Isnin, Mei 10, 2010

Langgar Undang-Undang Dengan Harga 50 Sen?

Dilaporkan sebilangan warga Thailand tidak berpuas hati berikutan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan, menahan dan mengenakan tindakan ke atas kenderaan negara mereka mengangkut pelancong masuk ke Malaysia.

Isu ini timbul berikutan rintihan pemandu teksi dan kereta sewa di Kelantan mendakwa pendapatan mereka terjejas berikutan kemasukan kenderaan Thailand ke Malaysia. Sepatutnya pelancong negara jiran masuk ke Malaysia dan menggunakan perkhidmatan pengangkutan tempatan.

Namun saya percaya, masalah terbabit mampu diselesaikan dengan kaedah perbincangan wakil kedua negara. Jika mereka terbabit dalam khidmat pengangkutan di kedua negara berpuashati, pasti tidak timbul masalah. Pelancong sekadar memilih perkhidmatan murah dan lebih selesa.

Itu kisah di pintu masuk Malaysia-Thailand.

Bagaimana pula isu rakyat kedua negara berulang-alik, keluar masuk menggunakan bot berenjin galah di Sungai Golok?

Sehingga kini banyak pihak dilihat sekadar memejamkan mata. Saya pernah membangkitkan hal sama di tampalan terdahulu. Alasan dilontarkan, majoriti pengguna jalan air terbabit bersaudara. Jadi melintasi Sungai Golok tanpa menggunakan dokumen, seolah-olah dibenarkan walhal hakikatnya menyalahi perundangan Imigresen kedua negara.

"Tambang murah, 50 sen sehala," kata pemilik bot.

Maksudnya, sesiapa sahaja mampu menyeberang, sekaligus keluar masuk secara tidak sah melalui sempadan negara dengan kos 50 sen.

Sejak bila undang-undang memperuntukkan keistimewaan kepada mereka hanya kerana alasan persaudaraan?

5 ulasan:

  1. apakah puncanya?

    adakah rasuah masih berleluasa atau semakin berleluasa?

    mana badan pencegah rasuah? tidak jalankan kerja kah?

    BalasPadam
  2. susah juga yer..

    undang-undang ada kenal saudara mara ker?? (soalan), ada sapa nak jawab..bukan perli.

    BalasPadam
  3. Penguatkuasa2 undang-undang tu yang mungkin bersaudara-mara dgn org2 dari seberang sungai tu @ mereka2 tu ada rumah No. 2 kat seberang sana?

    BalasPadam
  4. Nak menikah lagi, pun ikut jalan tu jugak ker?

    BalasPadam
  5. Rm 1 la..Rm 10 pun ada, kalau ada operasi

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.