Rabu, November 10, 2010

Nampak Wang Tunai RM10?


Apa anda nampak di dalam gambar di atas? Kubah? Bangunan? Kereta? Lori?

Ya! Semua objek itu ada.

Bezanya, saya nampak wang tunai RM10!


4 kereta dan 1 lori, setiap satu membayar RM2 untuk memakir kenderaan di kawasan terbabit, jumlah kutipan, RM10.

Sebelum ini saya menghubungi Pengarah Penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ. Menurut beliau MBPJ masih tidak mengeluarkan kebenaran, lesen kepada syarikat terbabit mengutip wang parkir biarpun surat permohonan telah diterima. Malahan syarikat sama pernah disaman kerana berdegil meneruskan operasi mereka.

"Kita parking punya syarikat, bulan bulan bayar wang kepada management bangunan. Jadi parking kena kutip juga, kalau tak kita rugiah," jelas pekerja pengutip parkir saya temui.

Bangunan Cova terletak berhadapan Kolej Segi, Seksyen 5, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Semalam saya singgah di restoran beroperasi di bangunan sama. Melihat kereta saya diparkir di kawasan sama, tiada pula pekerja meminta saya menjelaskan bayaran parkir. Jika mereka menjalankan aktiviti sah, mengapa saya dikecualikan?


Melalui pengamatan saya, 3 pekerja memakai vest bertugas pada setiap hari. Mereka mengutip bayaran parkir daripada setiap pengunjung berkenderaan tidak mengetahui fakta sebenar.

Ya! Mereka berani menjalankan kegiatan tidak sah di hadapan mata kita semua kerana  sebilangan pengguna cuba menyelidik, sebilangan lagi tidak, lalu menjelaskan bayaran secara membuta tuli kepada mereka tidak sepatutnya dibayar.

4 ulasan:

  1. sahabat,

    tiba-tiba aku jadi panas bila dengar cerita ini....

    BalasPadam
  2. Salam.Honestly sy pn suke argue n mempertahankan hak. tp, acapkali 2 jgkla org akn wat derk, malah mengugut saya..mentang2 sy ni kecik jer. dush2..xpsl2 kne debik..Abg mazidul cm bonzer, penyiasat pn ade..2 pasal die cuak kot :p heh

    BalasPadam
  3. Selalunya orang awam macam kita ni memang tak tau dan takkan nak tanya setiap kali nak parking..silap2 dia calarkan kereta kita...Yang patut memantau adalah pihak berkuasa tempatan, dah tau permit/lesen tak dikeluarkan saman le atau whatever undang2 yang boleh di kenakan keatas diorang... ni tak, takmau turun padang asyik goyang kaki dalam office ( sorry terimosional plak )

    BalasPadam
  4. bukan tak tau hak...tp TERPAKSA..

    kadang kala kite sendiri tau yg dieorg tiada kuasa nak ambil duit.ada tanah2 kosong,ntah siapa pemilik,tapi gengster2 dah jaga...nak tak nak,terpaksa bayar.

    mcm di menara TM, tempat2 parking di tanah lapang taun 2004 rm3/entry..skang rm10/entry...itupon mereka tak mau buka sebelum pukul 8.30..sebab kalau buka awal,nnt pekerja park situ dari pagi sampai petang. kalau buka lambat, yg datang hanyalah vendor2 atau rakan2 dari tempat lain, yg hanya singgah 1,2jam, kemuadian pergi..so dgn cara nie..2,3kali masuk lagi masyuk daripada sekali masuk.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.