hehe.. adalah ..

    BalasPadam
  4. setiap hari aku bawak org indon naik teksi aku.

    Mereka bercerita, mereka terpaksa lakukan jenayah kerana MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI MEREKA BERBULAN-BULAN LAMANYA. Mereka juga punya perut untuk diisi, mereka punya keluarga untuk disambungkan hayatnya.

    Sekiranya majikan membayar gaji mereka, mereka tidak perlu melakukan kerja pecah rumah sebab gaji mereka sebagai mat kontrak agak lumayan juga.

    Aku tanya "kalau begitu kenapa tak rompak saja majikan sendiri?"

    "itu pilihan terakhir" jawab mereka. "takut klu rompak awal2 nnti langsung tak dapat terus bayarannya"

    BalasPadam
  5. Jangan la pihak indonesia tengok sebelah mata sahaja....kes jenayah rakyat dia org lagi teruk dari kes penderaan...dan byk melibatkan mangsa rakyat kita...tetapi kita ni mmg terkenal dengan sifat tolak ansur selagi boleh...

    Yang peliknya kenapa kerajaan kita tak bagi 'warning kepada rakyat indonesia sebagaimana indonesia bagi 'warning kat kita'??? Itu lah malaysia, baik tidak bertempat...

    BalasPadam
  6. pihak indonesia kena duduk semeja dan berbincang dua hala dgn malaysia dan kata putus hendaklah dalam 'win-win situation', kedua-dua pihak berpuas hati dan tidak berat sebelah

    BalasPadam
  7. isu psl warga indonesia ni mmg pnh abis...
    bestnye krjn dorng berkata2..nakkan jaminan dr kite utk lindungi kslmtn bibik..abis kslmtn kite ni mcm mane?
    kiri kanan warga indon,sume kena share ngn dorang...pegi mane2 mesti ade dorang...
    maaf cakap la,tp kebykkan dorang ni byk yg jahat dari yg baik...kalu nk wat perangai,blk Indon la kan...?nk gak menempel kt sini...terasa kite ni mcm menumpang kt negara sendiri pulak...

    BalasPadam
  8. Dari satu sudut, kerajaan Indonesia pastilah ingin bertanggungjawab kepada keselamatan orang-orangnya yang bekerja di Malaysia, berikutan beberapa kes penderaan amah Indonesia oleh segelintir majikan di Malaysia. Mereka juga manusia. Dari satu sudut lain, pihak Indonesia juga harus mengambil berat tentang perbuatan-perbuatan jenayah yang dilakukan oleh rakyat-rakyat mereka di sini.


    http://manis18.blogspot.com

    BalasPadam
  9. hish..mmg SAKIT HATIbetul.kerajaan Indonesia mcm mengugut kita nak ban maid masuk Malaysia."ada aku kisah diorang nak ban".kes terpencil maid kena dera diorang heboh2kan tapi kalau rakyat M'sia yang mati kena bunuh,rompak,maid lari n dera anak kita tak pulak ambik kisah.media kita tolongla lebih war-warkan kisah salahlaku warga Indon drpd kisah maid kena dera.

    BalasPadam
  10. Malaysia memang baik hati
    datang laa ke Malaysia

    BalasPadam
  11. org indon ni dlm baik pun kita kena alert sbb dorang ni ramai yg terdesak..

    BalasPadam
  12. kerajaan malaysia ni terlalu berlembut dgn semua org...angkut je balik semua warga indon yg ada rekod jenayah dimalaysia even sekecik2 kesalahan...yg haram ni pun antar balik...org indon ni makin lama makin mua...

    BalasPadam
  13. Diorang tu cakap berapi-api. Sikit2 nak ganyang Malaysia. Pigidah! Rakyat diorang yg berduyun-duyun masuk negara kita, siap buat jenayah apa sumer, itu takde pulak nak cakap apa. Yg diorg tau, nak ganyang Malaysia aje.

    Ekonomi negara diorg tu dah la tak stabil, sbb tu la rakyat diorg yg miskin sumer lari ke Malaysia. Kena dera sikit, dah nak sekat penghantaran la, apa la, nak suruh Malaysia ikut telunjuk diorg. Yg rakyat diorg bunuh org kita, tu tanak plak sekat? Diorg tu yg sepatutnya ikut telunjuk kita sbb diorg masuk negara kita.

