Gambar di bawah saya rakamkan pada jam 1.30 pagi tadi ketika membuat tinjauan di lokasi pertama, Precint 4, Putrajaya, bersama kru 666.
Sebelum itu kami meninjau bukit bersebelahan.
"Pernah orang mendakwa terlihat ular besar melilit puncak bukit. Maklumat mengatakan, ada percubaan untuk meruntuhkan bukit ini tetapi gagal," ujar Azree Ja;afar.
Bukit terbabit terletak berhadapan Jabatan Peguam Negara.
"Saya dengar, sepatutnya empat bangunan di sebelah Jabatan Peguam Negara itu dibina di sini. Khabarnya bukit ini cuba diletupkan tetapi tidak berjaya," kata Azree lagi.
Berikutan maklumat itu, Muhamad Zaki Muhammad pantas menghampiri kaki bukit diperkatakan. Dia kemudian secara mudah memecahkan batu kabur diambil dari permukaan bukit sama. Aksinya saya rakam menggunakan kamera Canon G12.
Saya seratus peratus yakin merekodkan beberapa gambar batu kapur diramas oleh Zaki sehingga berderai.
Bagaimanapun setelah lebih setengah jam meneliti lebih 500 gambar, gambar pegun dimaksudkan gagal saya ditemui sedangkan gambar terbabit telah saya prebiu sebaik dirakamkan di lokasi.
Suhu terendah direkod menggunakan Infrared, IR Thermometer oleh Mohd Farid Hamzah dan Ashraff Zainon, 58°F berbanding suhu asas 80°F. Mengikut pengkaji kes paranormal dunia, penurunan suhu secara drastik dipercayai berlaku kerana kehadiran entiti paranormal di kawasan sekitar.
"Ayah, putih putih itu, apa?," soal Azard.
Muhamad Azard Faez, 10 tahun, anak bongsu saya terlalu kepingin menyertai tinjauan bersama kru 666 sebelum ini. Malam tadi saya tunaikan permintaannya dengan syarat dia dijaga ketat setiap kru terbabit.
Berikut gambar dirakamkan Azard menggunakan kamera digital Canon G9.
Tidak berpuas hati dengan penemuan di lokasi awal, Rahmat Mokhtar, Razali Harun dan Alfee Ja'afar meredah semula kawasan di tepi bukit dan cuba mendaki tebing curam. Gambar mereka saya rekodkan dari jauh berikutan laluan berair dan basah.
Hampir jam 1.30 pagi, mereka terpaksa turun semula.
"Di tebing tadi ada banyak jaring dan kebel sebesar penggenggam, mungkin untuk menahan tanah supaya tidak runtuh. Suhu di atas memang sejuk, barangkali dalam lingkungan 20°C," dakwa Razali.
Sebelum beredar dari kawasan itu kami sempat berbincang. Jika batu kapur itu mampu dipecahkan dengan mudah menggunakan tangan, mengapa ada pihak dikatakan sukar untuk meruntuhkan bukit terbabit dengan kaedah letupan?
Seperkara lagi, majoriti gambar saya rakamkan selepas kru 666 mendekati bukit dan sebelum beredar, didapati hilang. Kejadian tidak pernah berlaku sebelum ini.
Dari kawasan parkir, saya rakamkan gambar Monumen terbabit pada jam 1.48 pagi.
Beberapa langkah sebelum tiba di tapak Monumen, Rahmat bersuara.
"Kapal terbang jatuh! Pilot dia mesti terkorban," guraunya.
Saya kemudian mengabadikan gambar Azard bersama Rahmat berhampiran kapal terbang kayu itu.
Perhatikan orb berwarna biru bak terapung di sebelah kanan atas gambar di bawah.
Tiba di ruang bawah Monumen, kru 666 berehat. Sebilangan menjamah nasi dibawa Razali ke lokasi dan membasahkan tekak meminum air sirap.
Saya mengambil kesempatan merakamkan gambar indah berikut untuk dikongsikan bersama pembaca.
Manakala sebilangan lagi kru bertindak kreatif menggunakan spotlight di taman. Kreativiti mereka di luar jangkaan saya.
Cuma gambar berikut, terlebih cahaya.
... tetapi LEBIH menakutkan! (panjangnya lidah dia).
"Hari ini, first day Bulan Hantu dalam kalendar Cina. Last day, 14 Ogos, itu hantu semua kena kurung balik. Biasa ini bulan, kita bagi hantu makan, lipat itu duit kertas palsu, kasi bakar supaya itu hantu tak ada kacau sama orang," kata San Ing Chuan, 'Ah Chuan'..
Ah Chuan, 30 tahun, mekanik dan juga jiran saya.
Kru 666 kemudian kembali ke pondok di kawasan berhampiran dan memasang 2 kamera video. Alat pengesan medan elektromagnetik, EMF, turut diletakkan di kawasan berhampiran.
Saya teruja apabil Ah Chuan secara sukarela menawarkan diri untuk duduk bersendirian. Sebelum dia ditinggalkan, Azard mengajar Ah Chuan cara menggunakan IR Thermomneter untuk mengesan penurunan atau kenaikan suhu di sekitar.
Kami kemudian pantas beredar sebaik rakaman kamera dimulakan dan berehat berhampiran Monumen sementara menunggu Ah Chuan.
"Banyak nyamuk, berapa lama lagi?," soal Ah Chuan melalui walkie-talkie.
