Sabtu, September 18, 2010

'Wartawan TV3' Diberkas Polis

Usianya 35 tahun berasal dari Felda Air Hitam, Johor. 4 hari lalu, saya dimaklumkan suspek dikesan menyamar wartawan TV3, lengkap memiliki tag nama.

Lelaki penganggur terbabit dikatakan bertindak berani memeras ugut peniaga di sekitar Kluang untuk mendapatkan wang.

"Perangkap dia," itu kata saya.

Saya meminta wakil TV3 di Johor, Zulhazri Abu Bakar 'menguruskan' kes itu. Bertindak bijak, dia kemudian menghubungi Ketua Polis Daerah, OCPD Kluang, ACP Mohamed Fawzi Arshad dan mendapatkan kerjasama pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil.

Jam 4 petang semalam, suspek terbabit 'terperangkap' di kafe di bandar Kluang. Zulhazri menyamar taukeh cendol dan rakan kononnya taukeh kelapa duduk berbincang bersama suspek mendakwa mampu 'menguruskan' kes individu didakwa mahkamah kerana dia mendakwa mengenali kakitangan mahkamah.

"Peniaga kemudian datang ke lokasi dan menyerahkan RM200 kepada dia," ujar Zulhazri.

Zulhazri semasa bertemu suspek dilengkapi mikrofon tanpa wayar manakala jurukamera bertugas merakamkan visual dari dalam kenderaan, berada tidak jauh dari lokasi pertemuan. Justeru, semua visual dan audio 'transaksi' dirakamkan.

Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD  Kluang kemudian menahan suspek mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jik sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun, disebat dan didenda. 

Hemat saya, 'hebat' suspek itu. Cuma dia tewas dengan penyamaran dilakukan wakil TV3 sebenar di Johor.

“Jangan takut, Media Prima ada Pegawai Penyiasat. Saya memang diarahkan Datuk Seri Farid Ridzuan untuk menjaga kawasan selatan (Semenanjung Malaysia)”

Itu antara dakwaannya.

Apabila diperiksa, tiada tag nama TV3 ditemui.

"Rupanya sehari sebelum itu dia pergi 'pau' gerai menjual CD cetak rompak. Dia ambil 4 keping dan kemudian masuk ke 7 Eleven di Air Hitam. Peniaga curiga, ingat dia nak merompak, menghubungi polis. Polis kemudian merampas tag nama dia. Jadi saya ke Balai Polis Air Hitam dan dapatkan tag nama bertulis TV3, NSTP, Berita Harian dan Harian Metro," ujar Zulhazri.

Suspek dipercayai menyamar wartawan TV3 sejak sebulan lalu namun tiada pihak diperas ugut membuat laporan polis.

Barangkali mereka gentar mendengar kata-kata dan lagaknya bak 'wartawan'.

Saya percaya berita penangkapan terbabit akan disiarkan Buletin Utama dalam tempoh terdekat dan pastinya laporan secara eksklusif boleh disaksikan di 999, 23 September kelak.

"Dia pakai apa bila ditahan?," soal saya.

"Kemeja lengan panjang, slack. Memang tak nampak langsung macam orang kampung. Kalau kita tak tahu, dengar dia bercakap memang boleh 'beli' lah," jelas Zulhazri.

Suspek akan direman pagi ini selama 4 hari sebelum didakwa di mahkamah.

Untuk rekod, dalam bidang kewartawanan penyiaran, tiada jawatan Pegawai Penyiasat. Namun, sebilangan wartawan bertugas, antara mereka wartawan meja jenayah dibolehkan menyamar bertujuan mencari maklumat tepat berhubung kes sebelum menghasilkan karya dan dipaparkan di TV.


Zulhazri mencatatkan pengalaman peribadinya berhubung kes sama di blognya, baca di sini.

Tahniah kepada Zulhazri, OCPD Kluang, pegawai dan anggota terbabit dalam usaha meberkas suspek.

Bravo!


Kepada suspek cuba memburukkan nama TV3, terimalah padah atas tindakan tidak bertanggungjawab itu.

13 ulasan:

  1. Hahaha.. baca permulaan ayat 'Johor Bahru' - terbayang bapa gegula yang kena tangkap! Rupa2nya bapak gegula dah jadi menyamar jadi batang tebu....

    BalasPadam
  2. syabas!!!

    mujur ade tindakan pantas. kalau tak mesti lagi ramai yang terperangkap.

    BalasPadam
  3. Ini artikel menarik dari abang Mazidul.
    Kes seperti ini juga pernah berlaku di Sabah.
    Ada yg pernah mengaku 'sebagai wartawan' yang mewakili syarikat penerbitan tertentu atas tujuan yg tertentu utk mempengaruhi orang lain.

    BalasPadam
  4. sekarang ini, macam2 ragam manusia. semuanya demi nak meneruskan kelangsungan dan survival hidup.

    apa la nak jadi skrg ni... :(

    BalasPadam
  5. Dalam bidang kerja lain pun ada juga anasir menyamar ni, tetapi mencemari kerjaya wartawan dgn memeras ugut memang patut dibanteras...

    Bagi wartawan yg fokus skop jenayah, pasti terpaksa juga menyamar mengikut kesesuaian tugas.. Ada juga saya dengar, wartawan terpaksa berlagak biasa, dan menjadi orang lain, kerana dibimbangi ada pihak yang dicekup membalas dendam.

    sungguh berisiko!

    BalasPadam
  6. saya pernah terkena juga..

    dalam 4 tahun lepas kalau tak silap..saya ada di sebuah bank, baru nak keluar kan duit dari ATM.. didatangi seorang lelaki mendakwa dirinya staff tv3 yang tngah buat shooting rancangan dekat batu gajah..

    saya tak tahu macam mana, pukau atau apa, tapi saya memang dengan mudah menyerahkan lebih kurang RM600 pada nya..

    saya hanya sedar selepas dia pergi meninggalkan saya :(

    BalasPadam
  7. Tahniah, kalau polis bersikap proaktif macam yang dilakukan oleh pihak saudara dan rakan-rakan, tentu kurang jenayah dan banyak salahlaku boleh dihapuskan.

    BalasPadam
  8. Bro, nanti cendol yang bro order nak hantar kat mana? Tapi, thank you for the guides and support from you. Hakikatnya, menyamar untuk tangkap orang menyamar. Classic kan?

    BalasPadam
  9. Elok ditangkap saja orang macam tu. Kalau dibiarkan, ramai lagi yang jadi mangsa penipuan.

    Siapa orang ni yer ? Entah-entah saya pernah jumpa kat Kluang.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  10. fuyoo..mcm cite dalam tv la..rupe2nye dlm dunia realiti pn ade..syok tol kalo penyamar ni kantoi ngn wartawan sebenar..huhuhu...SYABAS!!

    BalasPadam
  11. saw the hidden vid on Bultein Utama just now.
    when he dropped Karam Singh Walia's name, I seriously LOL'ed.

    BalasPadam
  12. Org cam nih powna ade...sepandai² tupai melompat...akhirnya jatuh ke tanah jugak...biar diew rasa balasan atas kesalahan yg diew buat tuh...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.