Sabtu, Januari 08, 2011

Tolong! Polis Trafik Tolong!

Saya berdiri di tepi Jalan Kenyalang 11/3, Kota Damansara, Petling Jaya, Selangor. Melihat kembali 11 lampu isyarat berdiri megah. Untuk rekod, saya pernah mendesak PKNS mendirikan lampu isyarat  terbabit di simpang empat, lokasi kemalangan jalanraya berlaku hampir setiap hari sebelum ini.

Sila baca coretan saya pada tahun 2009, Mengusung Mayat.


Kurang 10 minit berdiri di tepi jalan, gadis berskuter ini berhenti di hadapan saya.


Comel! Jaga kecantikan, jaga keselamatan umpama kata iklan televisyen zaman dahulu. Tanya mereka berusia 40 an, mesti mereka pernah menonton iklan itu. Apa pun, dia kelihatan bergaya biarpun bertopi keledar.

Pada awalnya saya ingatkan hanya penunggang motosikal di Jalan Pantai Cahaya Bulan,  Kota Bharu, Kelantan majoriti berdegil tidak memakai topi keledar, rupanya sebilangan penunggang di Kota Damansara juga mempraktikkan perangai sama.

Barangkali kepala mereka diperbuat daripada besi keluli, begitu juga kepala anak-anak mereka.


Sedang saya asyik merakamkan gambar di simpang empat ini, tiba-tiba muncul, Sabil The IT Problem Solver.


"Tu! Tu! Tak pakai topi keledar lagi satu," ujarnya.

Pantas saya merakamkan gambir lelaki ini.

Ya! Topi keledar tempatnya di bakul, bukan dipakai di kepala. Mungkin dia bimbang bakul motosikal pecah berderai jika berlaku kemalangan.

 

Melihat gambarnya dirakamkan dia pantas memakai topi keledar di kepala.


Manakala sebilangan penunggang motosikal bersifat selamba.


Kita serupa ...


Kita jalan sahaja ...


Ini kepala kita ...

Bayangkan jika penunggang sebegini terlanggar pelajar melintas jalan ...


Tersilap hari bulan, berpakuk lah jawabnya!

Jadi elok benar jika pegawai dan anggota Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya menjalankan operasi di kawasan ini sebelum berlaku kejadian tidak diingini.

12 ulasan:

  1. Bapak pakai topi keledar tapi anak x pakai... itulah yang biasa dilihat. Apa jenis bapak macam tu

    BalasPadam
  2. Kakcik setuju dengan ayat yang di bawah itu.. jangan bila 'terantuk baru tengadah'...

    Kepada para pengguna - apakah masih ada fikiran 'alaaa... yang kena orang lain - bukan aku...'?

    BalasPadam
  3. Boleh minta nombor telefom makwe naik skuter tu.
    :D

    BalasPadam
  4. Uish... seriau tengok bebudak tu melintas jalan!

    Susah sangat nak pakai topi keledar yek? Ada yg pakai tu pula, tidak diikat talinye...

    BalasPadam
  5. salam.... EN.MAZIDUL.... kalai ada masa, tengok la laman ni yeee... n bagi pendapat... ika xtau nk ckp ape dh.... mereka ni mcm nak mengapi2kan kita rakyat malaysia...

    http://malingsia.com/

    BalasPadam
  6. alaa bukan apa tu, mereka takut jambul rosak, kepala pecah takpe kot...

    BalasPadam
  7. Aku suker baca blog Mazidul sebab dia selalu ketengahkan perkara yang remeh (anggapan bagi sesetengah orang) tapi serius bagi golongan yang lain. Aku faham..bukan kita nak buka aib orang tapi ada masa kita kena dedahkan kesalahan agar orang atau masyarakat tidak teranaiya.

    Teruskan bro..bukan senang nak penuhi kehendak semua orang..27 juta rakyat malaysia mesti pelbagai kerenah..

    BalasPadam
  8. seriau pulak rasa tengak budak-budak tu melintas jalan....

    orang kita bila dah kena musibah mula la rasa menyesal bagai..

    sekali ketuk baru nak buat..isk2..

    BalasPadam
  9. Inilah namanya urat dawai tulang besi bang! Hehe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.