Khamis, April 01, 2010

Anda Diperhatikan

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan  Jalan, JPJ, Datuk Solah Mat Hassan saya hubungi minggu lalu, pihaknya menerima lebih 13,000 imej pegun dihantar orang ramai berhubung tindakan pemandu melakukan pelbagai kesalahan di jalanraya.

Jadi kepada semua pemandu, berhati-hati. Gambar anda mungkin dirakamkan dan dihantar mereka tidak dikenali kepada JPJ. Pada masa sama anda juga boleh menghantarkan imej kenderaan milik orang lain melakukan kesalahan lalu lintas ke aduantrafik@jpj.gov.my.

It's fair and square.

15 ulasan:

  1. bagus, nampaknya pembuli jalanraya boleh berkurang, mana tau kes kecil2 itu melibatkan penjenayah besar.

    BalasPadam
  2. Kenapa bila memandu, orang yang lemah lembut boleh bertukar jadi gorila, ya? Asyik merengus dan macam dia seorang yang pandai.. geram betul...

    BalasPadam
  3. huhu.. agak berbahya ... kena berhati-hati.. bukan satu dua org je buat kesalahan.. tapi ramai... huhuhu... tak nak bayar saman .. so jgn buat kesalahan itu je...Berhati-hati di jalan raya..

    p/s: jalan kat raya bukan besar sgt.. makin lama makin kecik sbb kete makin banyak..so pandu dgn cermat...perihatin di jalan raya

    BalasPadam
  4. boleh beritahu tak camna nak hantaq gambaq2 kesalahan nie kepada JPJ...

    BalasPadam
  5. "jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri" patut la rasa macam ada orang perati jerk time balik lewat malam. ;) JPJ rupanya.

    BalasPadam
  6. Ke mana nak hantar imej tu???........ke nombor yang di tulis kat belakang lori tu ka???........

    BalasPadam
  7. sy pernah rakam dan hantar gambar anggota polis trafic sendiri yg langgar lampu merah.. nak kata dia kejar org tak ada pulak masa tu..tak tahu ler diambil tindakan ker tidak

    BalasPadam
  8. Salam bro Maz. Macam mana caranya untuk saya meghantar imej2 kesalahan kenderaan kepada JPJ? Maaf sebab saya x berapa aware benda2 mcm ni..

    BalasPadam
  9. Buang masa saja hantar imej ke JPJ kalau imej itu diperap di pejabat JPJ. Bukan senagn nak proses 13,000 imej untuk tindakan susulan. Berapa ramai pekerja JPJ kena ambil untuk kerja ini? Ketua Pengarah JPJ tak cakap apa pun.

    sri hartamas

    BalasPadam
  10. berkesan ke cara ni? en mazidul negara mana lagi yg buat macam ni? (jika ada)berkesan tak cara ni di negara mereka? Apa pe pun yang penting penguatkuasaan...nak didik dan ajar pemandu bongok ni dah tak larat...tak makan saman...penyakit pemandu bongok ni dah berjangkit kat putrajaya dah la ni...aduhai penjawat awam/pekerja kerajaan...tak dapek den nak kato!

    BalasPadam
  11. Zulkifli, untuk pengetahuan awak this project was initiated by KP JPJ. Beliau merakamkan kesalahan pemandu menggunakan telefon bimbitnya sewaktu dalam perjalanan ke Kelantan.

    Lagi pun tiada paksaan dalam hal ini. Terserah, saya hanya berkongsi makluimat bersama pembaca.

    BalasPadam
  12. kat semenajung je ke?

    kat Sabah, di KK ni byk yg buat salah, tapi traffic tak buat ape pun...

    BalasPadam
  13. Tq bro. Baru perasan pagi ni ada link aduan trafik JPJ. ;)

    BalasPadam
  14. Jangan disalahgunakan...

    Gambar selalunya memberikan seribu makna...

    BalasPadam
  15. kalau tengah drive boleh ambik gambar ke? mungkin minta penumpang ambilkan gambarnya kalau tak penghantarnya pulak yang kena saman. takde pasal cari pasal namanya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.