Rabu, Disember 01, 2010

Ha! Jangan Jahat Nanti Polis Tangkap!

Lihat gambar berikut.


Operasi polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Jalan Pantai Cahaya Bulan.


Dia menangis teresak-esak tanpa henti sewaktu ditahan pasukan polis trafik pada jam 11.30 pagi. Polis trafik wanita cuba mendekati remaja ini gagal memujuknya supaya berhenti menangis.

Usianya, 12 tahun.

"Nak pergi mana?," soal saya. 

"Mama suruh beli kuih," ujarnya sambil mengesat airmata.

"Tak apa, polis bukan nak tangkap awak," jelas saya.

Saya dapat membayangkan ketakutan dialami pelajar darjah 6 ini. Saya percaya dia tidak pernah ditahan polis sebelum ini.

Teringat kisah sewaktu kecil, jika melakukan kesalahan, orang tua berada di sekitar akan berkata ...

"Ha! Nanti polis tangkap!"

Hemat saya, ramai antara pembaca pernah dihantui phrasa sama biarpun tinggal di lokasi berbeza. Polis dan kesalahan dilakukan orang awam seakan begitu sinonim.

"Ha! Jangan jahat, nanti polis tangkap!"

Mereka kini bertugas sebagai anggota dan pegawai polis  juga barangkali pernah dimomokkan dengan kenyataan sama. Apapun, pasukan polis tidak menangkap tanpa sebab.

"Kita saman dia kerana menunggang motosikal  di bawah umur dan satu lagi sebab tak pakai topi keledar.Waris dia, dalam kes ini, ayahnya kita saman kerana membenarkan remaja di bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen, " ujar Sarjan bertugas kepada saya.


"Wajar tak polis menyaman encik dan encik sekali?," soal saya kepada ayah remaja terbabit.

Dia datang ke balai setelah diarahkan polis.

"Haruslah," jawabnya.


Namun bukan semua ahli masyarakat  berpuas hati dengan tindakan pihak polis. Antara mereka remaja berusia 15 tahun dan keluarganya, gambar di bawah.



"Mek, tulung la Mek, Mek jelah kan ke demo ni!," rayu remaja terbabit sewaktu diberkas polis.

Kejadian belaku di Dusun Raja, Pengkapalan Chepa. Neneknya berusia 75 tahun beriya-iya mempertahankan kejujuran cucunya. Semua kenyataan polis dianggap tidak berasas dan tuduhan belaka.

Namun lidah nenek terbabit kelu setelah rumah digeledah pihak berkuasa, 5 biji pil kuda ditemui disorokkan di dalam cucunya.

"Nenek mu isak kudo ko? (nenek kamu hisap pil kuda ke?)," soal polis.

Akhirnya, kebenaran terserlah jua.

"Ambo punyo, beli 80 rial semuo tu (Saya punya tu, beli 80 ringgit semua," jelasnya.


Terima kasih kepada pasukan serbuan dari IPD Kota Bharu dibantu pegawai dan anggota Balai Polis Pengkalan Chepa serta Balai Polis Badang kerana bersama menjayakan liputan 999 di Kelantan.

10 ulasan:

  1. salam..ya betul suma tu..sedangkan ramai mak2 orang bawak kete xde lesen pun ade p amik n anto anak sekolah, p kulu kilir..klo moto tu biasa la bg mereka..

    BalasPadam
  2. kalau dah bersalah, patut terima saja.. kan?

    kes anak kena tangkap pulak, mmg patut ibubapa yg bertanggungjawab jugak kerana anak2 tersebut kan ke masih dalam jagaan mereka?

    biar anak2 and ibubapa sama2 dikenakan tindakan.

    BalasPadam
  3. MUNGKIN LAH.

    zaman dulu, wartawan berkejar ke crime scene atau lokasi serbuan untuk liputan jenayah.

    tapi sekarang, wartawan hanya perlu buat temujanji dengan polis, dan buat serbuan.

    sebab jenayah di mana-mana.

    xgitu en mazidul?

    BalasPadam
  4. Duduk kat kg gitulah. Sebabnya org tua takder/mals nak kluar. yang diharapkan budak tak cukup umor keluar utk beli brg...

    BalasPadam
  5. Harap pihak polis ramai2 pergi je kat Pekan Meru, Klang - kat situ ramainya pesalah jalanraya yang menaikia motorsikal yang tak ada lesen dan tak pakai topi keledar - sampai budak umor 10 tahun pun bebas merempit dalam Pekan Meru tu.
    Gerenti banyak hasil kerajaan boleh dapat disamping dapat menyelamatkan banyak nyawa rakyat.

    BalasPadam
  6. Mak ayah budak2 tak patut benarkan anak2 bawah umur bawa motor tanpa lesen macam tu... Helmet pun tak pakai. Memang berat tugas polis...

    BalasPadam
  7. yg pelik tuh ngapaler ajar anak umur 12 tahun menunggang motorsikal. Dikampung saya ada juga beberapa orang budak2 ni bawa motor macam org gila, pastu accident, patah kaki n tangan, berbulan dok sepital, tinggal sekolah..

    BalasPadam
  8. Kesian budak tu. Mesti panik tu.
    I pun ada dengar iklan kat radio, kalu anak bawah umur bawak motor kena tangkap, yg disaman adalah bapa. Anak itu lepas.

    BalasPadam
  9. aduh nenek sanggup ngaku demi cucu beliau..adeh.....

    BalasPadam
  10. kat kampung2, kat ulu2, kat kawasan melayu polis berani la...eksen la...

    tu remaja bukan melayu yg bawak motor ke kereta ke tadak lesen, tak pakai tali pinggang@topi kledar, polis nengok jer...tarak brani punya

    nenek ni bleh la polis persenda...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.