Sabtu, Januari 22, 2011

Topeng Dan Nickname

12 Januari lalu,  konstabel polis berusia 24 tahun dituduh cuba membakar teman wanitanya, 18 tahun di Kuala Perlis, Perlis.

Bertindak kejam, cuba membakar insan lemah, wanita, tindakan dayus! Dalam kes ini, identiti suspek dikenal pasti pihak polis.

Di Ulu Tiram, Johor, Norafizan Ludin, 30 tahun dan isterinya, Dewi Nadia Alias, 25 tahun dituduh membunuh anak mereka Nor Dania Qistina, 3 tahun. Lebih 70 kesan lebam dikesan pada mayat mangsa.

Mendera anak kecil sehingga mengakibatkan kematian, dayus! Pastinya mangsa tidak mampu mempertahankan diri sepanjang 4 bulan dia didakwa didera individu sepatutnya menjaga kebajikan hidupnya.

Sama seperti kes sebelumnya, identiti sahih suspek diketahui.

Duda beranak 3, berusia 38 tahun, Mohd Saupi Mohamad dituduh mencuri getah beku di Rantau Panjang, Kelantan, mati dibelasah 6 lelaki kerana didakwa mencuri getah beku.

6 suspek membelasah seorang manusia? Gajah pun mati jika menempuh pengalaman ngeri  seperti itu, tindakan dayus!

Dalam 3 kes jenayah di atas, dipetik dari akhbar tempatan hari ini, kesemua suspek dikenal pasti. Mereka akan berhadapan dengan tindakan undang-undang berikutan tindakan didakwa mereka lakukan.

Samada suspek dikenal pasti identiti mereka, bersalah atau tidak, mahkamah akan menentukan. Jika bersalah, mereka akan dihukum kerana melakukan tindakan kejam dan dayus!

Kes jenayah ke empat berikut, sedikit unik dan berbeza.

Di Rawang, Kuala Lumpur, P. Murugayah, 65 tahun dilaporkan bergelut dengan 2 suspek memecah masuk rumahnya dan suspek kemudian menembak lutut kiri mangsa.

Memukul serta menembak warga emas, biar pun dia tidak mati, tindakan dayus! Dalam kes terbabit 2 suspek dan 3 lagi rakan mereka menunggu di dalam kereta dikatakan memakai TOPENG. 

Saya melihat satu kebersamaan di sini.

Tindakan suspek terbabit mengingatkan saya kepada sikap segelintir bloggers sebelum ini. Jika kegiatan mereka di alam maya dipersoalkan, secara berkumpulan kita diserang.

Bertindak secara berkumpulan 'membelasah' individu beridentiti sahih tetapi mereka  sebaliknya berselindung di sebalik nama samaran, nickname, sama seperti penjenayah bertopeng dalam kes di atas.

... lebih dayus!

2 ulasan:

  1. Sadis betul kejadian sebegitu.
    Sudahlah kenal kalau pun tiada pertalian, sanggup pula membunuh. Benci betul.

    Hmm.. mnenyerang secara berkumpulan di alam siber, sebalik nick name, suatu fenomena yang sejak dulu sering berlaku.

    Dan yang pasti, ada orang yg jadi proksinya!

    BalasPadam
  2. apa punya bangang manusia kat kelantan tu..apalah sangat kesalahan curi getah beku sampai nak pukul sampai mati ..tak sekolah ke bukan org islam yang buat keje bodoh ni..so sekarang ni enam org yang pukul mamat curi getah tu nak bela ke anak simati tu???tak berperikemanusiaan langsung..kepada hero yang enam org tu ingat lah janji allah...buat baik dapat baik..kalau buat jahat ..tunggu jer lah balasan dari nya

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.