"Biar dia duduk setengah jam bang," cadang Rahmat.
Beberapa minit kemudian, suara Ah Chuan kedengaran berkumandang memecah kesunyian pagi.
"Suhu turun jadi 51°F," ujarnya.
Lazimnya penuruanan suhu sebegitu, isyarat jelas kehadiran entiti paranormal.
"Ok! Ok! Sudah naik balik," katanya beberapa saat kemudian.
"Mungikin entiti itu melintas sahaja di kawasan dia duduk," celah Azree.
Apapun, Rahmat sedang sibuk berkomunikasi bersama Ah Chuan, beberapa kru lain, kelihatan amat kepenatan.
Tepat jam 2.55 pagi, hati kecil saya terdetik untuk menghalakan kamera di arah kru sedang duduk kurang 3 meter dari lokasi saya berdiri.
"Ada sesiapa membuang puntung rokok ke?," soal saya.
Firasat saya, jika asap rokok sekalipun, pasti ditiup angin ke atas tetapi imej dirakamkan kelihatan terapung begitu hampir dengan lantai simen. Sila klik untuk membesarkan gambar.
Sepantas kilat Razali dan Azree memeriksa lantai di kawasan imej dirakamkan secara teliti.
"Tak ada puntung rokok. Kalau asap, dia ringan, naik ke atas, ini ada sebahagian macam betul betul berlegar di atas simen" jelas Razali.
Apakah terjadi kepada Ah Chuan?
Kami difahamkan, jika air panas mendidih dicurahkan ke dalam mangkuk tandas, entiti paranormal didakwa bakal muncul. Benarkah dakwaan itu?
Di lokasi ke tiga kru 666 menjalankan 'eksperimen' itu. Apakah hasilnya?
Bersambung ...
Sila klik dan like Fan Page 666 untuk menunjukkan sokongan anda terhadap usaha tinjauan dan kajian kami laksanakan.
SMTI
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSaya merupakan penduduk Putrajaya dan saya sudah mendengar pelbagai kisah2 paranormal yang melibatkan bukit yang berhampiran dengan AGC di precint 4.
Ada pihak yang mengatakan Ustaz Harun Din mengarahkan agar bukit itu tidak diganggu kerana mempunyai orang bunian yang menetap disitu.
Dan beberapa kali ketika malam, saya berasa seram2 sejuk bila lalu di situ(kalau saya membawa kawan saya ke PICC lah).
Saya hanya ingin berkongsi sedikit pengetahuan saya. :D
SMTI dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada Crew 666
BalasPadamalamak...bersambung daaa....tgh syok baca tadi
BalasPadamowh ya..dalam banyak2 pic..pic bukit tu memang kelihatan menyeramkan...kelihatannya lebih mirip kpd sebuah busut yang agak besar
BalasPadamsmti
BalasPadamsalam..
BalasPadamAMTI :)
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSMTI.
Opsssss! tak sabar nak tunggu ni...
Selamat menunaikan ibadah puasa
smti
BalasPadammesti rasa seram sejul bulu roma tegak kan..
BalasPadamtergamam kejap tgk gambar2. gulp!
BalasPadamorb biru tu kalau xsilap saya dtg dr lampu kelip2 kt pokok belakang. Saya pn lalu situ bw anak2 g jln jumaat lps.
BalasPadamsalam hormat,
BalasPadamrasanya saudara mazidul tertinggal 1 lagi bukit batu berhadapan PICC (bersebelahan kompleks sekolah presint 5 sedang dalam pembinaan) yg khabarnya juga mempunyai cerita disebaliknya. Pada tahun 1996 saya pernah melakukan kerja2 ukur di sekitar kawasan ini dan keadaan kawasan ini adalah kawasan kampung (tanaman pokok kelapa, getah dan kelapa sawit) dan hutan sebahagiannya. Saya ada mendengar bahawa 2 buah bas digunakan untuk mengalihkan entiti yang mungkin dicari-cari oleh kru 666. Wallahu'alam.
*saya sekarang menetap di presint 5
Salam,
BalasPadamkat gambar no 1 tu,
ada gambaran muka 'sesuatu' kat bukit belah kiri tu kan
siap ada gigi lagi
wahh puashati dapat tangkap imej entiti...! teruskan usaha 666!
BalasPadamermmm...klu xsilap saya cerita nie pernah keluar kat tv3....
BalasPadamDiharap kru 666 membersihkan habuk, kesan cap jari pada setiap lensa setiap kali membuat kajian supaya iyanya lebih jitu. Jikalau lensa jenis DSLR, pastikan kedua belah dicuci serta dalam kamera juga. penggunaan flash juga mempengaruhi keputusan dimana habuk2 yg berterbangan mampu membalikkan cahaya flash lalu mewujudkan situasi 'orbs'.
BalasPadamMungkin kru 666 boleh membuat secara DIY kamera photo IR dan menggunakan lampu suluh jenis IR.
smti.
BalasPadamayah saya kalau pegi putrajay mesti sesat ..
ade kene mengena ka?
hahah.tp putrajay mmng sunyi
smti
BalasPadamMisteri jugak. Tapi aku rasa mcm jejak-jejak serangga terbang je.
BalasPadamSelalu lepak kt situ smpai tgh mlm gn family smbil nikmati roti john..hehehe
BalasPadam