Selasa, November 23, 2010

Mayat Dalam Hujan (DAN Gambar Premis Mencuci Kenderaan)

Jam 4.15 petang tadi saya memandu menuju ke Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Di persimpangan Lebuh Surian dan Lebuhraya Damansara Puchong, terdampar mayat ini.

Mangsa lelaki Cina, 45 tahun beralamat di Rawang.


Pemandu tow truck dilaporkan berkata brek kenderaannya gagal berfungsi lalu terlanggar motosikal ditunggang mangsa dari belakang pada jam 3.30 petang ketika hujan renyai.

Lihat jarak di antara mayat dan kedudukan motosikal mangsa di kelilingi orang ramai.


Saya anggarkan mayat terheret lebih 20 meter.

Kelazimannya, tow truck menarik kenderaan rosak atau terbabit kemalangan jalanraya, kali ini senario berbeza.


***

Seperti dijanjikan sebelum ini, saya ke lokasi premis mencuci kereta di Damansara Perdana.

Berikut gambar saya rakamkan.

Premis kosong, tiada pekerja tanpa mesin compressor dan vakum.


"Saya tahu, mesin dah kena rampas. Sebelum ini MBPJ lalu di kawasan itu pun tak ada kacau. Bukan saya dapat banyak pun, dua tiga ratus sahaja sebulan. Saya bukan buat kerja salah," ujar pemilik premis.

Pemilik premis? Biarlah tidak saya dedahkan identitinya.

Dengan jumlah pendapatan bulanan diraih, dia mendakwa sukar membesarkan 2 anak setelah dipindahkan dari lokasi bukan di Semenanjung Malaysia.

"Encik menggajikan warga asing bekerja tanpa permit sah dan beroperasi di lokasi tanpa lesen. Tak salah ke? Sepatutnya encik menegakkan undang-undang, bukan melanggarnya. Saya bimbang, sebilangan anggota masyarakat akan berkata encik menyalahgunakan kuasa diperuntukkan kepada encik sebagai kakitangan kerajaan. Lagi pun niat tidak menghalalkan cara"

Balas saya sebelum memutuskan komunikasi.

Harapkan pagar, pagar makan padi.

8 ulasan:

  1. Duit takkan pernah cukup kalau tidak diuruskan dengan betul...

    BalasPadam
  2. Bro, saya tertarik dengan fakta "sepatutnya encik menegakkan undang undang, bukan melanggarnya."

    I wonder who the fella is. Hahaha.

    Apapun, ini baru sekelumit dari apa yang ada kat Malaysia ni.

    BalasPadam
  3. RM300 je? tipu...kawan pejabat saya pun buat bisnes ni untung banyakla...

    orang itu pegawai kerajaan ke? penegak undang2?..hurm...
    musykil macam hazrey

    BalasPadam
  4. kesiannya cina tu..
    kesilapan org lain, dia menemui ajal

    takkan RM300...
    bohong sunat kot?

    BalasPadam
  5. untung sikit kerana kengkawan tumpang sekaki, bukan nak bagi nasihat..malah tumpang senyum..

    BalasPadam
  6. Salam..

    Harapkan pagar, pagar condong lalu rebah.
    Nak buat tempat sandar pun tak yakin, apatah lagi saya yg berat ini...

    HAZREY, jangan gelak.!

    BalasPadam
  7. anak saya pernah bekerja part time sebagai pencuci kereta semasa menunggu result SPM dulu. dia kerja sekejap sebab katanya kerje teruk, dengan $25 gaji hari. kalau setakat dapat dlm $600 baik dia kerja di fast food, tempat selesa dan diberi makanan percuma. itu salah satu sebab orang2 kita tidak mahu menjadi car washers. jalan mudah adalah mencari pekerja haram. memang untung buka kiosk car wash, kalau tak mana mungkin ia seperti cendawan di musim hujan tumbuhnya!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.