Selasa, Februari 16, 2010

3 Gadis 3 Lelaki Dan 3 Bayi: Membuang Dan Terbuang

Laporan terkini saya terima.

Kesemua mereka remaja berusia 20 tahun.

Gadis pertama, ‘Lia’, bekas pelajar kolej di Kuala Lumpur mendakwa mengadakan hubungan seks berulangkali bersama pasangannya, lelaki Afrika dan kini Lia mengandung 5 bulan. Lelaki terbabit dilaporkan memancing perhatian Lia menggunakan wang ringgit di pusat hiburan. Lia juga mendakwa turut diliwat pasangannya kita ditahan polis akibat didakwa terbabit kes sindiket pemalsuan wang. Kini, Lia tidak dapat dikesan selepas 'dibuang' keluarga dan kolej. Semasa ditemui rakannya, dia terpaksa membengkung perut menggunakan tiub basikal bertujuan menyembunyikan kandungan anak luar nikahnya.

Gadis kedua, ‘Lini’, kini mengandung 5 bulan mendakwa hasil hubungan sulit dengan beberapa lelaki kenamaan bergelar ‘Datuk’. Namun dia enggan mendedahkan identiti mereka kini 'membuangnya'. Nombor telefon bimbit Lini kini ditukar sekaligus dia tidak boleh dihubungi.

Gadis ketiga, ‘Lin’, mendakwa mangandung 2 bulan. Pernah menuntut di institusi pengajian tinggi, IPT di Cheras, Kuala Lumpur sebelum 'dibuang'. Teman lelakinya, pelajar IPT sama, seusianya dilaporkan enggan bertanggungjawab lalu menghilangkan diri. Lin berasal dari Kuala Lipis, Pahang kini mendakwa hidup tertekan.

Saya yakin, 3 kes terbabit tidak dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka memilih mendapatkan nasihat dan pandangan daripada rakan sebaya sudi mendengar.

Mengapa?

Lumrah alam, apabila bermasalah, pasti ramai rakan lain melarikan diri sekaligus 'membuang' mereka. Malah, ahli keluarga terdekat termasuk ibu dan ayah kekadang akan bertindak sama. Tidak banyak keluarga mampu bersama mendepani dan cuba menyelesaikan masalah mereka hadapi.

Ya! Benar. 3 gadis terbabit melakukan kesilapan tetapi tindakan 'membuang' mereka dari rumah pastinya bukan jalan penyelesaian terbaik. Ttindakan itu sekadar jalan keluar untuk menyelamatkan maruah keluarga tetapi mengundang padah lebih besar.

Kesemua pasangan mereka enggan bertanggungjawab, itu perilaku normal. Jika tidak, masakan pujangga Melayu berkata ‘habis manis sepah dibuang’. Phrasa sejak kecil lagi disumbatkan ke telinga setiap kita dek orang tua. Mereka arif, kejadian buruk berulang. Contohnya, lelaki warga Afrika terbabit, hanya sekadar ingin berhibur dan menikmati hubungan seks, kejadian itu juga berulang, habis manis, masakan sepah disimpan kerana ramai lagi gadis Melayu khususnya bakal menjadi ‘sepah’ akibat terpikat dengan sebilangan mereka kononnya kaya raya tetapi berakhir di 'lock up' polis kerana terbabit jenayah. Mana mungkin suspek dikahwini sekaligus dijadikan ayah kepada anak sedang dikandung.

Kawan, keluarga dan teman lelaki cabut, 'membuang' mereka.

Kita mampu mencegah kejadian sebelum berlaku. Dalam kes ini nasi sudah menjadi bubur. Usah terlalu klise berkata, “Itulah, buat benda tak fikir dulu” kerana ayat itu tidak langsung menjurus ke arah penyelesaian kes.

Menggugurkan kandungan berusia 5 bulan secara haram dilaporkan berisiko tinggi. Jika ke hospital swasta, pada usia sebegitu, majoriti mereka tidak mampu menjelaskan bil berlipat ganda. Hospital kerajaan? Lambat laun pasti identiti mereka terbongkar. Menanggung Aib tanpa sokongan individu sepatutnya berada di samping mereka ternyata bukan pilihan.