    Saya mmg angin btol dgn diorg nih. Maid kakak saya, dah nak dekat 2 tahun kerja, skang dah pandai menjawab apa sumer. Tak sedar diri, buat keja pun bodoh.

    BalasPadam
  14. kat internet pun diorang banyak kutuk2 pasal Malaysia...website2 kita pun diorang pernah godam...ok la polis Malaysia tembak sampai mati terus penjenayah warga indon ni...takde la membazir duit bagi diorang makan kat dalam penjara tu..

    BalasPadam
  15. Saya cadangkan antara isi kandungan MoU yang bakal ditandatangani itu kita letak syarat tambahan.
    - Sekiranya dalam suku tahun pertama terdapat 20 kes jenayah melibatkan warga Indonesia, segala demand/syarat yg Kerajaan Indon letak dalam MoU tu akan terbatal.

    Kekekeke.... boleh tak?

    BalasPadam
  16. Jaminan???
    muahahahahahha..keadaan negara depa pon terkontang-kanting dgn berbagai2 masalah kemiskinan yg lagi dahsyat..jgn hrp la mereka blh jamin keselamatan rakyat Malaysia kita di sana...

    kalau dtg Malaysia, buat baik n cari kerja sudah lah..
    jgn nak merosakkan imej warga dorg kat negara kita nih...

    tak malu kah mncemarkan nama negara mereka sendiri dgn melakukan jenayah kat negara orang????

    mana penguatkasaan kerajaan Indon dlm hal membanteras kelakuan rakyat mereka kat negara kita?

    adoiiiiiiiiiiiiii la...
    mmg mereka ni tak tau berterima kasih pd budi baik Malaysia..

    apapun..
    Malaysia mmg 'terlalu' baik...

    *peace no war!

    BalasPadam
  17. Salah siapa sebenarnya kemasukkan INDON ke Malaysia? Adakah kerajaan, kita sendiri atau Indon sendiri? 1. Kerajaan - pengeluar permit. 2. Kita - Berminat sangat mengambil mereka kerana 'murah' 3. INDON - Mencari rezeki.
    Jadi, jawapan ada pada diri masing2. Nak mengekang mereka senang je, Kerajaan hentikan permit. Kita, cari org kita sendiri yang berlambak takde kerja tapi pemalas, duduk rumah tengok TV je tahu. Org Indon buat duit kita tukang bagi duit. Dan Indon, datang Malaysia jangan BUAT KACAU, cari rezeki betul2 jgn buat mcm negara sendiri! Kesimpulannya Kita Tuan Rumah, kita ada hak, jgn bagi depa masuk. Lantaklah kerajaan INDON kecik ati ke, marah ke... natijahnya rakyat nya tak tahu diuntung! Semua org tahu malah mereka sendiri tahu, kemasukan mereka lebih 'buruk dari baiknya.' SAY NO TO INDON!!!! Kita SELAMAT!!!

    BalasPadam
  18. Elok jugaklah kerajaan Indonesia buat macam tu. PRA yang dari sana pun bukannya bagus macam yang dorang hantar ke negara-negara lain, hanya kerana gaji yang mereka terima kat sini lebih murah. Kena tengok la tukaran mata wang asing macam mana kan.

    Saya tak kisah nak bayar gaji PRA Indonesia ni tinggi kalau kerja tip-top, tak ada masalah dan tak buat perangai. Tak perlu nak latih sebab dah terlatih, tak perlu nak risau dorang lari sebab dorang bertanggungjawab, hormat dan tepati kontrak, tak perlu nak risau dorang bawak masuk teman lelaki Bangla atau Pakistan sebab dorang tau batas-batas dorang, tak perlu risau dorang masak yang bukan-bukan sebab dorang terlatih, tak perlu risau dorang mencuri sebab dorang boleh dipercayai... dan banyak lagilah.

    Majikan yang sebenarnya teraniaya, dah la duit banyak dilabur, lepas tu didenda pulak sebab PRA buat hal, agensi pulak hanya benarkan tukar PRA sekali saja dalam tempoh percubaan, takde jaminan PRA yang baru lebih baik, rasanya saudara Mazidul patut tinjau dari sudut majikan pulak yang pernah ambil PRA dari Indonesia.

    Saya berharap pihak berkuasa mengadakan serbuan secara intensif supaya hanya pekerja yang sah sahaja berada di sini. Yang tak sah tu hantar balik dan perlu dipertingkatkan pemantauan di semua tempat masuk negara.

