Ahad, Mac 04, 2012

DUCATI TERBABAS TERLANGGAR PAIP AIR

Jam 2.46 petang tadi, saya terserempak kemalangan jalanraya di selekoh Lebuh Raya Duke membabitkan dua motosikal. 

Tanpa berlengah, saya mendekati 3 mangsa kesakitan, terduduk di tepi jalan.


Kakitangan ambulan membantu pasangan suami isteri dan penunggang sebuah lagi motosikal lain. 


Pasangan suami isteri itu masing-masing dipercayai patah kaki kanan dan kiri serta tubuh mereka mengalami luka ringan. 

"Sebaik terlanggar paip air merentang jalan, motosikal Ducati itu terbabas dan kemudian motosikal kedua mengalami nasib sama," ujar rakan mangsa berada di lokasi.

Mangsa menunggang motosikal berkuasa tinggi, Ducati, dipercayai datang dari Rawang, Selangor dan menuju ke Cheras, Kuala Lumpur.


Seorang mangsa lagi, menunggang motosikal berikut.


"Saya berasa hairan, bagaimanakah paip air boleh melintang di Lebuh Raya ini. Tengok di sana, ada empat tong berisi cecair dan fire extinguisher. Selepas kemalangan, semua barangan itu dialihkan oleh mereka berhenti untuk membantu mangsa," ujar rakan penunggang Ducati.

Saya kemudian menyeberangi jalan terbabit dan merakamkan gambar berikut.


"Jom kita tengok, siapa punya fire extinguisher itu," cadang saya.

Bersama kami membaca maklumat tercatat di kertas bersalut plastik dilekatkan ke tabung pemadam api.


16 ulasan:

  1. terlupa atau sengaja ditinggalkan oleh pemandu bas tu kot ?

    tak pasal pasal orang lain yang jadi mangsa kecuaian orang lain..

    BalasPadam
  2. Sunggu bahaya kalau ada benda sebegitu di tengah jalan.

    BalasPadam
  3. smti.. siapa la punya kerja ni.. nasib baik takde nyawa melayang.. ish..

    BalasPadam
  4. nyaris tak hilang nyawa akibat kecuaian org lain

    BalasPadam
  5. sudah ada bukti yang kukuh...memang itu adalah satu kesalahan besar di jalan raya...

    ia pasti disengajakan tiggalkan barang tersebut yang boleh mengundang bahaya...

    BalasPadam
  6. Memang amat bahaya kepada kami yang selalu bertayar dua ni....saya pun pernah kena macam ni..paip besi melintang jalan..nasib baik tak kena sodok dengan kenderaan yang datang dari arah belakang...

    BalasPadam
  7. Hari tu anak buah saya kena lebih kurang macam ni la.. Tapi dia terlanggar batang kayu yang dilintangkan atas jalan.. Habis keempat-empat rim kereta dia bengkok.. Bukan dia sorang yg kena, malahan berderet2 kereta kat belakang dia yg terkena sama.. Trauma sekejap budak tu...

    Kejadian tu berlaku antara Pajam ke Nilai.. Seolah2 kayu tu sengaja dilintangkan kat situ.. Dan kejadian berlaku di waktu hampir tengah malam..

    BalasPadam
  8. penungganglah mangsa yang selalunya kena, bukan paip air saja....tongkol kayu dan macam² lagi

    BalasPadam
  9. Bongkah kayu pun aku pernah terlanggar kat hiway sg.buluh.. abis fuel hose aku pecah..kete mati tgh jalan...drain fuel

    BalasPadam
  10. Untuk makluman, selekoh kat sini , selepas toll jalan duta ( dekat sound barrier) menuju ke jalan istana, selalu terdapat mcm2 objek. Aku setiap hari lalu ikut sini pagi, objek i.e tong minyak pelincir serta minyak pelincir atas jalan selekoh tu dan objek2 kecil lain yang sepatutnya tiada atas jalan.

    BalasPadam
  11. Benda-benda tu takde kena mengena dengan orang 'tow truck' ke ? Macam ada orang nak menangguk di air yang keruh je..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.