Ahad, Julai 24, 2011

Pokok Misteri Berwajah Manusia

Lihat 2 gadis cilik berusia 17 tahun, saya temui sedang bersantai di hadapan pusat membeli-belah, City Plaza, Alor Setar, Kedah pada jam 6.48 petang semalam.


Gadis ketiga, berambut pendek beredar sebaik menyedari gambar dirakamkan. Mereka pekerja sambilan syarikat pembekal perkhidmatan jalur lebar.


Namanya, Rabiyatul Adawiyah Mansor, 'Ruby' dan dia petah berbicara.

"Pak cik tak pergi tengok pokok ada gambar perempuan menangis tu?," soalnya.

Tiba-tiba saya terasa bagaikan orang mengantuk di sorong bantal.

"Di mana?," tanya saya.

"Di Gunung Kriang, tak jauh dari sini. Ada masuk TV hari itu," balasnya.

Ayah pelajar tingkatan 5 itu berasal dari Australia. 

"Ayah dah tak ada. Dia meninggal dunia masa umur saya 3 tahun. Mak ada lagi, umur dia dah 60 tahun, " jelas anak kelima daripada 6 beradik itu.

Tanpa ditanya dia menyambung perbualan.

"Kadang-kadang dekat pokok itu orang terdengar bunyi perempuan menangis," katanya.

Tepat jam 11.30 malam, saya tiba di lokasi dimaksudkan oleh Ruby. Penduduk Kampung Gunung Keriang, Harisan Ahmad, 51 tahun menawarkan diri untuk menunjukkan sekaligus menemankan saya dan rakan lain.  


"Sebelum ini ada perempuan, orang Melayu kita kena histeria di kawasan ini. Dia tak kahwin lagi, datang ke sini dengan boyfriend, lepas itu terus menjerit. Sekarang ini sudah kurang orang datang, orang takut," dakwanya.


"Ada ke sebelum ini orang kampung terjumpa benda-benda pelik ke?," soal saya.

"Tak ada," balasnya ringkas.

Pantas saya merakamkan gambar pokok terbabit.


"Dia kalau dengan handphone boleh nampak lebih jelas lagi. Cuba beralih sikit ke tepi sungai, baru ambil gambar," saran Harisan.

Sewaktu berdiri di tebing sungai, saya rakamkan gambar fire orb.


Berhati-hati saya kemudian merakamkan gambar kulit pokok dari jarak berbeza.


Wartawan pelatih, Izzul Iswat Mohd Azman, 23 tahun, pantas menghalakan Infrared, IR Thermometer tepat ke arah batang pokok.


"Suhu normal bang," bisiknya kepada saya.

Ketika itu beberapa penduduk kampung mula berkumpul di kawasan sekitar.


"Sebelum ini, memang kita boleh nampak macam ada rambut 'dia' di tepi sebelah kiri," celah Harizan.


Tanpa teragak-agak dia menyentuh kulit pokok terbabit.

"Biasalah, bila ada benda pelik sikit, ada Cina datang mengangkung, minta nombor ekor di sini. Budak kampung letak cat biru di kulit pokok sabun ini," jelasnya lagi.


Lebih banyak gambar pegun saya rakamkan sambil meneliti kulit pokok terbabit dari jarak dekat menggunakan lampu suluh.


Sewaktu berada di kawaan sekitar, saya tidak berasa seram justeru tiada peluh dingin menitis di dahi.

Hampir jam 12 tengah malam, saya menghalakan sinaran laser IR Thermometer ke bahagian atas pokok.


Perhatikan perubahan suhu dirakamkan.


Saya mendapati suhu menurun secara drastik walhal suhu lebih tinggi dirakamkan Izzul pada awal tinjauan dijalankan.


"Nanti masa nak balik, saya tunjukkan gambar mula-mula budak kampung ambil pada waktu siang. Kalau nak, boleh bluetooth," ujar Harizan.

Berikut gambar dimaksudkan Harizan. Gambar dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum pokok misteri itu menjadi tumpuan dan buah mulut masyarakat.


Jika pembaca menggemari kisah paranormal seperti di atas, sila klik 'like' di Fan Page 666 sebagai tanda sokongan kepada kru terbabit.

16 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Smti, perghh. misterinya pokok ni.. mmg mirip muka orang lah.

    BalasPadam
  2. try pegi kellies castle . ada pokok mcm beruang tu lepas tu ada 1 hole... dlm hole tu ada muka manusia

    BalasPadam
  3. halamak!! gambar yg last sekai tu memang real lah ek? seramnya sampai macam nak termuntah, serius! mata kanan dia warna merah? ker mata saya yang dah terpele'ot?

    ee...sib bek baca hari dah siang...
    terimakasih TM...er..nanti kalau awak dah gunakan ubat gigi chop Gopal tu, boleh tunjukkan gambar gigi awak pulak tak? kalau ok kita pun nak try jugaklah...tapi tu diperbuat dari apa eh? takder bahan clorox?

    BalasPadam
  4. memang penah masuk berita ari tu psl pokok ni... siap ada org buat pemujaan lg. sembahyang kt ctu.. ermmm, smbhyg pkai colok tu la...

    Kru 666 tak nak g buat liputan kat Bukit Malawati, kuala selangor ke? kt situ pun, macam2 cerita gak dgr dr penduduk tempatan.

    LATEST ENTRIES
    1. FOTOGRAFI AMATUR - Bukit Malawati, Kuala Selangor

    BalasPadam
  5. pada mulanya sy memang nak buat N3 tapi bila sy ketempat tersebut masa tu gambo ni dah kena cat...maka tak jadilah...akhirnya cek mazidul yg buat ya...

    sy tinggal dikawasan berdekatan situ juga...

    BalasPadam
  6. Saya nampak seolah budak perempuan (2 kali pandang seperti simbol 'Angel' bersayap). Di bawahnya pula seperti kepala kambing Jamnapari (telinga labuh - ketara di sebelah kiri).

    Gambar drp kamera/akhir tu pula sebelah matanya merah.

    Hanya Allah s.w.t. lebih mengetahui apa yg tersirat...

    BalasPadam
  7. Dekat dah ngan rumah saya dikampung. Awat saya tak tau pun?

    BalasPadam
  8. Menarik, tapi kalau salah pemahaman, boleh membawa kepada unsur syirik.. hanya Allah yang Maha Mengetahui

    BalasPadam
  9. SMTI.

    saya mmg ada di alor setar semalam. kalau saya tau en MAS ada kat sana, mesti saya tak balik KL lagi. nak minta otograf. hihi~

    BalasPadam
  10. Kuasa Allah, apapun bolehnterjadi. Orbs ada di situ dan lebih banyak lagi di tempat yang RR pernah pergi...koh koh koh

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.