Serahkan sahaja bayi itu kepada pasangan suami isteri tidak berzuriat, itu cadangan biasa kita dengar. Boleh, but it is easily said than done. Hakikatnya, tidak semua kejadian mampu dirancang seperti kehendak mereka. Dalam keadaan tertekan, bukan mudah berhubung, bertemu dan berbincang dengan pasangan kepinginkan anak. Masalah harus dikongsikan terlebih dahulu dengan kelompok tertentu sebelum ruang dan peluang terbuka untuk dipertemukan dengan pasangan terbabit. Kebarangkalian identiti gadis mengandung anak luar nikah didedahkan itu tetap wujud. Mereka malu.

Apa lagi pilihan ada di tangan Lia, Lini dan Lin? Selain daripada besembunyi sementara menanti saat kelahiran bayi dan kemudian ‘dilupuskan’ di pelbagai lokasi.

NOTA Berdasarkan laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara, lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, di antara tahun 2000 dan Julai 2008. Bermaksud, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan, 83.3 kes pada setiap hari, seorang setiap 17 minit 17 saat!

Gambar sekadar hiasan sahaja

23 ulasan:

  1. sedih bila anugerah tuhan dilahirkan dalam keadaan hina , kalau tinggalkan depan rumah tok imam ke, rumah sape2 ke , okay la acceptable, ni bakar. apa dah jadi dengan kemanusiaan.

    tapi betul easier to be said than done. self esteem dorang akan jatuh ke tahap yg paling rendah bila melahirkan anak luar nikah tu, so camna la dorang nak pegi call wanita umno, or mana mana badan kebajikan utk ngadu nasib or serah baby tu .

    harap family pada gadis2 'dulu gatal sekarang malang' tu dapat bagi sokongan moral.

    tu yg paling penting

    BalasPadam
  2. Angel, pada masa itu self-esteem hancur (jika ada sebelumnya.

    Mereka akan tercari-cari siapa boleh membantu. Bukan ramai sangat tahu berhubung kewujudan rumah perlindungan swasta atau rumah sama di bawah kendalian agensi kerajaan.

    Pada masa sama pasti banyak perkara perlu diuruskan. Mencari boyfriend melarikan diri? Mencari teman baiknya, mungkin boleh membantu. Jika terjumpa, akan mengambil masa untuk bertengkar, bergaduh, ber 'macam-macam' lagi.

    Tapi bila kita tengok menteri bercakap di TV, macam enteng sahaja, kan?

    BalasPadam
  3. Adoi! risau dengarnya!

    Lambakan anak luar nikah menjadi-jadi di bumi yang agama rasminya Islam. Nampak sangat Islam kita semakin nazak. Kesedaran Islam kita semakin malap.

    Kita kena menyedarkan semua kita. Lia, Lini dan Lin.. mungkin sebangsa kita. Semua anggota keluarga kenalah menangani masalah ini dari akar umbi. Bermula dari rumah lagi kesedaran perlu ada. Betapa anak luar nikah itu adalah haram. Anak Haram tak seharusnya ujud.

    Semua media massa kenalah sedar sama; saya sering mengulas tentang drama dari Indon asyik memuja sangat anak luar nikah ini. Ini kena dibetulkan.

    Tanpa kesedaran, insaf & tahu apa itu dosa pun pahala payah gejala ini akan dihentikan.

    BalasPadam
  4. Awat seksi sangat gambar tu, apa kaitannya dengan berita. adakah salah seorang yang diceritakan?

    BalasPadam
  5. Aspirez, tahu blog awak banyak cerita agama, syukur.

    Saya tengah baca semua tempelan.

    BalasPadam
  6. pada pendapat saya bro... semua benda ni bermula dari hiburan hedonisme yang melampau...

    \kenapa saya cakap cam tue, kite semua tahu kan?

    BalasPadam
  7. Ya Allah... ramainya anak didaftarkan tanpa bapa..

    Nak jadikan anak haram ni satu budaya ke? Mana pergi sifat malu mak bapak?

