'Sayang, I sudah dapat baju kru 666!'
Barangkali itu antara kandungan BBM dikongsikan Atoi bersama buah hatinya sebaik menerima 2 t-shirt kru tetap 666 pada jam 11.30 malam tadi.
Kru 666 itu seringkali diusik oleh rakan lain kerana sikap keletah dan kenakalan gurauannya. Bagaimanpun, beruntung benar gadis menjadi pasangan Atoi kerana dia begitu komited dengan tugasan diberikan kepadanya.
Lihat, Atoi melipat baju, kemas.
Jam 10.30 malam, VJ bersama kru lain di Restoran Bestari Maju, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Bang, I kena ambil Fiona at 11 pm," ujarnya bersopan.
Fiona, teman wanita wartawan sukan itu.
Orang muda, begitulah.
Jam 11.08 malam, Pengarah Urusan syarikat percetakan, Aras Mahligai Sdn. Bhd, Norazizi Ya'akob tiba di lokasi bersama pembantu beliau.
Mereka berdua membawa bersama t-shirt kru tetap 666 seperti dijanjikan Norazizi sebelum ini.
Wajah Atoi dan Alfee menggambarkan keseronokan dikongsikan kesemua kru kerana berpeluang memakai t-shirt terbabit sewaktu melakukan tinjauan di Ulu Bendul dan Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Sabtu ini, InsyaAllah.
Lihat antara gelagat kru mencuba baju baru.
Alfee mewakili 2 adiknya, Azree dan Asyraf, tidak dapat menghadirkan diri dalam sesi taklimat ringkas persediaan ke Negeri Sembilan itu.
Flash kamera saya barangkali terlalu menyilaukan mata jurukamera 666 itu namun wajah kru bakal melangsungkan perkahwinan Disember ini masih kelihatan tersenyum manis.
Saya kemudian mengambil kesempatan merakamkan gambar bersama Norazizi.
"Saya bawa 100 t-shirt untuk Penyingkap Fakta," ujar Norazizi.
Saya masih teringat kenyataan beliau sewaktu ditemui di pejabatnya beberapa hari lalu.
"Saya cuba untuk menyiapkan 30 atau 50 helai baju supaya boleh dihantar kepada mereka telah membuat pesanan dan sebahagian lagi boleh dibawa ke Ulu Bendul untuk dijual," kata Norazizi.
Berdasarkan semangat my client is my friend, beliau menghasilkan bilangan di luar jangkaan semua kru 666 berada di restoran mamak itu.
Lihat contoh baju Penyingkap Fakta dijual dengan harga hanya RM25 sehelai di sini.
Razali antara kru kelihatan amat gembira sebaik menerima semua baju terbabit sehingga tidak senang duduk.
"Bro, bukan mudah untuk kita sampai ke tahap ini," ujar Razali.
Saya amat faham maksud kenyataan kru berusia 40 tahun itu. Banyak masa saya kongsikan bersamanya sebagai rakan dan jiran.
Sejak awal, kami berusaha gigih mencari pihak sudi menjadi funder untuk membiayai kos mencetak kesemua baju itu. Allah menemukan kami dengan syarikat pengeluar produk minyak wangi diaurakan dengan bacaan Al-Quran, Kasturi Syifa'.
Hasil perbincangan dan kerjasama di antara kru 666 dan syarikat terbabit menzahirkan hasrat kami semua.
"Sebelum ini orang berkata, mana ada pihak sanggup menaja keperluan kru paranomal. Kita semua telah membuktikan sebaliknya. Hakikatnya, jika kita melakukan sesuatu dengan kesungguhan, kesabaran dan kejujuran, InsyaAllah ada hasilnya," ujar Razali.
Lihat stok baju bakal dipasarkan kepada Penyingkap Fakta di seluruh negara.
Kepada Penyingkap Fakta telah membuat pembayaran awal, InsyaAllah baju dipesan akan kami poskan kepada pembeli pada awal minggu hadapan.
"Nanti bila kelapangan, kru 666 boleh berkunjung ke pasar malam dekat pejabat saya untuk menjual baju," cadang Norazizi.
Kami menerima saranan Norazizi secara terbuka malah bercadang untuk bergerak secara berkumpulan ke pelbagai lokasi di Lembah Klang atas tujuan sama. Informasi berhubung usaha itu akan kami kongsikan di sini.
Hampir jam 12 malam, usahawan Kasturi Syifa', Ustaz Aznil Zulkifli dan Muhammad Hafiz Ahmad tiba di lokasi dan disambut oleh Razali.
Kedua Al-hafiz itu murah dengan senyuman itu kelihatan gembira.
Saya diberikan penghormatan oleh kru untuk menyerahkan 4 t-shirt 666 kepada mereka berdua. Alangkah berbesarnya hati saya melaksanakan amanah itu.
Mereka berdua sudi untuk menyertai kami ke Negeri Sembilan pada 1 Oktober ini namun akan pulang semula ke Lembah Klang pada lewat petang.
"Ustaz Zaharuddin Zainal akan bersama semua kru selama dua hari, Sabtu dan Ahad," ujar Ustaz Aznil.
Kepada pembaca tinggal di kawasan berhampiran, usah lepaskan peluang untuk bertemu perawat Kasturi Syifa' itu. Sila kunjungi tapak perkhemahan kru kami di Hutan Lipur Ulu Bendul di antara jam 3 dan 4 petang Sabtu ini untuk mendapatkan bekalan minyak wangi Kasturi Syifa'.
Cenderahati disediakan terhad tetapi potongan harga istimewa diberikan kepada setiap pengunjung berhasrat membeli t-shirt Penyingkap Fakta.
Ops! Maaf! Kenderaan 'berbau kedai' di atas tidak termasuk di dalam senarai cenderahati dimaksudkan! ... tetapi bukan kenderaan milik saya.
Hubungi Puan Lin di talian 012 6277 300 untuk mendapatkan bekalan minyak wangi Kasturi Syifa'.