    P/S: Baca di sini pasal PRA http://idasthoughts.wordpress.com

    BalasPadam
  19. Tujuh puluh tiga pintu
    Tujuh puluh tiga jalan
    Yang sampai hanya satu jalan

    Beribu-ribu Margasatua
    Mencari raja si Muraq
    Yang sampai hanya tiga puluh

    Ooh... Sang Algojo
    Ooh... nanti dulu

    Lihat dunia dari mata burung
    Atau dari dalam tempurung
    Yang mana satu engkau pilih
    Dalam kalut ada peraturan
    Peraturan mencipta kekalutan
    Di mana pula kau berdiri
    Di sini

    Ooh... Sang Algojo
    Ooh... nanti dulu

    Berikan ku kesempatan akhir ini
    Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
    Berikan aku kesempatan akhir ini
    Lai lai la lai la lai

    "Tanya sama itu hud-hud
    Lang mensilang
    Kui mengsikui
    Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

    BalasPadam
  20. Jgn takut pada ugutan itu... kalau nak juga org luar cuba kita cari org Mynmar atau India, tapi kena kursus bahasa dulu... saya ada kwn yg maid nya org dr sana, bagus sekali kerja... dah lama dok dgn kwn saya tu, dr umur 17 dah start keje...atau anta pd baby sitter je, boleh juga org kita(suri rmh) cari income

    BalasPadam
  21. Sebagai orang Indonesia yang hidup dan mencari nafkah di Indonesia, saya prihatin dengan komentar saudara-saudara serumpun saya di sini. Jika memang ada warga Indonesia yang melakukan kejahatan di negara anda silahkan adili mereka dalam mimbar hukum yang adil. Saya heran mengapa hinaan dan hujatan terhadap pekerja Indonesia digeneralisasikan, disimpulkan memang orang Indonesia itu jahat semua? Jika tingkat kejahatan yang dilakukan oleh orang Indonesia menduduki peringkat tertinggi saya pikir wajar saja. Kemungkinan memang jumlah pekerja yang paling banyak di negara anda memang orang Indonesia. Jika mereka bersalah silahkan bawa pada jalur hukum yang benar. Saya juga ingin mengingatkan jika para pekerja Indonesia yang berada di negara anda juga ikut membangun negara ini.Hargailah jerih payah mereka, meskipun mereka mendapatkan upah namun meraka juga hidup dan mengeluarkan sebagian uang mereka untuk dihabiskan di negara anda bagi mempertahankan hidup di sana. Saya pikir umat beragama mengajarkan kita hidup berdampingan dalam damai tanpa memakai jubah kesombongan. Terkait benar atau salah, jahat atau baik dilakukan seseorang serahkan semua pada hukum, penilaian itu juga berpulang pada Allah. Ingatlah bahwa anda atau saya juga pernah berbuat salah...jagalah mulut dan tangan. Jangan menyakiti orang lain dengan ucapan, sikap, dan tingkah laku kita.



    Linova Medan

    Hanya seorang perempuan pendosa.

    BalasPadam
  22. Linova Medan, terima kasih kerana melontarkan komen di post ini.

    1. Hakikat, setiap warga Indonesia terjebak dalam kejadian jenayah di hukum mengikut undang-undang Malaysia, soal itu jelas.

    2. Tidak semua warga Indonesia di Malaysia jahat. Bagaimanapun ramai menyelinap masuk ke negara ini menggunakan jalan gelap, tidak seharusnya begitu.

    3. Semua pekerja Indonesia berkerja di Malaysia dibayar bukan gratis, percuma. Majoriti mereka menghantar wang ke negara asal, INDONESIA. Money is flowing out of the country. Right?

    4.Kamu bilang, 'Saya pikir umat beragama mengajarkan kita hidup berdampingan dalam damai tanpa memakai jubah kesombongan' - kamu harus ke Malaysia melihat sendiri perlakuan orang Flores dan kegiatan mereka sering terbabit dalam kasus pergaduhan sesama warga.

    5. Kamu juga harus melihat betapa banyak website 'anti Malaysia'. Mereka itu memakai jubah kesombongan :)

    Terima kasih.

    BalasPadam
  23. salam Linova..
    anda mewakili penganut Islam,
    masih ramai warga Indonesia yang datang bukan Islam.