    Kerana bapak gila nafsu, emak pula mudah sangat terpedaya dengan janji palsu... anak pula yg jd mangsa.

    BalasPadam
  8. sejuk mata..nikmat mata dipergunakan dengan seluasnya
    sikit panas sebelumnya.

    membayar harga sebuah pemodenan dan pembangunan.

    cian, ibubapa dugaan dalam kenikmatan sebuah kehidupan.

    BalasPadam
  9. Fid, I don't think so.

    Ada juga antara gadis terbabit bukan kaki berhibur. Mereka gilakan duit dan melihat ruang dan peluang.

    Sedangkan di akhir perjalanan mereka menjadi mangsa.

    VIC, tak nak tahu statistik di Kelantan berapa ke? Hu Hu Hu!

    BalasPadam
  10. salam saudara,
    punca perkara ini berlaku kerana kita semua menjauhkan diri daripada islam. Masyarakat hanya memandang islam hanya sembahyang , puasa, zakat dan kalau mampu pergi haji dan tumpuan utama adalah orang tua sahaja. sedangkan islam adalah cara hidup yang syumul.islam dah beri jalan penyelesaiannya tapi kita enggan melaksanakan arahan pencipta. jadi inilah jalan kehancurannya.

    BalasPadam
  11. bro mazidul. jgn di hebah statistik di kelantan. nanti dituduh bersekongkol lagi . kikiki. hebah satu malaysia takpe

    BalasPadam
  12. terima kasih tuan. blog tuan menarik dan terkini. isu lama tapi masih belum dapat diatasi sepenuhnya oleh kita. Mungkin pembaca lain ada cadangan untuk mengekangnya. Memang jalan mudah masyarakat akan nyatakan islam penyelesaiannya tetapi macamana kaedahnya kan. harap ada pendapat bernas dari pengunjung dan sobat semua.


    Mazidul Akmal Sidik berkata...

    Aspirez, tahu blog awak banyak cerita agama, syukur.

    Saya tengah baca semua tempelan.

    Selasa, 2010 Februari 16 16:47:00 GMT+08:00

    BalasPadam
  13. salam...

    Masalah sebegini sudah lama da terjadi kat 1 Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama ISLAM.

    Yang menghairankan saya la bro kenape jabatan agama kat malaysia nie ikut mood jer nk buat serbuan kat hotel2 yang selalunye menjadi port couple ehem2?

    Minta bro buat la sesuatu. kita sama2 banteras masalah nie. xboleh kite letak kat satu2 organisasi saje. banyak pihak lepas tangan. di kawasan tempat tinggal saya pun same saja berlaku maksiat nie. bg hukuman yang berat baru mereka2 ini takut nk buat.

    sekian terima kasih...

    BalasPadam
  14. Salam Tuan Mazidul.

    Saya suka dengan pendapat Mazidul dalam hal ini. Ada saya jumpa beberapa orang gadis yang terlanjur, memelihara dengan baik anak mereka. Keluarga mereka juga tidak membuang mereka, walaupun lelaki lari. Ada juga yang keluarga si gadis tidak mahu menerima lelaki bertanggungjawab sebagai menantu kerana beberaa sebab, terutama tidak ada kerja.

    Apa yang saya lihat, gantinya, Allah beri mereka suami yang baik juga.

    Mungkin ini kerana mereka sanggup menanggung kesalahan diri. Maka Allah pandang kesanggupan mereka itu.

    BalasPadam
  15. Kebanyakan masyarakat kita tak dapat menerima ahli keluarga mereka yg mengandung luar nikah ni..Memang payah nak terima pun.

    Tapi at least cuba lah bagi peluang kat meraka nak betulkan kesilapan mereka.

    BalasPadam
  16. Perempuan sememangnya tidak boleh diukur kesuciannya dengan pencapaian akedemi.. haiz zaman sekarang..

    BalasPadam
  17. Statistik itu benar2 menakutkan! Bagi yg beragama Islam, apa akan jadi dgn Nasab yg caca-marba?

    Tempoh 8 tahun dgn bilangan kelahiran di luar nikah yg amat besar di bumi Malaysia, negara Islam? Memang tak masuk akal!

