Selasa, Februari 09, 2010

Ilmu Kalis Panas

Dalam tempelan di bawah, saya luahkan kekaguman terhadap sindiket memasarkan cakera optik cetak rompak di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, Johor. Mereka tidak pernah mengaku kalah kepada tindakan pihak berkuasa merampas bahan dijual berulangkali.

Namun dalam perjalanan ke lokasi terbabit saya terserempak lelaki lebih mengkagumkan perlakuannya.

Dia tidur lena di atas bangku simen tanpa bumbung berhampiran laluan orang ramai.

Ketika itu jam 1.10 tengahari, waktu matahari terpacak di atas kepala. Mungkin dia ada ilmu kalis panas.

12 ulasan:

  1. dah ngantuk sangat tu kot...sampai tak hirau panas.....hehe

    BalasPadam
  2. Salam Abg Mazidul.

    Mintak tolong sangat war warkan ada kejadian ragut dekat kawasan LRT Pandan Jaya petang semalam 08/2/2010. Mangsa wanita melayu. Peragut disyaki larikan diri ke dalam semak terbiar kat kawasan LRT Pandan jaya berdepan loji air.

    Ramai pengguna LRT station Pandan Jaya yg berjalan kaki lalu kat sana termasuk BUDAK SEKOLAH.
    Harap semua yg melalui situ berhati hati.

    Abg Mazidul tolong sound sikit pihak yang berkenaan kasi tebas semak samun tu. Buat la padang permainan ke apa ke. janji tak jadi sarang peragut.

    Terima kasih

    BalasPadam
  3. mungkin insan itu pelanggan rumah urut atau pelanggan vcd lucah, bila sumer dah kena rush ..dia tensen bangat lalu melayan emosi di kerusi free. terik mentari dh imun di jiwanya ...pesan jgn tido sana sampai subuh nanti kelawar malam dtg meliwat heheh...bila free abg maz buat reunin student ITM kolej perindu n delima tau year 1993

    BalasPadam
  4. oppss sebelah 7 E, ada jual minyak urut sambil boleh coba2 test, tingkat 1.(satu pertanyaan)

    BalasPadam
  5. Wahhh... steady jer berjemur kan?

    Saya MENYOKONG usul Sdr Mohd. Saya sendiri pernah menjadi mangsa ragut di kawasan LRT Pandan Jaya..

    Stesen LRT tu agak jauh dari perumahan, dan tempoh masa untuk berjalan kaki ke rumah memberi ruang untuk menjadi mangsa ragut...

    Selain itu stesen LRT Pandan Indah (sebelah Pandan Jaya) juga sering ada kes ragut, kerana lebih sunyi dan pejalan kaki terpaksa melalui bawah jambatan (flyover MRR2 sebenarnya).. agak sunyi dan sedikit gelap...

    BalasPadam
  6. Lagi satu.. Sdr MOHD... kawasan semak yg disebut itu dulu ada beberapa buah rumah (pondok) orang pendatang (Indonesia).. cuma sekarang dah diroboh dan kawasan itu memang semak..

    bila lewat petang dah tak ramai yang berani lalui jalan pintas itu... tapi utk melalui jalan besar (yg ada keta lalulalang) sangatlah jauh....

    BalasPadam
  7. Kut! tengah khayal... dadah ke apa! Nikmatnya dia tidur, kita ni tidur berbantal empuk pun selalu tak lena.

    BalasPadam
  8. dia sebenar tidur dari pagi lagi..tak sedar hari dah kesiangan..apa-apa pun,kita kena brsangka baik..=)
    mungkin hari ini hari dia,esok lusa...?



    M.RIZAL
    http://imipro.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. Kata pepatah ada berbunyi "alah bisa tegal biasa". Dek terlalu biasa maka apa yang dianggap luar biasa pada orang lain adalah biasa padanya. Nafsu berupaya membuat manusia lelaki yang berakal 9 untuk membuat yang luar biasa berbanding wanita yang berakal 1. Sungguh manusia dijadikan luar biasa dan penuh keajaiban.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.