    BalasPadam
  24. Zeq, I knew someone is going to saya that.

    Warga Indonesia, bukan semua, di Malaysia ini, terbabit dalam banyak kes, antaranya ...

    1. Pelacuran
    2. Judi laga ayam
    3. Merompak
    4. Pecah rumah
    5. Menipu
    6. Meragut
    7. Pemanduan teksi haram
    8. Berniaga haram
    9. Penyeludupan dan pengedaran dadah

    Cukup ke?

    BalasPadam
  25. salam Linova..satu tekaan jika silap abaikan,

    dari gaya bahasa anda..

    Adakah anda pernah menulis sebuah buku???

    Lulusan M.A UIAM Gombak ????

    BalasPadam
  26. Tidak semua pendatang INDONESIA ni baik, dan tidak semua pendatang INDONESIA ni jahat.. Sama-sama la kita pikir- pikirkan..

    BalasPadam
  27. membaca berita indonesia, membuat saya teringat ... begitu byk program atau drama2 indonesia dikaca tv skrg. tak kiralah stesyen TV apa. sama jer semuanya. sedihnya drama indonesia ini terlalu mengarut dan merapik. itu pandangan peribadi saya. Pari2 la, sihir, pukau. aduhaiii. yang plg sedih, mereka melakonkan watak jahat adakalanya watak jahat yg melampau. yg tidak terfikir dek akal dewasa kita. merancang pembunuhan, fitnah, hasutan hinggakan kanak2 seawal tadika sudah pandai untuk melakukan watak jahat yg keterlaluan. Adakah jaminan yang drama ini tidak akan mempengaruhi penonton?

    BalasPadam
  28. mengikut pandangan aku yang agak jahat sikit.
    mana2 penjenayah yang berbahawa sepertiyang membawa senjata api atau pape.
    tembak je terus..

    BalasPadam
  29. mazidul ^^
    The behavior of Indonesian doesn't surprise me at all. It consists of 2 elements: Inferior and Cowardice. ------- Indonesian feel inferior to Malaysia because Indonesian always consider Malaysia as "its younger brother". In fact, Malaysia excel in every aspects of life, such as: technology, education, weapons, security, civilized people, and on on on...... However, instead of realizing their inferior, Indonesian distract the problems by acting aggresive and exaggerate minor matters to cover up their insecurity feelings. Indonesian need to do so, because they know they will never catch up other countries, forever. --------------- Second, the acts of Indonesian remind me to cowards. If Indonesian really feel offended by Malaysia's acts, Indonesian should go to Malaysia and have a good war with them. But, Indonesian will never to do so. Indonesian know, Malaysia will beat them easily, just like what happened in Sukarno's war. Thousands of Indonesian died for nothing, just for useless mumbo jumbo. --------------- So, my advice to Indonesian: You guys should learn how to become civilized and advance people, then the world will start to respect you. But, if you keep doing cowardice and inferior stuff, no one will object to. Because the world will be happy to just use your people for our market and import your abundant natural resources for the good of our people/countries.

    Xiang
    http://www.thejakartapost.com/news/2009/09/09/antimalaysia-activists-launch-raid-malaysians.html

    BalasPadam
  30. Sepatutnya rakyat Indonesia lebih malu kepada rakyat Malaysia...
    1) Datang ke Malaysia kenalah hormat kepada rakyat Malaysia dan patuh dengan undang2 negara Malaysia.
    2) Banyak kes2 jenayah ganas berlaku sejak akhir2 ini melibatkan rakyat Indonesia- banyak yang ditembak mati.
    3) Kes2 maksiat dan pelacuran banyak melibatkan rakyat Indonesia.
    4) Mereka bekerja di sini tanpa ada gangguan asalkan rajin sudah memadai.
    5) Rakyat Malaysia melayan mereka dengan baik asalkan mereka baik.
    Tidak pernah ada rasa membenci kecuali mereka dulu membuat kacau.

    BalasPadam
  31. Ringkasnya apabila orang asing sudah berada di negara kita dalam kuantiti yang ramai rakyat semakin terancam. Mungkin benar juga sebahagian majikan yang tidak menjalankan tanggungjawab bayar gaji mereka. Tetapi bagaimana yang lain? Takkan semuanya pun atas kes yang sama. Isu ini dah lama tetapi tahap penyelesaian masih di tahap sama dan tiada inisiatif berbaloi yang dilaksanakan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.