    Saya nak tahu apa tindakan Pengarah JPN menangani permasalahan ini?. Sudahkan mengambil pendekatan yg sewajarnya? Sudahkan menyalurkan maklumat tersebut kepada kementerian yg berkenaan? - Kementerian yg berkenaan sudahkah mengambil tindakan? - Apa tindakan serius, cepat & tepat yg telah dilaksanakan? Apa masalah yg dihadapi sepanjang melaksanakan tindakan? Apa penyelesaiannya?

    Mufti, Ulama, Guru Agama & Jabatan Agama yg berkaitan - GEMPURRRRR!

    Ibu/Bapa/ahli keluarga - sama2 kita memantau anak2 kita - Anak2 yg tersalah langkah, kita WAJIB menerima mereka seadanya - sekali jalan terkena dua kali jalan tahu - usah kita meminggirkan anak2 yg bermasalah ini, WAJIB kita membentuk mereka ke acuan yg sepatutnya lagi dan lagi - Pembentukan sahsiah & nilai hidup bukan terhenti apabila anak2 mencecah usia 21 thn - Taburan tanah menutupi liang lahad adalah noktah yg sebenarnya.

    BalasPadam
  18. UstazCahaya,

    Anak luar nikah tidak pernah berdosa & kita amat berharap ada lelaki yang sanggup menerima serta mendidik anak luar nikah ini agar menjadi insan berguna tidak rasa rendah diri malahan menjadi anggota masyarakat yang mulia. Mereka tak pernah minta lahir ke dunia dengan martabat diri sedemikian.

    Namun dalam satu sudut pula, jika kita asyik membela wanita yang melahirkan anak luar nikah ini; lelaki yang gerladangan akan terusan mengganas & sampai kiamat perkara ini tidak akan ada penghujungnya.

    Penyelesaian yang sesuai; kita kena bergerak serentak; membela & mencegah masalah maksiat ini. Zina adalah dalam lingkungan dosa besar, seperti arak, sihir, bunuh, riba, makan harta anak yatim, syirik, lari dari perang, judi juga menuduh perempuan baik berzina.

    Zina amat jelas bukan dosa kecil seperti yang disebut; dosa kecil pun jika sering dilakukan menjadi dosa besar.

    Kita kena terusan memantau maksiat ini lantaran ianya boleh menghancurkan keturunan umat Islam jika tidak dibendung.

    Jika dulu kita berperang secara terang-terangan demi mengembangkan syiar Islam, sekarang ini Nahi Mungkar itu jua boleh kita anggap peperangan menentang hawa nafsu. Kita tak boleh lari dari terusan berjihad memerangi maksiat ini demi menjaga maruah bangsa & agama.

    Kesedaran seperti yang ada di jiwa Pn Liza seharusnya ada di setiap jiwa kita.

    BalasPadam
  19. sdr Idan,
    sokong 200%

    hukuman perlu dikenakan demi mata memandang supaya kejadian tidak berulang.Lembutmanja sangat pun tak boleh.tak serik

    kesalahan diri ditanggung sendiri, itu antara dia dengan TUhan, tetapi kesilapannya juga perlu memberi pengajaran kepada masyarakat/orang kedua/lain supaya tidak membuat perkara yang telah mereka nampak dan dengar dari media masa.

    BalasPadam
  20. Teringin nak tau statistik anak haram di Kelantan tapi kang kalau bertanya dituduh saya ni pro BN plak.. sengaja nak jatuhkan negeri dan pemerintah Kelantan.

    Serba salah nak tanya...

    BalasPadam
  21. “Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah akan tetap diberi penjelasan. Dan barang siapa yang melakukan kejahatan walaupun sebesar zarah, maka dia juga tetap akan diberi pembalasan.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7 dan 8).

    BalasPadam
  22. Salam... V.I.C... yang nak tau sangat tentang KELANTAN kenapa?

    * Pergilah apply grant kat kementerian yang berkaitan dan buat reserach/survey sendiri supaya berpuas hati :p (lepastu bolehlah lantik saya jadi R.A ya...)

    ** cara penyelesaian harus dicari supaya masalah ini dapat dibendung...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.